Aku, dia dan mereka.

Saturday, March 24, 2012

Malunya Aku padaMu

Tika seluruh alam masih lagi sunyi,
Tika manusia sedang lena dibuai mimpi,

Tika sang rumput masih lagi basah disirami embun,
Tika sang suria masih belum memancarkan sinar,
Ku gagahi diri bangun, untuk sujud menghina diri dihadapanMu

Ya Allah, aku cemburu!
Betapa kerdilnya aku di hadapanMu,
Langit dan bumiMu terbentang seluas mata memandang,
Subhanallah, aku tertunduk malu..
Malu denganMu ya Allah,
Aku malu dengan segala makhluk ciptaanMu,
Aku malu pada pohon-pohon hijau,
Aku malu pada batu-batuan
Kerana 'mereka' tidak pernah henti berzikir memujiMu

Tapi aku??
Aku merasa tersindir pada alam sekelilingiku,
Aku merasa tersindir dengan ketaatan makhluk ciptaanMu,
Aku tertunduk malu,
Aku malu Ya Allah,
Aku hanya manusia hina,
Hanya dijadikan dari setitis air mani yang hina,
Aku manusia lalai yang leka dengan arus dunia,
Allahuakbar, lemahnya hambaMu ini,


Ya Allah, aku cemburu!
Aku cemburu kepada mereka,
Mereka yang mempunyai hati yang dipenuhi cinta padaMu,
Mereka yang mempunyai semangat juang yang tinggi,
Mereka yang mempunyai iman yang tebal,
Mereka yang gigih berusaha mencari ilmu,
Mereka yang tanpa jemu menyebarkan kalamMu,
Mereka yang tidak gentar dengan jalan juang yg penuh ranjau,
Mereka yang tak penah kecewa dengan ejekan manusia,
Mereka yang mempunyai semangat jihad yang tinggi,

Kerena apa??
Kerana hati mereka asyik dalam manisnya cintaMu,
Kerana hati mereka tenggelam dalam kasih sayangMu,

Namun aku?
Dalam kesamaran terumbang-ambing mencari jalan,
Jalan untuk aku berubah,
Jalan untuk aku 'renovate' sejadah iman yang telah koyak,
Jalan untuk aku membersihkan sekeping hati ,
Hati yang penuh dengan titik-titik hitam,


Aku perlukan kekuatan dariMu Allah,
Kekuatan untuk aku mengatur langkah hidupku,

Agar aku tidak kecundang dgn arus dunia,

Tetapi aku sedar,

Perjuangan seorang hamba bukan mudah,
Ianya bukan dihampar dengan permaidani indah,
Tapi dipenuhi dgn jalan yang berduri.
Aku menadah tangan menghina diri dihadapanMu,
Aku merayu dan mengemis kepada-Mu,
Agar diampunkan segala dosa-dosaku,
Agar dihadiahi walau setitis cinta dariMu,
Ya Robbi berikanku kekuatan agar aku menjadi hamba yang disayangiMu.



Friday, March 23, 2012

Pasrah Segalanya - De Hearty


Pernah hati ini terguris 
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela
Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang aku percayai

Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana engkau MAha Mengetahui 
SEgala apa yang terbuku di hati

C/O:Ya Allah tidakku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai
Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku berhenti di pertengahan

Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali menteri pagi
Setelah malamku berkalut benci 

Tuesday, March 20, 2012

Rintihan Sebuah Penantian


‎Mencintai kerana Allah bukanlah semudah yang dibayangkan.....

Cinta kerana Allah adalah cinta yang penuh pengorbanan. Bersabar dalam penantian.. Berkorban demi menjaga kesucian.. 

Cinta kerana Allah adalah cinta yang diraih pada jalan yang diredhaiNya untuk mengharap redhaNya pula..

 Bukan cinta kerana Allah namanya jika kita telah membuatNya cemburu kerana menjalin hubungan dalam ikatan yang belum dihalalkan.. 

Bukan cinta kerana Allah namanya andai kita tidak mampu mengalahkan nafsu tak sabar ingin mendekatinya padahal kita belum bersedia menikahinya.Bagaimana Allah tidak cemburu jika kita lebih banyak mengingatinya daripada mengingat-Nya..


Bersabarlah.. Bersabarlah..

Lamanya aku dalam sebuah PENANTIAN...
Tuhan yang maha rahmAN...
Kuatkanlah imAN...
Berikan aku kesabarAN...

Bimbinglah aku ke jalan kebenarAN...
Agar aku tak salah jalAN...
Agar aku tak melanggar peraturAN...
Sehingga tak melakukan kemaksiatAN...
PadaMu segalanya ku pasrahkAN...

Aamiin Ya Rabbal'alamiin ..

Saturday, March 17, 2012

Feelhoney - Wanita Istimewa



Rawat Hatinya Beri Dia Cinta

Jangan Sekali-Kali Kau Sakiti Dia

Kerna Hatinya Mudah Kecewa
Dengan Cinta Yang Penuh Berpura-Pura

Hei Arjuna,Sayangi Dia
Kerna Wanita Dicipta Untuk Dicinta
Jangan Cemarkan Harga Dirinya
Kerna Dia Juga Masih Punya Jiwa

**
Dalam Dirinya Penuh Airmata
Jagalah Ia Dengan Sepenuh Jiwa
Janganlah Pernah Kau Dustai Dia
Wahai Arjuna Sedarilah

***
Kerna Wanita Berhak Untuk Bahagia
Bukan Dicipta Untuk Selalu Derita
Sayangi Dia Cintakan Dia
Kerna Wanita Istimewa
Sungguh Dirimu Istimewa
Duhai Arjuna Sayangi Dia
Kerna Wanita Istimewa

ULANG ** , ***

Rawat Hatinya Beri Dia Cinta
Jangan Sekali-Kali Kau Sakiti Dia
Kerna Hatinya Mudah Kecewa
Oleh Cinta Yang Penuh Berpura-Pura


WANITA HIASAN DUNIA
WANITA YANG DISAYANGI..adalah pencinta TuhanNya,yang mengalir cinta,takut dan harap,yang menguasai,perjalanan penghidupannya,dari waktu ke waktu,dari hari ke hari,sehingga perjalanan di antara,jasad dan nyawanya berakhir,hingga bertemu Rabbnya,di ..
WANITA YANG DIRINDUI..adalah wanita yang dimata dan wajahnya,terpancar sinar Nur Ilahi,lidahnya,basah dengan zikrullah,di sudut hati kecilnya,sentiasa membesarkan Allah..
WANITA YANG DICINTAI..yang menutup auratnya,dari pandangan mata ajnabi,kehormatan dirinya menjadi mahal nilainya,di sanjung tinggi,penduduk langit dan bumi..
WANITA YANG DIIMPIKAN..adalah yang mendekatkan,hatinya yang telah jauh,kepada Ar-Rahman, Ar-Rahim,di saat orang lain dilamar kebendaan..
WANITA YANG DIKASIHI..yang bersyukur dengan apa yang ada,yang bersabar pada yang tiada,cinta pada hidup yang sederhana,yang tidak bermata benda..
WANITA YANG DISUKAI..menjadi dian pada dirinya sendiri,menjadi pelita untuk putera-puterinya,yang bakal dilahirkan,untuk menyambung perjuangannya di belakang hari..
Dikaulah wanita istimewa..

Wednesday, March 14, 2012

Sahabat Hingga Ke Syurga

Tanganku mencapai telefon bimbit myiman di atas meja. Jejari perlahan dilarikan ke keypad. Miftah (Unlock).
Risalatu jadidah.(1 new message)
Qiraah(Read message). Mata dilarikan membaca isi kandungan pesanan tersebut. Nafas ditarik. Perlahan. Ruju'(Exit).
Air mata jatuh, setitis. Sepertinya hatiku juga sedang menangis.
Sahabatku, aku juga rindu kamu. Bahkan tersangat rindu. Andai sahaja kau tahu betapa aku rindu waktu kita dahulu. Andai sahaja kau tahu ada sahamnya kamu dalam setiap tadahan tanganku. Andai sahaja dapat aku memberitahumu.
Kau kata, kau malu. Malu dengan diriku waktu ini. Malu dengan penampilanku serupa ini. Malu dengan sifatku sekarang ini. Aku sudah berubah. Malah sudah jauh berubah. Sedangkan kau masih di tempat yang sama setelah sekian lama.
Sahabatku, aku pinta. Jangan malu denganku. Malulah kamu dengan Tuhanku. Kerana aku juga sepertimu. Seorang insan biasa, seorang hamba kepada Tuhannya. Aku ini tiada istimewanya. Aku hina. Banyak dosanya. Tidak terhitung jika mahu dikira setiap satunya.
Aku punya pilihan. Aku pilih jalan ini. Aku pasti. Tidak akan pernah berpatah kembali.
Tahu, kau juga punya pilihan. Pilihan untuk mengubah hidupmu. Kau juga boleh berubah. Seperti aku, seperti dia, seperti yang lainnya. Tiada apa yang mustahil. Cuma yang menentukan perubahan apa yang kau pilih. Jalan apa yang kau pilih untuk ikuti.
Kalau benar kau mahu berubah. Pasti akan ada pintu yang Tuhan buka untuk membantu. Pintu-pintu yang kau sendiri tidak sangka akan bertemu dari tempat yang tidak pernah kau tahu. Aku juga pasti, Tuhan akan menghantar orang-orang yang baik untuk bersamamu. Dalam apa jua keadaan, mereka tetap akan teguh bersamamu. Menghulurkan tangan membantu, mengangkat apabila tersungkur, menyedarkan dari kealpaan indah dunia itu. Mereka yang akan bersamamu. Bersusah payah mempimpinmu untuk berubah.


Sahabat, andai sahaja kau tahu indahnya hidup ketika diri sujud menghadap Ilahi. Andai sahaja kau tahu indahnya perasaan ketika ditemani dengan redha dan syukurmu terhadap Ilahi. Andai sahaja kau tahu keindahan sebenar dunia apabila sentiasa ditemani bayangan mati.
Aku pasti.
Bahawa kau tidak akan berlengah lagi. Kau tidak akan berkata sekejap lagi. Kau tidak akan tunggu tibanya nanti.
Aku pasti.
Kau akan bersujud tika ini. Kau akan memohon ampun saat ini. Kau akan redha atas ketentuan hidup yang diberi. Kau tidak akan pernah berniat untuk kembali kepada kehidupan indah lampau yang hanya berdasarkan duniawi.
Itu, aku pasti. Malah tersangat pasti.
Andai sahaja dapat aku terangkan perasaanku ketika ini. Andai sahaja dapat aku berkongsi sedikit rasa hati. Andai sahaja dapat aku beri rasa indah ini. Pasti sudah aku beri. Pasti sudah aku kongsi.
Aku mahu kau rasa perasaan itu. Perasaan indah mencintai Ilahi. Perasaan indah yang langsung tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Perasaan yang langsung tiada tolok bandingnya.
Andai sahaja dapat aku kongsi.
Sahabat, aku mahu kau tahu. Kau sentiasa ada dalam doaku. Aku mahu kau tahu. Yang aku sentiasa mendoakanmu untuk menemukan jalan terindah dalam hidupmu. Aku mahu kau tahu, aku mahu jadi temanmu. Selamanya. Hingga ke syurga.
Kamu janji, tunggu aku ya?
Andai seorang jatuh ke lembah neraka,kan bersama terjun menggapai tangan berpimpingan menuju ke syurga abadi...

Jambangan ukhuwwah ini kan sentiasa mekar hingga ke negeri abadi..
Ukhuwwah meniti redha ilahi,menuju aj-jannah al-hakiki..
tidak kira dimana kalian berada,uhibbukum fillah sahabat-sahabatku.. =)

Thursday, March 8, 2012

Hijrah Hati

Duhai hati.
Apa yang kau cari.

Isimu banyak terluka.
Kisahmu penuh sengketa.
Cukuplah dengan dusta.
Tidak perlu kau menadah.
Untuk jiwa yang tak pernah kisah.

Untuk arjuna yang hanya singgah.
Lupakan dia.
Janjimu jangan kau lupa.
Untuk dia yang tak diketahui siapa.

Duhai hati.
Relakan dirimu dengan takdirNYA.
Tadbirkan hidupmu dengan jalanNYA.
Ikhlaskan jiwamu dengan dugaanNYA.
Yakinlah pasti kau temui bahagia.
Yang hilangkan semua air mata.
Yang leraikan semua kecewa.


Kepada ALLAH hati dituju.
RahmatNYA masih jauh untuk bertemu.
Tapi berusahalah dekatkanNYA denganmu.
Terlalu jauh langkah ini berlalu.
Tapi ketenangan masih dirindu.
Dosa tetap berlingkar padu.
Oh hinanya sendu.
Sendu yang bukan selayaknya perlu!


Ya ALLAH.
Ampunkan hati yang hina.
Ingatkan semua yang alpa.
Hijrah mencari redha.
Hanya itu yang didamba.

Ya ALLAH.
Hati yang banyak cela.
Hijab yang belum sempurna.
Kata yang penuh nista.
Jiwa yang diulit dosa.
Mengenang kasih yang tak sudah.
Mengenang cinta yang tak endah.

Namun Ya ALLAH.
Berapa lama pun hati itu menjauh.
Betapa banyak pun dosa yang dipalu.
Jangan KAU paling hati itu.
Jangan biarkan ia jemu.
Untuk terus meminta restu.
Untuk terus berhijrah ke situ.

Dalam rahmat waktu ini.
Yang masih KAU pinjamkan lagi.
Semoga masih ada sinar menanti.
Cahaya yang takkan padam lagi.
Untuk menyinari hati yang masih sendiri.

Lembaran baru akan dibuka.
Pastinya ada suka dan duka.
Namun tabah tetap dipinta.
DariMU yang tidak pernah lupa.
Sentiasa ada di sisi jua.

Ya Rahman Ya Rahim.
Kesyukuran dipanjatkan setulusnya.
Keredhaan dicari sesungguhnya.
Keikhlasan dipahat semahunya.
Berkati hati itu Ya ALLAH.
Moga ada sinar di hujung sana.

Setiap detik adalah hijrah.
Hijrah yang mendamba redha.


Monday, March 5, 2012

Muhasabah Buat Para Huffaz

Ya Allah, rahmatilah kami dengan Quran.
Dalam proses kita menghafaz Al-Quran,


Kita akan diuji.



Kita akan semakin diuji.



Kita akan terus diuji.



Dan kita akan berpanjangan diuji.



Ujian yang datang ada tahapnya. Syaitan yang ada di hadapan kita juga bukan calang-calang. Mungkin pegawai atasan, yang sudah berpangkat Jeneral, Mejar, Kapten dan pangkat-pangkat yang lain. Semakin kita lawan, semakin kita rajin, semakin kita istiqamah, maka semakin tinggilah pangkat dan darjat Syaitan yang dihantar kepada kita.



Kemudian kita akan rebah. Ada ketika kita diuji dengan teruk. Samada kematian, masalah hati, duit dan harta ataupun pangkat serta kedudukan. Sebagai manusia, kita mungkin tumpas dengan salah satu daripadanya, yang mampu memberi kesan terhadap motivasi dan tekad kita untuk meneruskan hafazan.



Tatkala kita jatuh, tersungkur di pertengahan jalan, jangan menangis! Jangan laknat diri kerana ketetapan rebah yang kita alami. Adakala kita perlu rebah supaya kita tahu apakah itu sakit. Supaya kita sedar bahawa sakit itu memeritkan. Pedih. Jangan sedih sekiranya ketika kita rebah tiada siapa yang menghulur, apatah lagi untuk merawat. Kita punya Al-Quran. Peluklah Al-Quran. Datanglah kepadanya. Hayatilah ia dengan lantunan suara kita sendiri. Biarkan diri kita hanyut dalam lamunan bacaan Al-Quran. Rasai kemukjizatan Al Quran yang mampu menenangkan hati yang gelisah, runsing, bimbang, sedih, pedih, perih, kecewa, dan segala kegalauan yang melanda seketul daging bernama hati.



Wahai saudara sekalian, kita bukan penghafaz Al-Quran sejati jika kita tidak pernah menangis kerana Al-Quran (hafazan) kita.




Tolong ingat ini sampai bila-bila. Selagi roh dikandung jasad, selagi nafas bernyawa di badan, pegang, faham, dan ingat selamanya tentang ini ;-



Dalam menghafaz Al-Quran cuma ada dua keadaan yang diberikan oleh Allah. Diulangi : dua keadaan yang diberikan oleh Allah. Pertama, kita berada dalam keadaan senang dan mudah ingat terhadap hafazan kita. Kedua, kita berada dalam keadaan sebaliknya iaitu susah dan payah untuk ingat.



Pangkalnya, kedua-dua adalah ujian. Orang yang senang hafaz dan mudah ingat, pada hakikatnya Allah menguji adakah mereka akan bersyukur dan melazimi Al Quran dalam kehidupan harian. Manakala mereka yang susah ingat, hakikatnya Allah menduga samada dia benar-benar ikhlas untuk terus berusaha dan istiqamah atau mereka mungkin akan berputus asa. 



Justeru, jangan menangis dan menyalahkan diri seandainya kita tidak ingat Al-Quran. Akan tetapi, kita perlu menangis dan salahkan diri sekiranya kita malas, tiada istiqamah malah tidak konsisten dengan hafazan. Sungguh, masalah yang sebenarnya bukan terletak pada diri kita, tetapi ianya disebabkan oleh sifat yang menguasai diri.



Ingatlah pesan Allah ta’ala dalam Al Quran :


”Sesungguhnya Kami lah yang menghimpunkan Al-Quran itu di dalam dada-dada manusia” (surah al qiyamah : 17)


Terakhir, Al-Quran akan memberi syafaat kepada kita dan memberi kemuliaan kepada kedua ibubapa kita pada hari Qiamah. TETAPI Al-Quran juga boleh menjadi hujah ke atas kita pada masa tersebut. Inilah peringatan paling ‘keras’ buat kita semua para huffaz Al-Quran. Sekian. Semoga Allah merahmati kita semua.


” Allahummaj’alhu Hujjatal lana Wala Taj’alhu Hujjatan ‘Alaina Ya Rabbal ‘Alamin..”

Friday, March 2, 2012

“Aku & Dia Dah Putus…”

Assalamualaikum
“Aku dan dia dah putus…”
“Kenapa?”
“Aku dah x sayangkan dia. Pelik bukan. Tiba-tiba saja perasaan tu hilang”
“Kau pasti dengan keputusan kau. Kau x kesiankan dia? Dia sayang kau…”
“Kesian la jugak. Tapi bila aku fikir balik. Lagi kesian kalau aku teruskan. Aku dah x mampu…”
“Buatlah apa yang kau rasa terbaik….”
selepas setahun.
“Aku geram. Dia tipu aku. Lepas setahun baru aku tahu…”
“Kenapa? Apa yang dah jadi…?”
“Dia ada ramai perempuan belakang aku. Dia tipu aku. Aku rasa pedih. Terlalu pedih…”
“Kenapa kau pedih. Kan perasaan kau dekat dia dah lama hilang”
“Entah. Mungkin rasa dikhianati. Tak dihargai. Mungkin kalau aku sayang dia. Sekarang aku dah longlai. separuh mati aku terluka.  rabak. koyak. patah….”
“Lupakanlah. Jangan bebani hati fikiran diri kau dengan benda dah lepas ni…Tidurlah dah lewat…”
“Aku tak boleh stop. Mata aku x boleh nak lelap . Kecewa aku menggunung. Otak aku overtime….”
.
beberapa bulan kemudian
“Aku selalu tertanya-tanya kenapa perasaan aku pada dia boleh hilang. Sekelip mata.”
“kau ada jawapan?”
…senyum ” ada…mudah.”
“Apa dia?”
“Kongsi lah…”
“Allah sayang aku. Dia taknak aku setia pada orang yang x hargai aku. Dia benarkan aku tahu kebenaran setelah setahun. Mungkin masa tu baru kekuatan aku cukup untuk menampung kekecewaan aku. Dan aku fikir-fikir balik, Allah beri yang terbaik untuk aku. Sedangkan banyak benda yang aku lalai. Hubungan aku dengan Allah aku terabai.”
“Maksud kau?”
“Aku banyak berfikir. Refleksi balik segalanya. Cari jawapan pada soalan-soalan aku. Aku kadang-kadang lalai dalam mengingati Allah. Leka dengan cinta lelaki. Aku dah bazirkan masa,duit untuk cinta lelaki. Aku dah sedar aku sepatutnya fokus cinta kepada Pencipta. Nak tahu sesuatu?”
“Teruskan aku dengar…”
“Aku pernah tanya kenapa aku jumpa lelaki yang salah. Sekarang aku rasa aku tahu kenapa. Aku belum cukup baik. Dan aku kena betulkan diri aku untuk dapat yang terbaik. Rasa cinta itu memang anugerah daripada Allah. Tapi kita manusia ni lebih menghargai rasa cinta itu daripada Si Pemberi.
Kakak sepupu aku pernah cakap bila kita couple susah nak kawal bukan…Rindulah sayanglah then gaduh sampai emo seminggu. Lepas itu mula nak pegang-pegang tangan, bergambar rapat-rapat…Sebab tu,lebih baik mencegah daripada mengubati bukan…”
“so sekarang?”
“aku tengah berjuang.menjadi lebih baik.doakan. Selangkah. Dua langkah…Aku sedang berlari. Mendekati Pencipta…”
“Lelaki? Cinta?”
“Hanya yang Halal. Janji Allah itu pasti.”
“Kau yakin sekarang? Rasa lebih baik?”
“Alhamdulillah. Semua jawapan-jawapan yang aku cari membawa aku pada Allah.aku nampak cahaya melambai-lambai dari jauh. Cahaya itu yang buat aku bangun. Dan ketenangan itu milik aku. Sungguh, hikmah itu kalau dicari gali manisnya tiada berpenghujung. Aku khilaf. Sebab aku tahu Allah sentiasa ada, cuma manusia yang mencipta jarak.
Itu kata-kata yang aku rasa sesuai dengan situasi aku. Mungkin dulu aku nak dekat dengan Dia bila nak sesuatu atau sedih kecewa saja. Tapi sekarang aku dah sedar, faham tanggungjawab aku. Allah buktikan lagi sayang Dia pada aku dengan adanya perasaan ini. Syukur :) “
p/s :  Semoga bermanfaat :)

MANUSIA : BODOH: tak belajar dari pengalaman sendiri dan tak belajar dari pengalaman orang lain
PANDAI: belajar dari pengalaman sendiri tapi  tak belajar dari pengalaman orang lain
BIJAK: belajar dari pengalaman sendiri dan pengalaman orang lain….