Aku, dia dan mereka.

Wednesday, May 28, 2014

Sahabat... PMKUM


Kita percaya bahawa mentari akan kembali esok hari,
Tapi tidak dengan pelangi yang ceria.
Kita yakin bumi akan terus berputar,
Tapi tidak dengan jarak yang memisahkan kita.
Kita ibarat melodi dan lirik sebuah lagu,
Tapi sumbang dalam keharmonisan.
Kita bagai diksi suatu kata,
Tapi tidak jelas alur ceritanya.
Kita bagai kumpulan awan di hari senja,
Tapi kabut menutup jingga.
Kita melukis kebersamaan seperti resmi sang padi,
Kemudian pudar pada saat purnama.
Kita bagai natra dan hati,
Saling berpadu dan tak pernah beradu.
Kita ibarat puisi dan prosa,
Indah tapi tak sama.
Kita bersama berbagi tawa dan canda,
Yang pengakhirannya mencipta bahagia.
Kita ingat semua kenangan saat bersama,
Dan lanjutannya mekar di pengharapan.
Kita! Dalam setiap kesamaan,
Memenuhi segenap kekurangan menambah segenap kelebihan.


Sahabatku…
Adalah tetesan embun pagi,
Yang jatuh membasahi kegersangan hati,
Hingga mampu menyuburkan seluruh taman sanubari,
Dalam kesejukan.

Sahabatku..
Adalah bintang gemintang malam di alam angkasa,
Yang memenuhi kesendirian rembulan yang berduka,
Hingga mampu menerangi gulita semesta,
Dalam kebersamaan.

Sahabatku..
Adalah pohon rending dengan seribu dahan,
Yang memayungi dari terik matahari yang tak tertahankan,
Hingga mampu member teduhan,
Dalam kedamaian.

Wahai angin pengembara,
Khabarkanlah kepadaku tentang dirinya.

Sahabatku..
Adalah kumpulan mata air dari telaga suci,
Yang jernih mengalir tiada henti,
Hingga mampu menghapuskan rasa dahaga diri,
Dalam kesegaran.

Sahabatku…
Adalah derasnya hujan yang turun,
Yang menyirami setiap jengkal bumi yang bedebu menahun,
Hingga mampu membersihkan mahkota bunga dan dedaun,
Dalam kesucian.

Sahabtku..
Adalah untaian intan permata,
Yang berkilau indah sebagai anugerah tiada tara,
Hingga mampu menebar pesona jiwa,
Dalam keindahan.

Wahai burung duta suara,
Ceritakanlah kepadaku tentang dirinya.

Sahabat-sahabatku..
Usah dipandang ke belakang,
Melihat senja yang sudah berlalu,
Tetapi lihatlah masa depan kita,
Yakni perjalanan yang panjang,
Tetapi sementara,
Sebelum sampai kepada kematian.

Sahabat-sahabatku..
Bila tiba waktu pertemuan,
Usahlah ragu mengungkapkan kata kemaafan,
 Bila tiba waktu perpisahan,
Usahlah tangisi kepergianrakan-rakanmu,
Seperti mana mereka menangisi kepergianmu,
Kerana sesungguhnya semua itu,
Ada hikmah yang Allah berikan.

Sahabat-sahabatku…
Jika ada kesalah dan kesilapan,
Antara kita, marilah… marilah…
Aku seru sahabat-sahabatku semua,
Agar kita bermaafan antara satu sama lain,
Supaya kelak tiada yang merana,
Supaya kelak tiada yang berduka,
Supaya kelak tiada yang berpura-pura.

Sahabat-sahabatku..
Sesungguhnya pertemuan kita ditentukan Allah, rugi ditak dihargai peluang terindah ini,
dan perpisahan kelak, juga adalah takdir Tuhan, yang harus diterima dengan penuh keredhaan.


*Sajak yang  dibuat khusus untuk adik-beradik PMKUM,
dideklimasikan bersama Faizah Lee pada malam Apresiasi dan Anugerah PMKUM.

Jiwa Hampa Tanpa Cinta, Hati Hampa Tanpa Iman


Couple.
Berpasangan.

Dulu, 
Aku pun tak tahu.
Aku jahil di masa lalu.

Bercinta. 
Rasa sweet gila bersama-sama.
Suka duka sharing together.
No wonder la makin lalai makin leka.

Now, bila dah sedar,
Rasa bersalah. Apa dulu yang kita buat semua dosa.

Saya beri 3 situasi orang bercinta.
Last nanti compare dengan situasi bercinta dengan Allah.

Situasi pertama :
Orang bercinta, malam mesti call kan? Bila kita tertidur, esok pagi tengok ma shaa Allah banyakkkk gilaaaa missed call, sms daripada si dia. Kita jenuh gelabah nak jawab apa kat dia nanti. Jenuh duk pikir ayat. Kang kata tertidur sentap pulakkk kan? Dia dah lah buat super savers la ape la semata2 nak bercakap dengan kita. Hmm macam mana ye?

Situasi kedua :
Bila kita cinta someone, kita sanggup oiii peghabihh duit semata-mata untuk dia. Topup rm5, rm10, rm30 and rm100 pon sanggup. Semata-mata nak text/call/whatsapp/wechat si diaaa. Kering poket pon tak pe, demi membuktikan cintaku padamu. Hahahaa!

Situasi ketiga :
Bila kita ni memang sayang gileee le dekat die, haaa mesti duk angau kan? Pantang bebenor dengor oghang bercerita tentang die, mule le kite rasa semacam. Hati berbunge-bunge. Apatah lagi kalau org bercerita tentang keindahan dan kelebihan die depan2 kita. Fulamakk wey, boleh tak tidor malam teman. Ate duk ghenyihh soghang2. Hahaha ghenyih = senyum. Betul kan?

Now, cuba compare dengan situasi bercinta dengan Allah.

Situasi pertama :
Kita sanggup kan call malam2? Sampai bila kita tertidorrr pon, kita ghase takot bebenor nak ngaku pd si die. Tapi, PERNAH TAK KITA TERFIKIR? Apakah aku sanggup BANGUN MALAM, semata2 untuk ALLAH? Apakah aku sanggup bangun untuk BERTAHAJJUD mencari keredhaanNya. Pernah tak kita bangun malam semata2 untuk ALLAH selama ini? Pernah ke tidak? Simpan jawapan tu.

Situasi kedua :
Kita sanggup peghabih duit berpuluh/ratus semata2 nak berbual dengan si dia. Tapi, PERNAH TAK KITA TERFIKIR? Apakah aku sanggup BERSEDEKAH BERPULUH RINGGIT, BERATUS RINGGIT semata-mata untuk membantu saudara2 ku di JALAN ALLAH? Kita selalu derma rm1, rm2? Pernah tak sampai beratus? Pejam mata je, JANJI untuk AMAL KEBAIKAN? Pernah ke tidak? Simpan jawapan tu.

Situasi ketiga :
Duk angau. Dengor je nama die bergetor ghase hati. Apatah lagi bile dengor orang duk puji die depan2 kita kan? Tapi, PERNAH TAK KITA RASA/TERFIKIR? Bila ustaz/ustazah/sesiapa sahaja MENCERITAKAN KEBAIKAN ALLAH, KEINDAHAN ALLAH, pernah tak BERGETAR HATI KITA? Pernah tak kita tak tidur malam memikirkan KEKUASAAN ALLAH? Pernah tak bertambah RASA CINTA, KEIMANAN kita pada ALLAH bila mengetahui kekuasaanNya? Pernah ke tidak? Simpan jawapan tu.

Sahabat,
Aku dulu jahil sahabat.
Aku juga pernah lalui ketiga2 situasi di atas.
Dan sukar untuk aku lalui tiga situasi di bawah.

Aku juga pernah bercinta, sahabat.
Namun kini, aku berjuang untuk tidak mensia-siakan masa, hati dan harta di jalan yang haram.

Apa yang bakal aku katakan pada suami aku nanti, apa rasa cinta yang bersisa lagi jika semua rasa cinta itu aku dahulukan buat yang belum halal?

Sahabat,
Kita belum lagi terlambat.
Post ini aku tak tujukan kepada sesiapa.
Aku cuma rasakan aku layak memberi peringatan.
Kerana apa?

Kerana aku rasakan terlalu banyak status2 di facebook dari kita semua ditujukan buat yang bukan halal.

Boleh berkasih. Ya boleh.
Berkasih kerana Allah swt.

Nak tahu macam mana pasangan tu terbaik utk kita?
Tengok macam mana dia tawarkan cintanya.

Mengajak kita bercouple atau bernikah?

Jawapan kepada semua situasi tadi, kita sahaja yang tahu. Simpan. Muhasabah diri. Belajar cintakan Ilahi. Jangan terlalu cintakan yang tidak kekal kerana takut kita kecewa nanti.

Jika rasa diri masih muda,
Kejar ilmu Allah dulu. 
Masih banyak yang kita belum tahu.

Jika sudah mampu, carilah pasangan hidup yang berpegang kepada agama Allah. InsyaAllah, bahagia dunia, bahagia akhirat.


Saya Sanggup Tunggu Awak


"Awak, awak sanggup tunggu saya tak?" Mukanya kelihatan merah menahan perasaan. 
"Mestilah saya sanggup. Kenapa awak?" Balasku sambil menatap wajahnya dengan penuh berminat. 

"Awak janji dengan saya ye? Boleh?" 
"Saya berjanji insyaAllah....Saya sanggup tunggu awak walaupun bertahun lamanya" 

"Sebenarnyakan, awak sudah lama bertakhta di dalam hati saya. Awak telah sentuh hati saya meskipun saya tidak sedar. Meskipun saya tidak inginkannya hadir. Tapi saya amat sayangkan awak" Luah hatinya dengan penuh perasaan. Pilu aku dibuatnya.

"........dan saya tak sanggup kehilangan awak. Awak hadir dalam hidup saya memberikan saya sinar baru. Awak buat hari-hari yang saya lalui begitu indah dan bertenaga."

"Bagaimana mahu saya dustakan perasaan ini? Awak tahu...betapa sakitnya hati ini. Allah telah campakkan rasa sayang, rasa rindu saya kepada awak. Saya tidak boleh tipu perasaan saya lagi. Hipokrit namanya."

Suasana menjadi mendung. Memandang sungai yang mengalir tenang bertambah memendungkan hati yang diremuk pilu.

"Awak......" Aku berkata perlahan.

"Bukankah saya sudah beritahu awal-awal lagi? Jangan usik hati seseorang jika belum berani untuk bertanggungjawab. Dan terbukti awak masih belum bersedia."

"Saya juga begitu. Saya masih belum bersedia. Dan saya tidak berani untuk terima awak. Hati saya masih tertutup kemas." Aku mula berterus terang dengannya sambil mencari-cari anak matanya. Takut takut setiap bait kata yang dilafazkan mengguris hatinya.

"Awak, terimalah hakikat. Yang ada pada saya cuma perasaan meraikan kehadiran awak. Awak memang penting dalam hidup saya. Awak melengkapkan kehidupan saya. Tanpa awak, saya seperti robot manusia yang tiada perasaan."
"Saya hanya sukakan awak. Sayangkan awak. Tapi saya belum boleh cintakan awak. Awak seperti bayang-bayang saya yang hanya wujud ketika waktu malam. Saya tahu, awak sentiasa mengekori ke mana saya pergi. Seolah-olah mengintai sampai bila bayang-bayang harus menjadi bayang-bayang."

"Ya, saya sanggup tunggu awak. Kerana masihnya belum tiba. Saya boleh bersabar dan akan terus begini. Bersabar dan bersabar. Itu sahaja yang boleh saya buat. Rasulullah SAW pun ada bersabda “Sabar itu separuh iman.” (Hadis Riwayat Abu Na'im daripada Ibn Mas'ud). Awak tidak perlu risau dengan saya. Kita hanya perlu jelas yang mana terpenting di antara penting untuk dipentingkan."

"Maaflah awak. Kadang-kadang saya yang tidak sabar. Tergopoh-gapah tanpa memahami perasaan awak. Saya tahu awak belum boleh terima saya. Hati awak seperti batu, keras sekali untuk dilunturkan. Itu tidak mengapa kerana saya pasti awak akan terima juga saya satu hari nanti."

"Saya tahu saya tak boleh paksa awak bila hati awak tertutup untuk saya. Ingatlah, saya amat hormati perasaan awak dan saya akan sentiasa berlaku jujur dengan awak. Cuma jangan terus buang saya dan sisihkan saya sampai bila-bila. Saya amat perlukan awak"

"InsyaAllah...untuk kesekian kalinya terima kasih awak. Saya pun sanggup tunggu awak"


****************

Begitulah perbualan antara CINTA dan CITA-CITA.

Aku : cita-cita
Dia  : cinta

Cinta adalah satu kemestian dalam kehidupan tetapi hadirnya perlu dikawal dan dirancang supaya cita-cita tidak rasa dirinya terbuang dan terabai. Jika boleh diseiringkan tahniah dan hargailah keduanya dengan cara yang halal. Jika belum waktunya, bermujahadahlah dan fokus.

Hanya pilih antara dua sudah menentukan jalan mana yang diambil.