Aku, dia dan mereka.

Saturday, July 30, 2011

Ramadhan yang Dirindui

Ramadan,
Ketibaanmu amat ku nantikan
Di saat kekosongan merajai jiwa
Kehadiranmu umpama membawa sinar cahaya
Yang memenuhi setiap ruang kegelapan
Di selit dengan warna cahaya kegembiraan
Yang penuh barakah.

Ramadan,
Ku selami erti penghayatan hakikatmu
Keranamu aku memahami kesabaran
Keranamu aku mengerti keinsafan
Keranamu aku mengakui hakikat sebenar kejadian manusia
Dan keranamu aku jua menular rasa mendalam terhadap Penciptaku
Semuanya adalah berkat dan rahmat limpahan kurniaan Allah S.W.T.

Ramadan,
Dikaulah bulan yang penuh keberkatan
Sepuluh hari awal kedatanganmu dinamakan pengrahmatan
Sepuluh hari pertengahanmu dinyatakan bulan pengampunan
Sepuluh hari pengakhiranmu dinamakan bulan Lailatul Qadar
Inilah tanda bukti pengakuan rasa cinta Allah kepada hambaNya
Beruntunglah barangsiapa yang menghargai nikmat yang diberikan
Marhaban ya marhaban.

Ramadan,
Dikau membawa satu penyatuan yang kukuh
Semua segenap pelusuk umat Islam
Berlumba-lumba meningkatkan rasa keimanan dan ketaqwaan
Untuk memperolehi ganjaran yang dijanjikan
Tetapi ingatlah sekalian manusia
Sempurnakanlah ibadahmu
Semata-mata hanya kerana Allah.


Friday, July 29, 2011

Temanku annisa' dan Temanku arrijal

·  Teman
Atas tautan ukhwah
Juga atas satu dasar yang kukuh nan
aqidah muslim
Aku melayangkan warkah ini buatmu teman

Wahai temanku an nisa'
Engkau sedia maklum
Engkaulah hiasan dunia
Lantaran fitrah itu
Engkau seringkali menjadi fitnah lelaki
Dan itu sememangnya bukan kesalahanmu

Wahai temanku ar rijal
Aku mengetahui kesepian hati seorang
lelaki
Yang seringkali mengimpikan teman di
sisi
Dan tentulah teman yang diimpikan
seorang serikandi

Wahai temanku an nisa
Aku mengetahui halusnya perasaanmu
Engkau ingin disayangi..ingin dimanjai
Engkau juga ingin menyayangi juga
ingin memanjai
Dan aku juga tahu temanmu ar rijal
juga bagitu
Tetapi temanku an nisa' ketahuilah
engkau
Bercinta itu fitrah
Tetapi janganlah engkau cemarkannya
dengan fitnah
Kalau benar engkau mengasihinya
Kasihinyalah kerana Pencipta fitrah
Dan jika benar engkau mengasihinya
keranaNya
Engkau tidak akan bias melunakkan suara
engkau
Engkau tidakkan bisa melemparkan
panahan menggodamu
Kerana engkau tahu
Itu bisa menggoyahkan iman seorang ar
rijal

Dan engkau mengetahui
Dia mempunyai 9 akal dan 1 nafsu
Namun nafsu itu sentiasa beraja
Dan engkau tidakkan bisa menjadikan
sang nafsu itu nafsu raja yang menggila
Kerana engkau tahu dia akan terjerumus
ke dalam api yang membara
Andai dia menjadi hamba raja nafsu yang
gila
Adakah benar engkau mengasihinya
keranaNya

Wahai temanku ar rijal
Andai engkau mencintainya
Cintailah ia keranaNya
Letakkanlah Dia melebihi cintamu kepada
dia
Andai engkau mengasihinya keranaNya
Engkau tidak akan bisa mengajaknya
bermukah di taman sepi
Kerana engkau tahu dia punya 9 nafsu
dan 1 akal
Tetapi manakan mampu 1 akal menguasai
9 nafsu
Andai angkau mengasihinya keranaNya
Engkau tidakkan bisa menyentuhnya
Walaupun yang ringan ringan
Kerana engkau tahu itu sudah
menghampiri zina
Dan engkau tahu bukan
Zina tempatnya di api yang menjunam
Apakah engkau benar mengasihinya andai
engkau relakan dia terjun ke neraka

Sahabatku an nisa'.. sahabatku ar rijal
Aku mengasihimu LILLAH
Lantaran itu dengarlah sedikit pesan
ikhlasku lillah
Manusia mana yang mampu hidup tanpa
cinta
Tetapi letakkan cintamu kepadaNya yang
Hakiki
Dan engkau akan merasa cinta manusia
sedikit Cuma.

Andai DIA yang engkau dahului
Engkau tidakkan gelisah andai dia tidak
mengirim sebarang sms
Andai suaranya tidak didengar walau
teknologi di depan mata
engkau tidakkan rindu andai sehari
tidak bersua
engkau tidakkan kecewa andai dia
terlupa mengatakan I love u
kerana engkau percaya DIA yang terbaik
DIA akan menentukan yang terbaik untukmu
DIA akan satukan juga hatimu dengan
hatinya
Dan itulah sahaja melalui PERNIKAHAN
Dan itulah yang terbaik buat kalian
Kalau ada jodoh tidak ke mana
yakinlah
Apakah benar engkau meyakini takdirNya

Maafkan aku teman
Bicaraku penuh ketegasan
Aku tidak membencimu
Tetapi aku membenci mungkar itu
Dan kerana aku takut akan api yang
menjunam itu
Aku menegur mu mana mampu
Kerana aku takut andai aku tidak
menegurmu
Kita kan sama sama meredah lautan api
yang terlalu pedih
Yang terlalu seksa yg terlalu azab
Na 'uzubillahi min zalik

Sama-samalah teman
Pagarilah imanmu
Agar si iman itu tidak terlepas
Cintailah DIA kerana DIA lah penjaga
iman kita
Yakinlah dengan DIA
Serahkan segalanya pada DIA
Kerana DIA tahu yang terbaik sedangkan
kita tidak
Allahua'lam
Akhirul kalam
Letakkan DIA dalam hatimu
Engkau akan merinduiNya andai harimu
tiada ingatan kepadaNya
Engkau akan gelisah andai DIA tidak
mendengar rintihanmu
Engkau akan rindu andai DIA tidak
memandangmu
Engkau akan tak keruan andai doamu
ditolak
Dan itulah cinta hakiki
Kerana kau yakin di sana adanya sebuah
pertemuan
Di taman syurga yang indah


Wednesday, July 27, 2011

Buat Hati yang Ketandusan Cinta

Sabarlah duhai hati.

Tak perlu kau tagih cinta manusiawi yang bersifat sementara.
Ada cinta yang lebih kekal abadi buat dirimu.
Ada cinta yang bisa membuatkan kau mengalirkan airmata ketika hati merindui.
Ada cinta yang mampu memberikan ketenangan pada jiwamu ketika kamu dilanda keresahan.
Ada cinta yang boleh kau jadikan tempat merintih bila kesedihan datang menjenguk.
Ada cinta yang mampu memberikan apa sahaja yang kamu inginkan.
Namun, kadang-kadang cintamu itu pasti diuji.
Sekuat manakah cintamu pada-Nya, sehebat manakah kasih kamu pada-Nya.
Ujian datang dalam pelbagai cara.
Hatta sekecil-kecil perkara untuk menilai kesetiaanmu pada-Nya.
Andai kata kuat dan tetap hatimu pada-Nya, maka bergembiralah.
Jika hatimu goyah dan meragui kasih sayang-Nya selepas didatangkan ujian pada dirimu, maka sedarlah bahawa nilai cintamu disisi-Nya masih lemah.
Kembalilah pada cinta-Nya yang lebih agung dari kecintaanmu buat dunia dan isinya.
Sudah menjadi sunnah-Nya, setiap yang bergelar mukmin pasti akan diuji.
Dari ujian  itulah, Dia mencari hamba-hamba-Nya yang benar-benar mendambakan keredhaan dari-Nya.
Apakah kau sanggup menghadapi segalaan ujian itu?
Namun, tidak ramai yang mahu mencari cinta yang kekal abadi ini kerana tidak mahu dilanda ujian-ujian ini.
Tidak ramai yang mahu mengeluarkan keringat hatta darah sekalipun untuk merasai manisnya cinta yang bertunjangkan kekuatan aqidah terhadap yang Khalid ini.
Maka sabarlah duhai hati.
Apabila telah kau rasakan manisnya cinta dari sang Pencipta,
maka tak perlu lagi kau kejar cinta manusiawi yang rata-ratanya berlandaskan nafsu semata.
Bila telah kau tetapkan hati untuk mencintai Tuhan sekalian alam, maka itulah sebenar-benarnya kecintaan yang sejati.
Dan dalam perjalanan menelusuri denai cintai terhadap-Nya yang sudah pasti disaluti onak dan duri,
akan didatangkan seorang yang turut sama mencintai-Nya sebagaimana dirimu juga.
Sebagai peneman dan yang akan menyempurnakan sebahagian daripada imanmu.
Yang padanya ada ketenangan dan kebahagiaan berpaksikan Tuhan yang Maha Satu.
Maka sabarlah duhai hati.
Tidak perlu kau gundah gulana andainya kau masih tidak berkasih dengan manusia.
Dia akan datang. Itu sudah pasti.
Namun datangnya tiada siapa yang tahu kecuali Dia sang Pencipta cinta itu.
Moga datangnya cinta insani itu, akan menguatkan lagi kecintaanmu buat sang Pencipta cinta itu sendiri.
Kerana jiwa yang sepi tanpa cinta dan kasih dari-Nya, adalah umpama padang pasir yang kegersangan.

Sunday, July 24, 2011

Seusai sujud padaMu..

Termenung aku mengimbau masa lalu, 
Mengamati rentetan kehidupan,

Mencari secangkir sinar keluhuran,
Buat bekalan di akhir penantian masa.
Menapak aku di bumi-Mu ini dengan penuh leka,
Lalai aku dalam menunaikan tanggungjawab,
Aku cuba bertahan di pasak kesabaran,
Tetapi rapuh dihempas taufan kehancuran.
Setiap detik yang mendatang menyentap benakku,
Mampukah aku meneruskan perjalanan,
Meredah belukar kebal duniawi,
Agar aku bertahan sehingga ke laluan kemanisan ukhrawi.
Ya Allah yang Maha Mendengar,
Berikanlah aku cahaya petunjuk-Mu,
Pandulah aku yang masih buta di dalam cahaya,
Masih teraba-raba di laluan yang rata.
Ampunkanlah segala dosaku Ya Rabbi,
Hanya Engkaulah yang Maha Pengampun,
Kurniakan aku kemanisan Cinta-Mu,
Agar aku diizinkan mencium haruman syurga-Mu.

Saturday, July 23, 2011

Duhai Muslimah ku sayang


siapa kata jadi perempuan tu senang?
 nak kena tutup sana, tutup sini
 tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pon orang x bising
 perempuan, stoking pon kena pakai
 cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari
 komfem x tahan bertutup semua
 tapi, perempuan cool jek
 tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan?

siapa kata jadi perempuan tu senang?
 tiap2 bulan, mesti ada penyakit
 nak pergi kelas pon susah
 cuba tengok budak lelaki , selamber jek
 kadang2 setahun sekali pon susah nak dapat sakit
 tapi, perempuan hidup berpuluh2 tahun dgn penyakit tiap2 bulan, survive je
 tengah2 sakit pon boleh senyum lagi sampai orang pon x perasan yg dia sakit
 hebat kan perempuan?

siapa kata jadi perempuan tu senang?
 hati mereka Allah jadikan lembut betul
 cepat je sensitif
 cuba tengok orang putus cinta
 selalu perempuan yg paling susah nak lupa
 lelaki lepas putus cinta cepat jek pasang baru
 cuba pergi wayang tengok cerita hindustan
 siapa yg paling teruk menangis?
 perempuan kan?lelaki boleh gelak2 lagi
lembut tak lembut hati perempuan
 tapi dengan hati yg lembut tu perempuan dapat mengagumkan lelaki
 hebat tak perempuan?
 disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni lah, ramai perempuan yg merajuk dengan Allah
 diorang cakap, Allah x adil
 kenapa Allah lebihkan lelaki?
 kenapa perempuan kena dengar cakap suami?
 kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami?
 padahal jadi perempuan tu sangatlah susah
 bak kata orang, nak jaga 10 anak lelaki, x susah macam nak jaga sorang anak perempuan
 dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai perempuan2 kat luar sana yg rebel
 diorang pakai pakaian yg tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki x payah tutup pon'
 diorang berani bertepuk tampar dengan lelaki
 diorang sanggup gadaikan diri diorang sbb percaya dengan janji manis kekasih yg busuk hati
 kesian kan kat diorang?
 disebabkan fikiran yg negatif terhadap Allah, diorang sanggup rosakkan diri diorang
 diorang cakap diorang buat macam tu sbb Allah x adil

 persoalannya sekarang
 betul ke Allah x adil dengan perempuan?
 betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami
 tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa kalau bukan kaki ibunya?
 betul, isteri kena ikut cakap suami
 tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya
 x adil lagikah Allah pada perempuan?
 Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan
 untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya
 kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri
 cuma ada 4 orang yg syurganya bergantung pada seorang lelaki tu
 tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki
 bermakna ada 15 orang yg syurganya terletak pada seorang perempuan tu
 mashaAllah, hebatnya perempuan kan?
 kenapa perempuan hebat?sebab kasih sayang Allah yg jadikan kita hebat
 

cuba dengar pula lagu2 yg berkumandang dekat radio
 banyak lagu pasal perempuan kan?
 jarang kita dengar lagu pasal lelaki
sayang x sayang Allah tu dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam tu sekali dekat dunia
 masih x adil lagikah Allah dekat perempuan?

Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan
 sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni
 perempuan senang nak masuk syurga
 tengok hadis ni

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan
 (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh
 memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."
 (Hadis Riwayat Ahmad)

x adil lagikah Allah dekat perempuan?

oh perempuan, sedarlah
betapa sayangnya Allah padamu
 betapa cintanya Allah padamu
 tapi, kenapa kamu nak rosakkan diri kamu kerana fikiran2 negatif yg x berasas dekat Allah?
 Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia
 bayang, dunia yg besar ni, dunia yg cantik ni, kita jadi hiasan


Apa Ertinya Menjadi Akhawat?


Apa ertinya menjadi seorang akhawat?
Pabila hari-hari aku bukan seperti orang lain
Perlu berkejar-kejar ke program setiap minggu
Perlu juga ‘perform study’
Perlu menghadiri dan membawa usrah
Perlu berfikir bagaimana menjadi sebahagian masyarakat
Perlu memanifestasikan rijalud dakwah yg boleh menjadi qudwah
Tidak berhenti-henti berfikir
Tidak mahu ‘opportunity cost’, jadi kene bersungguh-sungguh dalam melakukan amalan setelah selesai satu amalan
Punyakah rehat santai?
Apa ertinya menjadi seorang akhawat?
Apabila orang memandang kita serba lengkap
‘In a positive and negative way’
Kerana kami juga manusia biasa
Punya kelemahan
Susahnya mahu ‘deal’ dengan yang jarang-jarang mahu menerima kelemahan seorang akhawat
Orang bisa ‘demand’ pelbagai dari akhawat
Itu ini dan sebagainya
Bisa punya ‘expectations’
Jasad bertanya;
Punyakah kekuatan aku ini!?
Lantas hati berkata;
Tentu! kita pasti bisa!
Dan Allah sahaja yang menghadiahkan kekuatan itu
Kesabaran itu
Motivasi itu hanya dariNya



Ibnul-Mubarak: Orang Mu’min itu selalu menerima keuzuran dan orang munafik selalu mencari-cari kesalahan orang lain.
Apa ertinya menjadi seorang akhawat?
Kalau ukhuwah fillah ini tidak manis
Hubungan akidah antara akhawat sangat ‘sweet’
Jatuh bangunnya bersama
Kalau kurang kenal maka taaruf
Kalau kurang cinta maka muhasabah semula cinta kepada Allah
Dan hubungan ini bukan seperti biasa
Hubungan yang tidak dibatasi sempadan geografi
Dimensinya seluas langit dan bumi yang menaungi alam
Bukan seperti birokrasi dan hierarki
Kerana mereka pilihan Allah bukan?
Dan kita tidak berhak mempertikai pilihan Allah ini.
Tidak layak mempertikai pilihan Allah ini.
“Apabila ada seorang daripada kamu mencintai sahabatnya, maka hendaklah kamu memberitahunya”
(R. Abu Daud)


Apa ertinya menjadi seorang akhawat?
Tatkala semua berlumba-lumba menjadi individu muslim yg sebenar-benarnya
Bagaimana fahamnya islam ini
Bagaimana tajarrudnya
Bagaimana ikhlasnya
Bagaimana mahu terus istiqamah
Bagaimana bertawakkal
Bagaimana itu dan ini
Terlalu banyak bagi seorang yang muda hijau menggalas gelaran akhawat
Mahupun bagi seorang yang telah mendukung pelbagai tanggungjawab
kerja, keluarga,
Bagaimana mahu terus ‘maintain’?
Tapi, tetap terus berusaha dan berusaha
Hanya Allah yang tahu kemampuan dirinya
Kerana apa dia terus berusaha?
Deen ini memerlukan fardhu muslim yang berkualiti
Untuk mendirikan baitul muslim dan mujtama’ muslim yang kukuh
Susahnya!
Membina manusia, berinteraksi dengan manusia bukan mudah
Untuk melawan perasaan sendiri lebih payah lagi
Sangat-sangat menguji
Tapi kenapa mahu terus menjadi akhawat?
Kerana seorang akhawat itu hatinya dalam genggaman Allah
Untuk tahu apa yang ada di dalam hatinya
Tanyalah pada Allah..


Thursday, July 21, 2011

ALLAH ADALAH SEGALANYA

Bila engkau letih dan hilang semangat
dalam kemanisan amal
Allah tahu betapa engkau telah mencuba
sedaya upayamu.



Bila tangisanmu berpanjangan
ke hadrat-Nya 
dan hatimu dalam kedukaan
Allah mengira setiap titisan air matamu

Bila engkau merasakan hidupmu ketinggalan
Dan masa telah meninggalkanmu
Allah masih setia di sisimu.

Bila engkau memikirkan betapa engkau telah
mencuba segalanya
Tetapi tidak tahu ke mana arah tujuanmu
Allah ada penyelesaiannya

Bila tiada sesuatu yang memberi pengertian buatmu
Dan kau keliru atau kecewa
Allah adalah jawapannya

Andai tiba-tiba pandangan semakin terang
Dan kau menemui sinar harapan
Itulah untukmu bisikan Allah

Bila segalanya berlangsung dengan baik
Dan engkau meletakkan setinggi kesyukuran
Allah telah memberkatimu

Bila engkau gembira
Dan dirimu sarat dengan ketaqwaan kepada-Nya
Allah memberikan engkau senyuman-Nya

Bila engkau mempunyai tujuan untuk kau laksanakan
Dan impian untuk kau tunaikan
Allah akan membuka matamu
dan memanggil namamu

Ingatlah...
walau di mana jua engkau berada dan
apa jua yang kau lakukan
ALLAH SWT MAHA MENGETAHUINYA



Friday, July 15, 2011

Duhai Mujahidku


Buatmu mujahid......
Ku biarkan rinduku bermukim,
Tidakku biarkan lagi resahku bermusim,
Ku biarkan ingatanku meruntun,
Tidakku biarkan lagi pengharapanku
beralun.

Biarkan rinduku seringkali menggamit,
Ingatanku padamu akan tergaris,
Bila resahku mendesah,
Jawapanmu tidak lagi keluh kesah,
Cinta yang bertandang jua impian yang
mendatang,
Keraguanku takkan lagi menjadi
penghalang.

Untuk seketika biarku simpan rinduku
disudut kalbu,
Untuk sementara biarku pendam cintaku
disegenap sukma,
Cintaku satu perasaan yang tidak dapat
dipelajari tetapi dialami,
Cintaku ini hanyalah secebis dari erti
kehidupan,
Uniknya cinta kerana ia menjelmakan
kasih sayang yang teragung dan suci,
Ku percaya manusia membina sahsiah
diri di muka bumi
Bermodalkan kasih sayang dan cinta.

Walau air mataku mengalir tidak henti,
Sederas air sungai tika musim
tengkujuh,
Namun ku yakin, perlahan-lahan duka
dan sedih itukan berlalu pergi,
Hatiku bak pohon semalu disentuh terus
menguncup layu,
Hatiku jua bagai kaca bila diketuk
retaknya ke seluruh sudut,
Hati…..berlagulah hanya dalam sepi,
Tabahlah menanggung beban duka
sendiri.

Janji dan azamku….
Kanku perbataskan perbuatanku,
Kanku singkatkan perbualanku,
Kanku sukat gerak dan gayaku,
Kanku pelihara kesucian dan maruah
diriku,
Tidakkanku terlalu murah senyumanku
dengan mana-mana lelaki ajnabi.

Kernaku tahu juaku mengerti.
Wanita solehah itu dipandang dari
peribadinya,
Dilihat dari akhlaknya,
Ditinjau dari lemah-lembutnya,
Ditafsirkan dari susunan kata-katanya,
Kegagahan wanita berdiri di atas teguh
imannya,
Dari sini wanita jua diriku diketahui
segalanya.

Pandanglah kataku,
Renunglah dengan mata hatimu
setulusnya,
Selamilah dasar hatiku berbisiklah
pada dirimu,
Ambillah mutiara kata yang baik buat
teladan,
Tinggalkan kata-kataku yang menyimpang
dari landasan kebenaran.

Seperti katamu yang kusemat dihatiku,
Hati ini milik-Nya,
Cinta ini kerana-Nya,
Hidup ini semestinya untuk-Nya.

Pandangan mata selalu menipu,
Pandangan akal selalu tersalah,
Pandangan nafsu selalu melulu,
dan pandangan hatilah yang hakiki,
Ketika iman sudah menghias hati,
dan kemanisannya mula dikecapi,
Semua ujian tidak akan menggugat diri,
Kesuyian…kesedihan dan kekecewaan akan
berganti,
dengan keyakinan dan kesyukuran.

Jika tidakku perhati hikmahnya dengan
mata hati,
Jika tidakku zuhud dalam pencarian
cintaku,
Jika tidakku teguh mengukir senyum
buat pengubat kerunsingan,
Jika tidakku seikhlas jiwa semurni
sanubari memohon keampunan-Nya,
Jika tidakku titiskan air mata
keinsafan,
Jika tidakku renung dan resapkan
keyakinanku pada-Nya,
Jika tidakku pasrah dengan ketentuan-
Nya,
Mana mungkin ku dambakan kasih-Nya
dalam iman…?
Bagaimana pula bolehku harap redha
dari-Nya…?






Wednesday, July 13, 2011

Ada Apa Dengan Cinta ?

Ada Apa Dengan Cinta ? 



Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.~ Mahatma Ghandi 

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta. Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi," Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?". Jawab titis air mata kedua
itu," Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja."

Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu. Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.
 
Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga.
Tapi apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.

 Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan. Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal
dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.
Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.


Jangan melarikan diri dari 'cinta' apabila ia berada di hadapan kamu. Jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka




Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi
bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.


Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian
untuk menyatakan cintamu kepadanya.

Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah
seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang
sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping.
Dan hanya dengan mendengar kata "Hai" darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.Kaum lelaki sering mempersoalkan kelemahan wanita kerana sering mengalirkan
airmata. Tetapi, segagah-gagah dan perwiranya lelaki, sedarlah bahawa suatu hari nanti mereka juga akan mengalirkan airmata syahdu kerana satu perkara kecil iaitu kerana CINTA. Alangkah misterinya cinta seorang wanita yg dianggap lemah
sehingga boleh mengalirkan airmata seorang wira! Aneh, tetapi itulah hakikatnya.Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut
anaknya terpijak.

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.
Jangan kerana cinta, kita gugur dari perjuangan, dan jangan kerana cinta juga, prinsip kita menjadi larut dan cair. Cinta tidak semestinya akan berakhir dengan perkahwinan dan perkahwinan juga tidak semestinya akan menoktahkan titik akhir kepada percintaan. Kesetiaan akan mengikat cinta, kecurangan akan meranapkan segala kemanisan cinta. Sesebuah perkahwinan akan menjadi indah jika cinta terus bersama.Cinta sejati ialah kasih Tuhan kepada hambaNya. Kasih murni ialah kasih ibu bapa
kepada anaknya. Kasih saudara masa berada. Kasih sahabat masa binasa. Kasih suami isteri sepenanggungan. Kasih orang menaruh harapan.Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya.Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya setulus hati.Rasa percintaan lebih pahit dari hempedu .Teman percintaan ialah sayu dan pilu, namun demikian, dara dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya kerana dianggap seperti lautan madu - Raja Pedang Deir Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi
sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu.Terdapat banyak bebintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatianmu. Dari kalangan yang kamu pilih
untuk abaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda walau dimana sahaja kamu berada.Tak usah sebut pasal cinta jika kamu tidak sebenar-benarnya mengambil kisah. Tak
usah bercakap tentang perasaan, jika ia tidak berada di hatimu. Tak usahlah menunjuk ke dada, jika kamu berhasrat melukakan hati pasanganmu Minat bukan bermaksud cinta, bangga bukan bererti cinta, kagum juga bukan bermaksud cinta, dan suka juga tidak serasi dengan cinta, malah sayang pun bukan
cinta. Tetapi, cinta itu adalah cinta.


***Cinta itu indah...tapi adakalanya...ia benar-benar menyakitkan... 



Taubat Seorang Pencinta

Ya Allah
Ku tadah tanganku
Tunduk menghadapMu 
Mengharapkan keampunan 
Yang tulus daripadaMu 
Titisnya mutiara jernih 
Jatuh lembut mengusap pipi 
Langsung ku suci diri ini
Dengan air mata taubat ku kini



Ya Rabbi.. Ya Ilahi..
Terimalah taubatku wahai Sang Pengasih
Ku rayu ku sujud hanya kepadaMu
Terimalah aku hambaMu yang hina
Yang mengharapkan cinta akan Tuhannya
Ku akui segala dosaku
Ku serah seluruh hidupku
Hanya untukMu Kekasihku
Oh Tuhan

Ampunilah aku
Ku mohon padaMu Ilahi
Berilah aku cahaya murni
Kan hatiku kukuh mengasihi
Syariat dan ukhrawi
Oh Tuhan Maha Penerima taubat
KepadaMu ku lukiskan
KepadaMu ku coretkan
Inilah taubat seorang pencinta