Aku, dia dan mereka.

Friday, October 28, 2011

Hanyalah Hamba

 Termenung aku mengimbau masa lalu,
Mengamati rentetan kehidupan,
Mencari secangkir sinar keluhuran,
Buat bekalan di akhir penantian masa.
Menapak aku di bumi-Mu ini dengan penuh leka,
Lalai aku dalam menunaikan tanggungjawab,
Aku cuba bertahan di pasak kesabaran,
Tetapi rapuh dihempas taufan kehancuran.
Setiap detik yang mendatang menyentap benakku,
Mampukah aku meneruskan perjalanan,
Meredah belukar kebal duniawi,
Agar aku bertahan sehingga ke laluan kemanisan ukhrawi.
Ya Allah yang Maha Mendengar,
Berikanlah aku cahaya petunjuk-Mu,
Pandulah aku yang masih buta di dalam cahaya,
Masih teraba-raba di laluan yang rata.
Ampunkanlah segala dosaku Ya Rabbi,
Hanya Engkaulah yang Maha Pengampun,
Kurniakan aku kemanisan Cinta-Mu,
Agar aku diizinkan mencium haruman syurga-Mu.

*seusai subuh,2zulhijjah


Wednesday, October 26, 2011

Berhusnu Zhon dengan Allah

Assalamualaikum sahabat-sahabat blogger..
moga dalam Rahmat dan redho Ilahi,insyaAllah..

Secebis cerita ingin dikongsi yang diharapkan bisa menjadi peringatan bersama..
Semalam,sedang ana kenyenyakan tidur setelah beberapa jam menghadap buku-buku pelajaran persediaan menghadapi final exam yang sedang berlangsung,tiba-tiba mendapat panggilan telefon..daripada seorang sahabat,sekelas dibangku sekolah dahulu.

Ana : Assalamualaikum Nur(bkn nama sebenar)
Nur : Waalaikummussalam,syu! hmm,ada no.fon stesyen bas KB x?
Ana : Stesyen bas KB?hmm,xde lah Nur..stesyen machang adelah,knp?
Nur : Nur tertinggal ke terjatuh barang atas bas masa perjalanan balik kampung td..hmm,mcamane ni..sedih
Ana : macamni, Syu bagi no.fon stesyen bas Machang,nanti nur kol kt sana dan mintak no.fon stesyen bas KB,ok?
Nur : Ok,nanti Syu text ya...
Ana : InsyaAllah,sabar ye Nur..

Setelah memutuskan panggilan dengan segera ana menghantar sms no.telefon pejabat syarikat stesyen bas Machang (tempat kerja abah ana) 09-9751122 yang sememangnya lekat di kepala.

Beberapa ketika :
1 message receive from Nur : TQ syu

Keesokannya harinya,seusai subuh dan sekembalinya ana dari surau kolej, bunyi teriakan telefon menandakan ada mesej masuk..
1 message receive from Nur  : Syu,kaunter pejabat stesyen bas buka pukul brapa?
1 message reply to Nur : Syu pun xpasti,dlm pkul 8,9 kot
1 message receive from Nur : Ok,thanks Syu..
1 message reply to Nur : Nur,ape je yg tertinggal lm bas tu?
1 message receive from Nur : Broadband je,tp modem dy yg mahal pnya,sayang sgt2
1 message reply to Nur : Tu la,laen kali beli yg murah2 je,hehe

Selang beberapa jam kemudian sahabt ana kembali menghantar berita tentang nasib broadband kesayangannya..

1 message receive from Nur  : Syu,xde =(
1 message reply to Nur : Yeke?masyaAllah,sabar ye Nur,InsyaAllah,myb Allah nk gntikn dgn benda yg lebih baik,husnu zhon dgn Allah ya..
1 message receive from Nur  : Sdeh sgt2 Syu,Nur syg sgt2 broadband tu,hmmm
1 message reply to Nur : Hmm,da nk wt cne,sabar ye Nur syg,ada hikmah smua tu
1 message receive from Nur  : Hmm,Nur slalu bnasib malang..hari tu hilang i/c
1 message reply to Nur :  Ish Nur jgn ckp mcm tu,dah mmg xde rezki..hbs tu dpt blik ke i/c tu?
1 message receive from Nur  : Dapat,ad org pos ke rumah,tu pn lps dh dibuat i/c baru..rugi sgguh

(maka adegan sms kami pun berlanjutan hingga ke penghujungnya dgn salam pengikat ukhuwwah)


Sahabat-sahabat yg disayangi,
sedar tak sedar kita selalu berburuk sangka dgn Allah kan?selalu bersalah sangka dengan takdir qada' dan qadar Allah SWT yang tlh ditentukan..
Ditimpa sedikit bala dan musibah terus mengungkapkan kata-kata penyesalan,kata-kata nista dan sebagainya..
*Allah mmg xsayangkan aku
* Aku memang bernasib malang
*sial,cilaka dan seumpamanya
(nauzubillah mg kt terhindar dr perkataan2 yang tidak elok seperti itu)

Tetapi itulah hakikatnya,
sejauh mana keyakinan kita terhadap ketentuan Allah SWT,dengan qada' dan qadar yg telah ditentukan olehNya?
Setiap apa yang berlaku itu pastilah ada hikmahnya,hikmah penuh kerahsian yang pastinya allah sahaja yang tahu..
Mana tahu,dlm kegembiraan kt memperolaeh sesuatu keuntungan rupanya ada kesusahan yang telah direncanakan pada penghujunhnya..Dan boleh jadi juga kesusahan yg tertimpa sehingga kt merasakan ama-amat tidak mampu untuk membebaninya,kemalangan yg berlaku tanpa diduga,dan kehilangan yg sukar untuk kt redha akannya barangkali ada kebahagiaan dan kesenangan yang tidak terduga telah dijanjikan di pengakhirannya..
maka,berhusnu zhon,bersangka baiklah dgn Allah..


Wallahua'lam..
Maha Suci Allah atas stiap sesuatu



Friday, October 21, 2011

Tinta Pena


•٠•●❤ Jika aku ditakdirkan MATI muda, aku harap agar segala bentuk PENULISANku mampu memancing RAHMAT Ilahi, dan bukannya DOSA yang diwariskan..

˙•٠•●❤ Jika yang ditulis itu BERMANFAAT, maka baginya PAHALA yang bertimpa-timpa. Tapi jika yang ditulis itu punca DOSA, maka ia akan berakhir dengan punca SESAL tanpa hujungnya..

˙•٠•●❤ Garapkanlah larian PENA dengan TAKZIM..Moga harga aksaramu ialah SYURGA..


5 Slogan Tokoh yang Menggoncang Dunia

As-Syahid Imam Hassan al-Banna ( Pengasas Ikhwanul Muslimun)
As-Syahid Syed Qutb ( Pengaruh Tafsir fi Zilal karangan menggerunkan musuh seluruh dunia)


Doktor Yusoff al-Qaradhawi ( Pengarang Fiqhul Aulawiyat)


Syeikh Mustafar Masyhur ( Jenazahnya diiringi oleh 500ribu manusia)


Doktor Fathi Yakan ( Kitab Maza Ya'ni karangannya menjadi panduan pejuang islam)


As-Syahid Syeikh Ahmad Yassin ( Pengasas Gerakan HAMAS di Palestin)


Syeikh Abdul Qadir Audah ( Aktivis Ikhwanul Muslimun)


Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ( Pengaruh dakwahnya memberi kesan kepada non-muslim di Malaysia)

Slogan mereka ringkas, tepat dan padat iaitu:

1. Allahu Ghayatuna ( Allah matlamat kami)

2. Ar-Rasul Qudwatuna (Rasulullah teladan kami)

3. Al-Quran Dusturuna (Al-Quran panduan kami)

4. Al-Jihadu Sabiiluna (Jihad jalan kami)

5. Almautu fi Sabiilillah asma amanina ( Mati di jalan Allah cita tertinggi kami)

Dengan 5 slogan ini sahaja mereka mampu menggoncang dunia tanpa kita sedari

Lebih dari itu musuh-musuh islam begitu takut dan gerun dengan perjuangan mereka

Benarlah firman Allah dalam surah Al-Ahzab ayat 23 yang bermaksud:

"Di antara orang-orang mukmin itu ada yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah. Dan ada di antara mereka yang gugur (syahid) dan ada pula yang menunggu-nunggu (janji Allah) dan mereka tidak sedikit pun mengubah janji mereka"
Semoga kita juga tergolong daripada kalangan mereka..

Takbir!!

Sunday, October 16, 2011

Rabitah al-Qulub


Setiap kali memainkan lagu ini, hati akan sebak sesebaknya.. ia sebuah lagu yang sering dimainkan dalam program2 tarbiyah, tamrin mahupun sekadar nasyid saje2 antara sahabat2..

Sampai sekarang, setiap kali lepas subuh, kebiasaannya kita akan baca ma'thurat, habis tu.. baca doa tersebut..right?

Buat sekalian rakan2, baik lelaki mahupun perempuan..
Hargai masa singkat anda..
Hargai peluang hidup bersama rakan2..
Hargai segala yg sangat sukar lagi utk anda rasai apabila anda melangkah ke alam lain..
Itulah, hidup bersahabat..


Makan sedulang, mungkin berebut lauk..
Sorang nak ayam bahagian kepak, sorang nak bahagian paha..
Last2, kongsi sama2.. sama2 cuit.




Tidur sekatil queen..
Sorang nak luas2, sorang lagi pun sama..
Tendang sana, tendang sini..
Last2, semua dah penat..
Kaki kawan dah capai muka pun x sedar..



Study..
Tengok kwn study, rasa nak study..
Jeles..
Tapi malas nk tunjuk rasa jeles tersebut..
Maka, study sendiri2.. ikut masa tersendiri..
Itu mungkin bagi lelaki..
Kalau perempuan,
Study sama2..
Rasa jeles dipapar dgn sejelas2nya..
Selagi kwn belum stop..slagi tu kita x nak stop..
Mata dah lali pun buat2 x lali..
MashaAllah..
Cemburu yg positif.




Exam..
Sama2 mahukan kejayaan..
Doa utk semua..

Dapat result..
Kita senyum tatkala terima result yg baik..
Tapi menyedari ada kawan yg resultnya tidak seperti yg dia ingini..
Kita sembunyikan rasa hepi kita.
Sungguh..
Rasa sedih dgn kesedihan rakan itu..
Lebih besar dari rasa hepi dgn kejayaan kita..
right?

Solat berjemaah..
Berebut nak iqamah..
Sebab tak nak jadi imamah..
Kwn tolak kita, kita tolak kwn..
Menyedari dah membazir masa main tolak2..
Maka, dgn bergayanya..
salah sorang mengalah dan ke depan sikit..
dia lah imamah..
kita makmumah..

Puasa sunat..
Sama2 mengingatkan..
"Esok isnin, jom puasa sunat.. sape tak habis ganti, ganti cepat2"
Bangun sahur sama2..
Tapi bila terbangun lewat..
5 minit lagi nak azan subuh..
Maka, masing2 share makanan sahur..
and minuman sahur..
dgn gigi tak terberus..
muka dan rambur berserabai..
tahi mata bagai tersadai slama seminggu..
makan jelah..
pasrah..

Buka puasa..
sama2 masak..
masing2 dgn resepinya..
masin, tawar tak kisah lagi..
masing2 puasa..
sape nak test rasa kan?..
tiba azan maghrib..
dgn lafaz bismillah..
berbukalah kita..
"pesal ikan pedas ni manis giler.."
kih3..
redha jelah...



Saat wida'..
majlis perpisahan..
sama2 minta maaf..
sama2 minta agar tidak dilupakan..
kwn peluk kita, kita peluk kwn..
"ingat tau, jangan lost contact.."
"yer2,,awak pun.."

Lambaian demi lambaian..
mengiringi kepulangan..
lalu tinggallah kita..
meneruskan perjuangan..
tanpa dia, dia tnpa kita..
hakikatnya,
dalam hidup ini..
pertemuan itu menguatkan..
dan perpisahan itu juga menguatkan..
bukan melemahkan..
ajar diri tu..
agar terus kuat dlm hidup..

Bergaduh sekali sekala..
lumrah kehidupan..
tapi ingatlah..
dia pernah buatkan kita ketawa tak henti2..
dan kita juga pernah buat dia ketawa tak henti2..
dalam hidup ini..
ingat kebaikan orang pd kita,,
lupakan kebaikan kita pd orang..

Hiduplah dgn harmoni..
Maafkanlah kesilapan rakan..
Terima kekurangan masing2..
kawal kemarahan..
bersikap jujur dalam perhubungan..
tidak berat utk meminta maaf..
tidak berat utk berterima kasih..
hindari prasangka buruk..
hindari ungkit mengungkit..
hindari dari mencari kesalahan..

Yang Maha Kuasa itulah Allah..
DIA lah yang mengikat hati2..
Yang Melembutkn antara hati2 yg keras..
Pandanglah wajah rakan..
Lihatlah kembali kebaikan..
Tutuplah keburukan dn kelemahan..
Moga Allah trus mengekalkan kasih dn syg..
sesama rakan kalian..

Bukan sesaje..
bukan ke kita semua perlukan naungan Allah di mahsyar nnti...
ingatkah kita siapa 7 golongn yg mendapat naungan Allah di saat itu..yg
tiada naungan lain
melainkan naungannya..?
yes..dh ingt balik kan??
2 insan yang berkasih sayang bertemu krna Allah dan berpisah krna Allah

I love my friends..



Wallahua'lam..

*special thanks to: ukhti Nur Hanani Fadzilah



Saturday, October 15, 2011

Taklifan....


Mungkin pada pandangan manusia bawahan
engkau adalah gunung yang hendak digenggam

Mungkin pada pandangan manusia atasan
engkau adalah nilai sebuah kehidupan

Mungkin pada pandangan orang belum memikulmu
engkau adalah tampak kehebatan

Mungkin pada pandangan orang yang memikulmu
engkau adalah kuasa mutlak

Mungkin pada pandangan si buta akhirat
engkau adalah tujuan hidup ini

Mungkin pada pandangan si abid
engkau adalah sebuah gunung yang dipikul

Akan tetapi apakah engkau pada pandanganku?

Adakah engkau padaku umpama
orang bawahan yang dengan niat menghalalkan cara?

Adakah engkau padaku umpama
orang atasan yang memandang dibawahnya seperti najis?

Adakah engkau padaku umpama
orang yang belum memikulnya sehingga timbul dengannya hasad?

Adakah engkau padaku umpama
orang yang memikulnya sehingga lupa kuasa Yang Maha Berkuasa?

Adakah engkau padaku umpama
si buta akhirat sehingga lupa dosa pahala syurga dan neraka?

Adakah engkau padaku umpama
si abid yang dengannya melaksanakan amanah serta takut akan jurang azab?

Wahai diriku... Di manakah aku???




*Ya Allah... bimbinglah aku dalam melaksanakan sebarang tugas yang Engkau amanahkan kepadaku semoga aku tidak termasuk dalam kalangan orang-orang yang rugi di dunia dan akhirat...

Friday, October 14, 2011

Pesona Cinta


Kau siramkan wangian mawar putih
Kepada sebuah kenangan yang layu
Bisakah merubah detik-detik yang berlalu
Dari sekadar impian yang kaku

Jiwa terpaut menyaksi
Seribu pengorbanan dihulur
Cinta kasihan bersemi
Mengagung tak disedari
Diimpi tak pasti
Mengharap tak mendakap
Kesetiaan dijunjung
Rupanya tak ke hujung

Lilin yang menyala membakari dirinya
Buat menerangi insan yang memerlukan
Tanpa disedari diri sendiri sirna
Duka nestapa dibiarkan saja

Begini jadinya bila dihamba pesona cinta
Yang buta tak mengenal sebenar sifatnya

Cinta suci bukan untuk dinodai
Kasih jangan dikhianati
Lamarlah belas simpati

Kesucian cinta
Ikhlas tak diundang
Perliharalah...


Sunday, October 9, 2011

Maaf, Ini Adalah Yang Terbaik.




Hari ini, ana luangkan masa lapang dengan melayari internet, laman sosial yang digilai para remaja masa kini. Laman iluvislam cuba dijengah Semua artikel yang ada kat iluvislam.com sangat menarik. Dari laman web ini lah ana dapat banyak pengajaran. Banyak yang ana perlu tahu. Banyak yang ana perlu pelajari. Tapi entah lah... artikel yang satu ni sangat menarik, dan membuka mata hatiku.. tajuknya : Maaf, Ini Adalah Yang Terbaik.


"Apa yang aku dah buat ni....?
Astaghfirullah, selama ni aku ingin mencari keredhaan Allah.
 Aku ingin berdakwah.
 Aku kongsi artikel Islam untuk semua kawan aku. 
Kononnya ingin memuhasabahkan diri, dan juga kawan-kawan yang lain.
 Tapi apa yang telah ku lakukan? Aku masih melakukan dosa! Dosa yang 'izhar'. Terang dan nyata.
 Aku masih bercinta! Cinta yang belum lagi halal dan sah buatku. 
Ya Allah....apa yang telah aku lakukan ni...?" Aku berfikir sejenak. 
Sebelum ni kami memang pernah berbincang mengenai hal ini. Couple itu haram. 
Tapi disebabkan terlalu cinta, kami masih belum sedia untuk memutuskan hubungan ini.
 Kami terlalu sayangkan hubungan ini. Dan aku, terlalu sayangkan dirinya. 
Sebab dialah yang banyak mengajar aku apa erti cinta. Aku yakin, dia adalah untukku. 
Tapi perjalanan kami masih terlalu jauh. 
Aku sangat sayangkan dirinya, tapi aku lebih sayangkan Allah.
Mungkin inilah saatnya untuk mengatakan semuanya kepada si dia.
 Ya Allah, berikanlah aku kekuatan. Semoga Engkau permudahkan semua ini...
 Hatiku berkata. 
Aku sengaja kongsi artikel itu kat social network aku. 


Si dia: Saya baca link yang awak share tu.. 
Saya: Oh artikel tu.. yeap.
Si dia: Semua artikel mengenai couple dalam Islam yang saya baca, semua macam tu. Hmm..
Saya: Saya nak beritahu kat awak sesuatu yang sangat penting. Sebenarnya, perjalanan kita masih jauh lagi. Kita masih belajar, 3 tahun lagi baru nak grad. Kita sama-sama nak mencari keredhaan-Nya, tapi kita masih melakukan dosa. Walaupun tidak melakukan zina yang zahir, tapi kita masih berzina hati. Awak faham kan maksud saya? Kita masih merindui diri masing-masing. Sedangkan kita tahu, kita masih belum ada ikatan. Terlalu jauh nak fikirkan semua tu. Saya rasa bersalah kat Allah. Sebab saya cakap saya sayangkan Allah, tapi saya masih tak dapat tinggalkan apa yang saya cintai.. 
Si dia: Saya tahu. Kita cakap mengenai Islam, kita berdakwah, tapi kita sendiri belum betul-betul tinggalkan apa yang Islam suruh kita tinggalkan. Saya pun ada berfikir pasal ni jugak.. Terasa diri ni hipokrit, sebab saya suruh kawan buat benda yang baik, tapi saya sendiri masih melakukan dosa..
Saya: Saya dah lama berfikir pasal ni sebenarnya. InsyaAllah, inilah masanya. Hmm, awak.. Mungkin ini saatnya untuk kita berpisah... kerana Allah. Saya nak buktikan kepada Allah, yang saya lebih sayangkan Allah, lebih dari segalanya..
Si dia: Kerana Allah kita berjumpa, kerana Allah juga kita berpisah. Kita hanya ciptaan-Nya, memang patut kita sayangkan Allah lebih dari apapun. Saya setuju kalau semua ini kerana Allah. Awak, mungkin ini berat untuk awak, saya pun terasa berat juga. Tapi sebagai hamba, kita mesti berusaha untuk mencari keredhaan-Nya, kita mesti berkorban. Awak doalah banyak-banyak.. InsyaAllah, kalau kita ada jodoh, Allah akan pertemukan kita kembali. Simpanlah air mata tu. Assalamualaikum. Jaga diri baik-baik ye, awak... 


Ya Allah... 
Hubungan yang hampir 3 tahun terjalin tu telah pun berakhir. 
Berat, memang berat. Hati ini berat untuk melepaskan kata berpisah.
 Aku tahu, hatinya juga terasa berat untuk merelakan aku pergi. 
Kami sama-sama setuju untuk berpisah hanya kerana Allah.
 Air mata ini mengalir, dan terus mengalir. 
Aku terus saja inform sahabat karib aku, sebab dialah satu-satunya sahabat yang memahami aku. 
"Memang bukan senang untuk lupakan, tapi terimalah, sebab awak lakukan ini kerana Allah.
 Buktikan kalau awak memang sayang kat dia sebab Allah.
 Hati ini memang badan yang punya, tapi hakikatnya, Allah yang punya. 
Kalau Allah yang punya, mestilah Allah lebih berkuasa terhadapnya, kan?
 Redha lah.. sebab kalau kita lepaskan sesuatu tu kerana Allah, InsyaAllah, Allah akan permudahkan. 
Memang lepas ni awak akan rasa kosong, sebab hari-hari tu selalu ada diriya. Apatah lagi hubungan ini berakhir bukan dengan cara yang tidak baik. Lagi sukar untuk melupakannya.
 Awak bawa solat banyak-banyak, berdoalah supaya dia adalah jodoh awak. Baca Al-Quran supaya hati awak tenang..."


Aku redha dengan ketentuan Ilahi. Biarlah aku korbankan cintaku terhadap si dia semata-mata kerana Allah.
 Kerana aku yakin, Allah tidak akan mensia-siakan pengorbanan hamba-Nya. 
Aku ada pernah terbaca... ".. rindu yang disertai dengan menjaga diri padanya dan menyembunyikannya daripada orang-orang, maka padanya pahala,
 bahkan Ath-Thohawi menukil dalam kitab Haasyi'ah Marakil Falah dari Imam Suyuthi yang mengatakan bahawa termasuk dari golongan syuhada di akhirat ialah orang-orang yang mati dalam kerinduan dengan tetap menjaga kehormatan diri dan disembunyikan daripada orang ramai meskipun kerinduan itu timbul daripada perkara yang haram." 
Kali ini, biarlah aku mencintai dan merinduinya dalam diam.
 Biarlah aku memendam kerinduan dan cintaku terhadapnya sehingga sampai waktunya.
 Jodoh itu ditangan Allah.
 Aku tidak akan berputus asa.
 Aku akan berdoa semoga dia adalah untukku, InsyaAllah.


"Seandainya telah Engkau catatkan dia tercipta buatku, satukanlah hatinya dengan hatiku, Ya Allah. Tetapi ya Allah, seandainya telah Engkau takdirkan dia bukan milikku, bawalah ia jauh dari pandanganku, luputkanlah ia dari ingatanku, dan peliharalah aku dari kekecewaan.."


Hati ini memang lemah, memang sedih,
 tapi Allah telah berfirman..
Surah Al-Imran, ayat 139 yang bermaksud: "Janganlah kamu bersikap lemah dan jangan pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman."
Surah At-Tawbah, ayat 40 yang bermaksud: "Janganlah engkau bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.

Thursday, October 6, 2011

Sukarnya menjaga ikhhtilat..

"Salam ukhti,,,moga istiqamah di jalan dakwah,,ana doakan ukhti sentiasa thabat dalam jalan ini."   Sender:Akh Umar 0141234567

Perlahan-lahan bibirnya mengukir senyum,,ada rasa bahagia yng menjalar di dalam dada,,,hati semakin berbunga,,
"ehh,,kenapa dengan aku ni??" Namun segera disangkal "ahh,,mungkin seronok kerana ada rakan seperjuangan yang mendoakan"

Dia terus mengunci pintu bilik,,merebahkan tubuhnya di atas katil sambil membawa secebis rasa bahagia membaca sms tadi yang sebahagian besar bukan kerana isinya,,tapi kerana nama pengirimnya,,


"Ana sedang berhalaqah,,doakan semoga mad'u-mad'u yang sedang ana dekati ini bertambah keimanannya terhadap Allah,,dan jangan lupa doakan ana juga,,;)" Sender:Akh Umar 0141234567

Lantal akal memprotes "haiisshh,,kenapa tiba-tiba dia cerita dekat aku??"namun entah mengapa,,terasa ada puputan bayu yang bertiup halus,, tanpa disangaka dirinya merasa bangga kerana dia menjadi wanita terpilih yang menerima sms tersebut,,

Keesokan harinya,,,dia menerima satu mesej lagi,,,

Salam ukhti,,ana doakan semoga ukhti dapa t menjawab imtihan dengan tenang,,yakinlah,,innallaaha ma'ana,,ma'at taufiq wannajah!!

Hatinya melonjak-lonjak gembira,,mesti aku boleh jawab betul-betul exam kali ni,,
tapi,

Sender:Ukhti Elya 0129876543

senyumannya semakin memudar,,,ahh ,,bukan dari dia,,frustnya,,T_T
namun,,

selang beberapa minit handphonenya berbunyi lagi,,


"Yakinlah Allah sentiasa memmbantu hambaNya yang memperjuangkan agamaNya,,,ana mendoakan ukhti berjaya dalam imtihan!!Sender:Akh Umar 0141234567

yess!!mesej dari dia!!Sinaran mentari pagi itu kelihatan seperti warna spektrum yang indah memancar. Senyumannya mengambang lagi. Hatinya bagai bunga-bunga yang mengambang di musim semi. Mekar dan indah.


_________________________________________________________________________________


cerita di atas adalah gerak hati para da'ie yang mungkin sangat dekat dengan kita,,,dan tidak mustahil juga gerak hati itu pernah hadir dalam hati kebanyakan daripada kita,,
mungkin juga ada yang tersenyum kecil sambil berkata ,,"ehhh,,macam cerita aku je ni"


Mari cermati bahagian akhir daripada cerita tadi. Kalimat SMS keduanya hampir sama, yang isinya mengucapkan dan mendoakan agar berjaya dalam peperiksaan. SMS yang sama tetapi menghasilkan perasaan yang amat jauh berbeza. Kerana baginya yang lebih utama itu siapa yang mengirimnya, bukan apa yang dikatanya.

Namun sebenarnya, apakah Allah itu membezakan doa antara lelaki dan perempuan? Mengapa menjadi bahagia saat dia yang berlawanan jantina yang mendoakan?

Perkara inilah yang perlu kita cermati dan lihat dari kaca mata yang benar. Terkadang kita tidak perasan dan membiarkan diri kita hanyut dalam alam luar sedar. Dengan berbekalkan alasan bahawa, "Itu hanya sebuah SMS,” atau “Alah, email je.”

Namun,,sedarlah bahawa 
itulah perangkap syaitan. Ia menguji kita dengan menggunakan fitrah insani yang telah lama berada dalam jiwa. Fitrah ketertarikan terhadap lawan jenis.

Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga).[Q.S. Ali ‘Imran, 3:14]

Apalah gunanya kita jadi bersemangat dan semakin kuat, lantaran sumber semangat dan kekuatan itu adalah sesuatu yang tidak jelas? Malah kemungkinan ia hanyalah jelas-jelas sebuah dosa. Kerana hati berbunga-bunga, menikmati sorotan nafsu di dalam jiwa. Jadilah zina hati yang membuahkan dosa.

“Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti.”[Sahih Muslim, hadis ke 2282]

Wahai hati, apabila engkau menginginkan SMS-SMS seperti itu, maka tanyakanlah kepada hatimu. “Apa yang aku inginkan sebenarnya? Penghargaan daripada dia atau Dia?” Lalu beristighfarlah. Sungguh, kita semua mengetahui bahawa diri kita lemah. Maka kuatkanlah dengan zikrullah.


Wahai hati, apabila tanganmu gatal untuk menaip email-email yang berkemungkinan mengundang musim bunga dalam jiwa mereka, maka pertanyakan kepada dirimu, “Bukankah masih ramai ikhwah-ikhwahku yang memerlukan kata nasihat dan pemangkin semangat?”
Lalu hantarlah SMS tersebut kepada mereka. Layarkanlah email penguat semangat kepada teman-teman seperjuangan tercinta. Itu jauh lebih diredhai-Nya, insya-Allah.


Yakinlah,,saat itu pasti datang jua,,biiznillah,,
Ada saatnya. Akan ada saatnya nanti telefon bimbit kita akan berdering dengan masuknya SMS-SMS romantis. SMS-SMS yang walaupun hurufnya hitam semua, tetapi tetap ber’aura’kan merah jambu. Untuk seseorang dan dari seseorang yang telah dihalalkan untuk berbagi hidup dan segala kata cinta yang ada di dalam kamus-kamus cinta. Cinta yang bermuara kepada pencipta-Nya. Cinta dalam Cinta.


Bersabarlah untuk saat indah itu.

“Salam. Abang nak mengisi dauroh ni. Kat depan ni ada lautan bidadari bertudung labuh. Tapi tak ada secantik bidadariku di istana Baiti Jannati. Tunggu abang balik ye.”


“Salam. Jaga hati ye. Nanti saya masak sedap-sedap untuk abang."

 subhanallah,,so sweet!!

Monday, October 3, 2011

Cukup Cintai dia Dalam Diam

Cukup cintai dia dalam diam...
Bukan kerana membenci hadirnya.. tetapi menjaga kesuciannya..
Bukan kerana menghindari dunia.. tetapi meraih syurgaNYA..
Bukan kerana lemah untuk menghadapinya.. tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup..

Cukup cintai dia dari kejauhan...
Kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkannya dari ujian..
Kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan..
Kerana mungkin sajakan membawa kelalaian hati-hati yang terjaga..


Cukup cintai dia dengan kesederhanaan...
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan..
Menumbuhkan harapan hanya akan menyemai kebahagiaan para syaitan..


Cukup cintai dia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan dan keikhlasan..
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan..
Mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan..
Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan..
Serahkan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya..
Biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya..


"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga ."
~Umar Bin Khattab r.a~