Aku, dia dan mereka.

Thursday, December 6, 2012

Mendamba RedhaNya..




Kamu..
maafkanku kerana kurang memberi perhatian padamu,
aku hanya memerhatikanmu dari jauh ,
maafkanku kerana jarang mengambil tahu tentangmu ,
mungkin hati ini sudah beku,
mungkin jua hati ini semakin jauh ..

Kamu yang pernah menyapa..
Bagiku mengenalimu adalah antara memoir terindah,
Allah telah temukan kita ,
semakin aku menidakkan kehadiranmu ,
semakin ruh,jasad dan bayangmu hadir dalam hidupku..
Kamu yang jauh..
Biarlah diri ini begini ,
Allah lebih tahu ,
apa sahaja yg akan terjadi ,
Hanya Allah yg tahu perasaan ini ,
Aku tahu..
mungkin diri ini tidak membawa erti padamu,
Namun,
 Doaku dirimu akan bahagia dan terus bahagia..


Kamu insan itu,
Maafkanku sekali lagi ,
Maafkanku kerana menjauhkan diri darimu,
Semoga kamu dan aku menemui cinta sejati ,

Cinta yg menuju ke jalan Allah ,
Cinta kekal Abadi ,
Cinta pada Yg Maha Esa
Kerna
RedhaNya yang kita damba..



Sunday, October 28, 2012

Assingment : Pengalaman Berdakwah

Assalamualaikum.salam kasih dan sayang...

Rindu bertaut cinta berbuah..lama sudah tidak mencoretkan sesuatu dilaman sesawang penuh cereka ini,memang benar-benar dah bersawang rasanya..Dek kerana kesibukakan yang menghambat diri. 
Alhamdulillah sudah lebih 3 bulan ana bergelar mahasiswi tahun pertama Universiti Malaya. Menjadi pelajar universiti begitu banyak cabaran dan dugaannya.

Tidak sempat rasanya untuk bercerita dan menukilkan qalam yang panjang kali ini,cuma ingin  berkongsi tentang assingment pertama yang telah ana submit. Sebagai pelajar Sarjana Muda Usuluddin-Dakwah dan Pembangunan Insan kursus teras jabatan, Dakwah dan Masyarakat Majmuk, kami ditugaskan menyelesaikan satu tugasan yang diberikan oleh pensyarah..tajuknya! Pengalaman sebagai seorang Da'ie.

Disini ana kongsikan assingment yang telah anasubmit beberapa minggu yang lalu...

SECEBIS TENTANG SERIKANDI
Bismillahirrahmanirrahim......
Al-kisah...
            Tatkala mentari makin meninggi menyumbangkan vitamin D pada seluruh makhluk dimuka bumi Ilahi,tepat jam berdetik 9.20 pagi tanggal 21 Ogos 1992 bersamaan 21 Safar 1413 Hijrah waktu Malaysia,kenyaringan tangisan memecah kekalutan seluruh warga Hospital Daerah Machang letaknya di negeri Serambi Mekah,Kelantan Darul Naim.Disaat itulah lahirnya seorang serikandi comel mula mengenal dunia. Pasangan bahagia En.Abdul Halim b Ali dan Puan Che Azah binti Yakob tersenyum bangga menatap anakanda tercinta setelah 9 purnama menantikan kelahiran permata ketiga ini. Lantas sang ayah meggendong terus mengiqamatkan si anak,dengan harapan cahaya baru ini kan menjadi anak solehah yang taat pada Sang Pencipta,ibubapa serta tegar berbakti pada agama,bangsa dan negara. Itulah sebuah kelahiran seorang insan bernama, aku!!!

aku seorang pejuang!
            Diberi nama Nur Syuhadiah binti Abdul Halim yang membawa maksud "Cahaya Penyaksian".Penuh harapan dari kedua ibubapa mengharapkan anaknya memberi cahaya dan saksi kebaikan kedua orang tua yang menatang anakandanya bagai minyak yang penuh di akhirat kelak. Mak,abah..sesungguhnya diri ini menjadi saksi kebaikan dan jasamu di dunia ini menyempurnakan kewajipan pada anakmu.
            Saya dibesarkan dalam kehidupan yang penuh kesederhanaan. Abah menyumbangkan kudratnya sebagai 'pilot' bas SKMK,berulang alik dari Kuala Krai ke Kota Bharu mengangkut penumpang menyara keluargaku. Mak seorang serikandi penyeri kehidupan rumah kami. Membesar bersama 3 adik beradik yang lain,abang,kakak dan adik. Abang sulung bernama Muhammad Syakiran Wafil bin Abdul Halim penuntut tahap pertengahan ijazah Pembantu Perubatan di Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST). Kekanda tersayang merupakan mahasiswi tahun 2  Pengajian Syariah di Universiti Al-Azhar,Alexandaria,Mesir manakala adik bongsuku insyaAllah berperang dengan Sijil Pelajaran Malaysianya di Mahaad Syamsul Maarif Lilbanat,Pulai Chondong.Alhamdulillah kami sekeluarga menetap di istana kediaman kami di bandar Machang,Kelantan.Sebuah keluarga yang cukup sederhana tetapi teramat bahagia dan penuh dengan bi’ah Islami..
            Berbicara soal cita-cita,desakan minat yang mendalam terhadap bidang dakwah saya memilih kursus ini sebagai satu wadah untuk lebih mendalami ilmu dan gerak kerja mulia ini. Saya berhasrat bisa menjadi pakar dalam bidang dakwah yang mana paling tidak boleh menyumbang sesuatu untuk agama tercinta. InsyaAllah moga kami dapat melakukan sesuatu untuk Islam!
            Penutup cebisan ini,tertarik dengan kata-kata seorang pejuang dan mujaddid ,al-Imam Hassan Al-Banna,katanya  “ Andai diumpamakan ISLAM seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh, maka aku akan berjalan ke seluruh dunia bagi mencari jiwa-jiwa muda. Aku tidak ingin mengutip dengan ramainya bilangan mereka. Tapi aku ingin hati-hati yang ikhlas untuk membantu dan bersamaku membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah.”

PENGEMBARAAN SEORANG DA’IE
Firman Allah dalam kitab agungNya :
 (وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُون )
Yang bermaksud “ dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh berbuat yang makruf dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung”
 ( Surah Al-Imran : 104)
            Pengalaman menjalankan gerak kerja dakwah merupakan suatu yang amat menyeronokkan dan mengajarkanku seribu satu pengalaman yang membawa jutaan erti. Peluang dakwah  yang terbentang didepan mata pasti tidak akan saya sia-siakan.Sepertimana sabda Rasulullah saw yang bermaksud “apabila seseorang kamu melihat kemungkaran maka ubahlah dengan tangan kamu(kuasa) jika tidak mampu ubahlah dengan lisan kamu ,jika tidak juga mampu maka ubahlah dengan hati kamu,itulah selemah-lemah iman.”
            Memulakan madah tentang pengalaman berdakwah dalam episod kehidupan,suka untuk saya kongsikan legasi dakwah ini merupakan suatu bidang yang sangat saya perhatikan dan seumpama menjadi darah daging dalam hidup. Dilahirkan dan dibesarkan dalam sebuah keluarga yang sangat mementingkan karenah agama dan syariat pastlah medan juang dakwah antara menu utama santapan kehidupan kami. Abah dan mak sememangnya sedari kecil teramat menitik beratkan hal-hal agama. Semenjak dari bangku sekolah menengah saya dijinak-jinakkan dengan program-program dakwah. Seawalnya ketika di usia menegah rendah di Maahad Syamsul Maarif Perempuan, saya dilantik menjadi ahli jawatankuasa Badan Dakwah dan Kepimpinan Islam (BALKIS). Di situ saya telah dilatih dan dipertanggungjawab kan mengurus pelbagai program dan aktiviti-aktiviti  berunsurkan dakwah dan islami. Penganjuran Malam Penghayatan Islam (MPM) merupakan aktiviti wajib yang dirangka jawatankuasa BALKIS kepada setiap tingkatan. Dari MPM ini saya diajar memupuk minat para peserta melazimi qiamullail, tadabbur dan membaca Al-Quran, melazimi doa-doa mathurat, solat-solat sunat, kesedaran tentang aurat, erti hidup sebagai hamba Allah dan lain-lain asas tentang fardhu ain.
            Saya juga ditaklifkan memegang usrah yang terdiri daripada adik-adik tingkatan satu. Usrah merupakan peluang dakwah yang sangat efektif untuk diprakatikkan. Dari situ, banyak peluang yang dapat saya manfaatkan samada dari segi memberi mahupun menerima. Perkongsian dari pelbagai bab dan bidang seumpama akidah, ibadah, akhlak, isu-isu semasa dan sebagainya diperbincangkan. Kekreatifan pembimbing usrah yakni naqib dan naqibah sebagai da’ie dalam membimbing usrah antara titik kejayaan sesebuah usrah dihadam dan diaplikasikan oleh mad’u. Selain dari dakwah formal di sekolah, saya juga terlibat dengan gerakan dakwah di luar sekolah. Setiap hujung minggu dan cuti umum persekolahan saya dan beberapa orang rakan yang lain membantu Masjid Pulai Chondong yang terletak berhampiran dengan sekolah mengajar al-Quran dan fardhu ain kepada anak-anak kecil di kampung tersebut. Kesungguhan ahli rakan masjid  menyebarkan dakwah kepada masyarakat setempat menerujakan saya untuk bersama mereka. Pendekatan dakwah kepada si cilik sangat berbeza berbanding pendekatan mad’u yang lain. Layanan yang harus diberikan dan karenah yang harus dihadapi membuka peluang kepada saya belajar ilmu kepelbagaian mad’u secara tidak lansung memberi serba sedikit persediaan awal untuk mendidik anak-anak. Kata orang melentur buluh biarlah dari rebungnya maka mendidik anak-anak terutamanya tentang ilmu-ilmu agama haruslah bermula dari kecil.
            Disamping mengajar saya juga turut terlibat dengan program-program Kerajaan Negeri Kelantan sebagai sukarelawan. Antara program terbesar yang saya sertai dan masih segar di ingatan serta memberi kesan yang mendalam ialah Karnival al-Quran dan Sains yang diadakan di Maahad Tahfiz al-Quran wal Qiraat. Hampir seminggu saya berkampung disitu ditugaskan sebagai jawatankuasa unit penerangan. Kehebatan dan keajaiban al-Quran yang mana wujudnya lebih 1400 tahun dahulu sangat menakjubkan saya tatkala secara jelas dapat membuktikan keterkinian ilmu sains yang telah dikaji para saintis abad ini. Inilah antara kalam dakwah yang sangat bermakna apabila saya ditugaskan untuk bercerita dan memberi penerangan tentang kemukjizatan terbesar dari Allah ini kepada para pengunjung karnival tersebut.
            Menjejakkan kaki ke peringkat menengah tinggi semakin membuka ruang dan langkahan kaki ini menuju lapangan dakwah. Alhamdulillah saya mendapat tawaran ke Maahad Muhammadi Tumpat untuk meneruskan pengajian dalam aliran sains tulen. Medan juang yang lebih jauh semakin memuncakkan semangat dakwah ini dengan pertambahannya bilangan mad’u dan karenah yang pelbagai harus dihadapi. Disekolah baru ini juga saya mengaktifkan diri dalam Badan Dakwah dan Rohani Sekolah (BADAR) sehingga ditaklifkan sebagai timbalan pengerusi BADAR. Aktiviti-aktiviti dakwah dari sekolah lama dicadangkan untuk diteruskan disamping menjana idea-idea lain. Penubuhan jabatan nuqaba makin melicinkan kegiatan usrah, silibus-silibus usrah diperkemas dan diperbukukan semula sebagai kemudahan dan panduan para nuqaba’ menyampaikan usrah. Sesungguhnya bagi saya, usrah merupakan tunjang utama dalam tarbiyah dan dakwah. Andai berjayanya sesebuah usrah maka tidak menjadi masalah untuk menebar luas kegiatan dakwah yang lain. Daurah nuqaba’, rehlah tarbawi dan tamrin-tamrin merupakan aktiviti wajib jawatankuasa BADAR rencanakan buat seluruh warga maahad.
            Tamatnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) memberikan saya peluang rehat untuk jangka masa yang agak lama. Terkesan dari kata-kata seorang sahabat, “tiada istilah rehat yang berpanjangan bagi sang dai’e di dunia ini kerana kerehatan yang abadi hanyalah di syurga.” Saya memanfaatkan sepenuhnya cuti yang hampir 4 bulan itu dengan mewakafkan diri untuk gerak kerja dakwah. Setiap pagi anak-anak kampung akan datang kerumah untuk belajar mengaji al-Quran. Pada hujung minggu selepas asar pula, jawatankuasa masjid meminta bantuan saya mengajar kelas fardhu ain juga untuk anak-anak kampung di masjid berhadapan dengan rumah saya. Seringkali juga rumah saya dikunjungi mak cik-mak cik di kampung untuk diajarkan mengaji al-Quran dan serba sedikit ilmu agama. Sedikit ilmu yang ada saling dikongsi dan dipelajari.
            Sementara menunggu panggilan Institut pengajian Tinggi (IPT) saya kembali ke Maahad Syamsul Maarif mengisi masa dengan menuntut ilmu-ilmu Sijil menengah Agama (STAM). Bergelar pelajar senior semakin memudahkan urusan saya meneruskan agenda dakwah,memikat adik-adik junior bersama mencintai majlis-majlis ilmu dan program-program islami,dakwah dan tarbiyah. Sekali lagi tanpa diduga taklifan setiausaha BALKIS terpundak dibahu ini,diberi kepercayaan untuk meneruskan perjuangan bersama sahabaat-sahabat yang lain memimpin jiwa-jiwa warga maahad mendekati al-Khaliq.
            Pada tempoh itu juga, BALKIS dengan kerjasama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah menganjurkan ekspedisi Da’ie Muda ke perkampungan orang asli di Gua Musang, Kelantan. Ekspedisi yang menarik dan penuh cabaran ini memperkenalkan kami dengan mad’u yang baru dan sangat istimewa. Kampung Perlug, Post Tuel letaknya jauh dipedalaman merupakan sebuah perkampungan orang asli yang telah beberapa kali dijejaki oleh wakil-wakil agama seperti Kristian dan Islam. Alhamdulillah lebih separuh dari penduduk kampung telah melafazkan Syahadah . Misi utama kami menjejakkan kaki kesana pastinya untuk menyebarkan Islam buat warga penduduk. Sesampainya disana kami para da’ie muda diberikan keluarga angkat masing-masing. Dan saya sungguh bertuah menjadi anak angkat kepada penghulu kampung yang dikenali dengan tok batin. Mempunyai keluarga angkat yang cukup meriah dengan penghuni rumah seramai 15 orang merupakan suatu yang sangat menyeronokkan. Kami ditugaskan untuk mengajarkan asas-asas Islam dan fardhu ain kepada keluarga angkat masing-masing. Sambutan yang sangat baik memudahkan kerja-kerja kami dan pelbagai cara pendekatan dakwah yang digunakan untuk menyampaikan Islam kepada warga orang asli ini termasuklah dengan belajar cara hidup mereka,memajat bukit mengikut mereka bekerja bercucuk tanam, bersukan dan sebagainya. Dan apa yang sangat memberi kesan yang sangat mendalam kepada kami tatkala dapat mengislamkan beberapa warga penduduk disana. Deraian air mata tidak disedari turun tatkala mereka melafazkan kalimah agung “lailaha illallah,Muhammadu rasulullah”. Maha Suci Allah bertambah lagi bilangan saudara kita.
            Ekspedisi ini tidak berakhir begitu sahaja, malah kami telah meneruskan agenda ini kepada siri-siri yang seterusnya, dan walaupun saya sudah meninggalkan maahad tersebut namun misi ini tetap menjadi suatu perisian dalam taqwim kehidupan dan sukanya dikatakan bahawa ekspedisi ini telah memasuki siri yang ke lima malah kami telah mendirikan sebuah rumah di kampung tersebut dek kerana kekerapan berkunjung ke situ.
            Pengembaraan saya sebagai da’ie semakin menyeronokkan apabila diri ini melangkah ke bumi Universiti Malaya Kuala Lumpur. Menjejakkan kaki ke kota metropolitan ini membawa suatu perubahan pada diri  saya tatkala purdah menjadi pakaian rasmi. Niat yang terpendam begitu lama direalisasikan disini. Cabaran dan ujian pastinya tidak lari dalam fasa perubahan menjadi lebih baik, itulah hakikatnya. Ramai yang menyangka muslimah yang berniqab ini agak sukar untuk menjalankan gerak kerja dakwah dek kerana masalah komunikasi dan pergaulan namun  saya menyangkal spekulasi dan kenyataan itu. Buktinya kerak kerja dakwah yang biasa saya lakukan sebelum-sebelum ini seperti usrah, majlis-majlis ilmu, riadhah dan ziarah tetap saya jalankan seperti biasa malah mendapat sambutan yang lebih baik. Di sini saya ditempatkan di Kolej Kediaman Raja Dr.Nazrin Syah dan sekali lagi ditaklifkan sebagai jawatankuasa Balai Islam kolej selain jawatankuasa Asasi dibawah exco kerohanian. Taklifan ini makin melicinkan serta memudahkan gerak kerja menyeru kemakrufan dan meninggalkan kemungkaran ini.
            Setiap kali adanya sambutan perayaan kebangsaan seperti Hari Merdeka, Hari Malaysia, Tahun Baru dan hari memperingati kekasih (Valentine’s Day) , Gabungan Mahasiswa Islam se-Malaysia (GAMIS) akan menganjurkan ekspedisi dakwah ke kota-kota besar di sekitar Kuala Lumpur. Antara yang paling segar di ingatan saya adalah ketika ekspidisi dakwah sempena sambutan malam kemerdekaan di Dataran Merdeka. Kami ditugaskan mengedar risalah berunsurkan jauhi maksiat dan hindari gejala tidak sihat serta sedikit makanan ringan kepada orang ramai disana. Pelbagai gelagat dan ragam manusia dapat disaksikan semasa ekspidisi ini, anak-anak muda berkeliaran, geng-geng black metal,.punk, golongan mak nyah, gay, dan lesbian, pasangan-pasangan yang bercinta serta tidak kurang keluarga turut bersama menantikan ambang merdeka.
berdakwah ditengah jutaan ummat
            Kami juga dikehendaki mencari beberapa mad’u sebagai sasaran dakwah tanpa putus. Kejadian yang sangat menyentuh hati saya dimana berkenalan dengan seorang kakak beberapa tahun lebih tua dari saya menjual air di kaki lima Dataran Merdeka, kakak yang sangat cantik dan muda tapi agak menyimpang dari landasan agama. Agak lama kami berbual dan berkongsi dan tidak disangka pertemuan yang sementara itu menitipkan bibit-bibit kemesraan diantara kami. Sangat mennyentuh hati saya apabila dia meluahkan rasa ingin berubah dan sangat gembira melihat insan-insan seperti kami. Dan perpisahan kami pada malam itu diakhiri dengan pelukan dan tangisan yang syahdu. Sedetik bersama meninggalkan kesan ukhuwwah yang sangat mendalam. Namun hubungan kami tidak teputus disitu,  saya terus menghubunginya pada hari-hari kemudiannya. Benar kata murabbiah saya, “lihatlah setiap mad’u dihadapan kita dengan pandangan kasih sayang” dan Alhamdulillah perubahan demi perubahan makin dirasai dan dapat dilihat dari kak Aira Jamil, nama yang tidak lekang dititipkan dalam doa.
            Bersempena dengan Hari Maulidurrasul, GAMIS juga menganjurkan flosh mob di sekitar KLCC. Dan saya tidak terlepas turut serta dalam acara yang sangat menarik ini. Demi meningkatkan kesedaran terhadap Rasulullah tentang kerasulannya, flash mob ini diadakan. Kami dikehendaki menjadi patung disepanjang stesen LRT KLCC. Pelbagai gelagat yang kami saksikan,ada yang memegang buku tentang sirah Rasulullah, memegang banner sayangkan baginda rasul dan macam-macam lagi. Alhamdulillah sedikit sebanyak aktiviti member impak kepada orang ramai. Dan flash mob kami pada hari itu diakhiri dengan perarakan skuad kami diiringi dengan  selawat ke atas junjungan mulia sepanjang stesen LRT ke dataran KLCC. KLCC bergema dengan alunan indah selawat pada hari itu,sungguh mendamaikan.
            Selain dari aktiviti-aktiviti dakwah anjuran pertubuhan mahasiswa,saya juga menyertai NGO Islamic Information and Services  Foundation (IIS) dan Saba’ Islamic media berpusat di Titiwangsa. NGO ini merupakan pertubuhan yang menjalankan kerja dakwah kepada non-muslim. Banyak aktiviti-aktiviti dakwah yang kami jalankan dan yang utamanya adalah “Street Dakwah”  yang diadakan setiap bulan di sekitar kawasan Kuala Lumpur. “Street Dakwah ini menampilkan kami berkongsi tentang Islam khususnya kepada non-muslim di luar sana. Semestinyalah sebelum melakukan agenda ini, kami diberikan didikan dan latihan untuk berhadapan dengan mereka-mereka ini. Ilmu perbandingan agama akan diajar kepada para sukarelawan didalam kelas untuk dipraktikkan di lapangan. Orator hebat seperti Bro Shah Kirit, Xifu Naser dan Bro Engku Fauzi antara guru yang banyak membimbing saya akan reality dakwah non-muslim ini. Kami juga dibawa ke rumah-rumah ibadat agama lain seperti gereja dan kuil untuk mencari mad’u. Sangat menerujakan dan kesyukuran tahap tertinggi tatakala ada yang melafazkan syahadah kerana biasan dakwah ini.
            Dan yang paling terkini dari IIS yang turut bersama saya turun padang ialah Dr.Zakir Naik Malaysia Tour 2012. Saya sempat menjadi sukarelawan untuk majlis di UITM Shah Alam dan PWTC. Pengalaman yang sangat berharga dapat bersama dengan orator terkenal dunia. Dalam berlansungnya pengucapan oleh Dr.Zakir NAik itu sempat saya berkongsi sedikit ilmu yang ada tentang islam dengan beberapa non-muslim yang ada. Datangnya dari pelbagai bangsa,dari Nyammar, Bangladesh, Jepun , Brunei dan serata dunia. Sungguh tersentuh hati saya apabila ada yang berterus terang dengan saya mereka sangat kagum dengan agama Islam dan berhasrat untuk memeluk agama mulia Islam. Dan jutaan dorongan dan semangat makin saya lontarkan kepada mereka. Secebis doa turut mengiringi semoga hidayah itu milik mereka.
Dr.Zakir Naik Tour soo osem
            Dizaman ICT dunia serba canggih dan berteknologi ini, saya juga tidak ketinggalan menyemarakkan dunia dakwah di alam maya. Saya meletakkan kewajipan pada diri saya meletakkan status berunsurkan tazkirah dan dakwah di facebook. Saya juga mempunyai blog peribadi yang dihasilkan untuk berkongsi pengalaman dan peringatan. qalamsyuhada-musafircintailahi.blogspot.com satu medan  dan astaka untuk saya menghunuskan pena dakwah ini.
            Itulah serba sedikit cebisan pengalaman dakwah yang pernah saya alami. Pengalaman yang sungguh bermakna yang mana kalau ingin dinukilkan di helaian kertas ini hanyalah secebis sahaja. Saya menebarkan dakwah,namun dalam masa yang sama juga saya belajar seribu satu perkara. Dan inilah pembelajaran tidak formal dan tidak lansung saya miliki.  Saya berharap semoga Allah istiqomahkan saya dalam perjuangan ini. InsyaAllah.
            Akhir kalam, suka untuk saya berkongsi satu kata yang saya petik dari sebuah buku “bila diri diwaqafkan untuk perjuangan Islam, jangan sesekali berniat untuk meloloskan diri, sekali melangkah ke hadapan maka teruskan langkah itu, jangan pernah terlintas untuk melepaskan ikatan rabithah perjuangan. Walau ribuan tribulasi melanda yakinlah dengan apa yang kita lakukan nescaya kemenangan pasti tiba. Derita kita adalah derita ummat terdahulu, penat kita hari ini adalah untuk generasi akan datang. Kita bukanlah yang memulakan perjuangan tetapi kita adalah rantai-rantai yang menyambung perjuangan.”
“Ya Allah.. Thabatkan hati kami dalam meniti liku dakwah ini.. Amin “  

*sedikit di edit untuk menambah perisa dan rasa.. =)

Monday, October 1, 2012

TERUNTUK SESEORANG YANG JAUH DI SANA..



Bismillahirrahmanirrahim..

Seandainya kau mau buka tirai disanubarimu..
Kau akan tahu pelabuhan mana yang ingin kau singgahi untuk selamanya...
Hingga pelabuhan itu jadi rumahmu dan pelabuhan hatimu.

Adakalanya kita begitu yakin bahwa kehadiran seseorang akan memberi sejuta makna bagi jiwa kita...
Sehingga...

Saat seseorang itu pun hilang begitu saja...
Bayangannya masih ada..
Setangkup harapan agar dia kembali...
Walaupun ada kata2 dan sikapnya yang menyakitkan hati...
Akan selalu ada beribu kata maaf untuknya...

Masih ada beribu penantian walau tak pasti...
Masih ada segumpal keyakinan bahwa dialah jodoh yang dicari sehingga menutup pintu hati dan sanubari untuk yang lain.

Sementara dia yang jauh disana mungkin sama sekali tak pernah memikirkannya.
Haruskah mengorbankan diri demi hal yang sia-sia???

Masih ada sejuta asa, sejuta makna..
dan masih ada pijar bintang & mentari yang akan selalu bercahaya dilubuk jiwa dengan bermakna dan bermanfaat bagi sesama...

Biarkan cinta itu..
Bermuara dengan sendirinya...
Disaat yang tepat...
Dengan seseorang yang tepat...
Dan dengan pilihan yang tepat...
Hanya dari Allah ,
Disaat dihalalkan_Nya dua manusia untuk bersatu dalam ikatan pernikahan yang barokah..


Tuesday, September 11, 2012

Buatmu Pejuang Haraki..


Buat makhluk yang bernama ahli gerakan usah dikeluh mengapa cubaannya begini,
Namun warkah pesan ini buat mu wahai anak Muda Gerakan,
Kamulah aset agama dan negara untuk membentangkan setiap kerah tenaga darah dan nyawa demi membentengi Islam Akhir Zaman,

Jika nyawa maka nyawalah kita serahkan,
Jika darahlah maka darah yang kita berikan,
Jika harta maka hartalah kita korbankan,

Anak muda sebelum turun dan memijak arus medan harus dirapikan dahulu tarbiyah mereka,
Agar tidaklah berkeroncong fikrah mereka,
Di pasak dengan ilmu dan kefahaman,
Supaya Islam tidak dimain-mainkan oleh sang Pemerintah..

Darah anak muda sudah berjanji taat setia bahawa barang siapa yang cuba memijak Islam,
maka gerombolan ini akan bangkit menentang mereka,
kebangkitan ini sudah berabad lama namun sang pemerintah masih lagi mahu memperbodohkan anak muda dengan pelbagai helah dan bermacam tipu daya,

Persiapan rapi hasil tarbiyah tadi sudah cukup menajamkan minda ank muda untuk memikirkan yang mana benar dan yang mana korup,
Sudah cair perlembagaan dalam kepala,
Sudah khatam pelabagai akta,enakmen,syeksen,perkara di dalam buku undang2,
Sudah diasaskan dengan pelabagai fiqh mazhab,
Sudah diasuh dengn didikan akidah yang mantap,
Sudah diajar dengan pelbagai didikan adab,
Sudah mengenali apakah itu perbedaan aliran fikrah dan fahaman akidah serta fiqh mazhab,

Dibiasakan dengan tekanan serta latihan untuk membina kekentalan dalam dan luar..
Disediakan pula untuk menghafal setiap kalam Allah dan sunnah(hadith) Rasulullah),
Bisa mengolah dan membahas setiap ilmu yang ada secara jamaie..
Mnegeluarkan fatwa dan ijtihad secara jamaie,
Melahirkan ulamak serta umarak yang bakal melapis pimpinan masa kini..

Sudah tentu kerajaan tidak boleh mempermainkan minda anak muda,
Cukup hanya sepuluh jiwa anak muda untuk menjatuhkan serta menghancurkan sebuah rejim,
Yang akhirnya mereka akn tunduk patuh kembali pada Allah,
Dengan hujjah,,nas dalil, serta strategi yang kita catur dan susun,
Penjara kita tidak takut,
ISA apatah lagi,
Belantan dan senjata adalah ujian semata di dunia,

Tuntutan ilmu menjadi utama,
menyuruh makruf dan mencegah mungkar jadi prinsip,
Tindakan mengenal waqi'
dan tidak sesekali menghalalkan cara serta beransur-ansur dalam menegakkan keadilan.


Wednesday, June 20, 2012

KETIKA TAKDIR MENYAPA CINTA



Aku...
Yang tak pernah berharap mencintaimu...
Tetapi ALLAH yang telah menundukan Hatiku tuk memberikan cinta ini padamu..

Aku...
Yang tak pernah memilihmu untukku...
Tetapi ALLAH telah memilihkanmu untukku.

Aku...
Yang tak pernah bermimpi untuk mendampingimu,,Tetapi ALLAH lah yang tlah menentukan hidupku tuk mendampingimu..

Aku...
Juga tak pernah berharap menanggung Rasa ini atas cintaku padamu, tetapi ALLAH tlah memberikan rasa ini dan harus ku tanggung atasmu.

Itulah..aku adanya
Aku yang tak pernah kuasa mampu mengatur hatiku sendiri kerana Sang PEMILIK qu yang tlah menentukannya...

Aku...
Yang hanya engkau lihat sebuah Raga...sedangkan Hatiku sepenuhnya adalah Milik_Nya

'' Ya Rabb...Tenggelamkanlah aku didalam kecinta'an_MU..supaya tiada suatu apapun yang mampu memalingkan aku daripada_MU..

Ya ALLAH...Kurniakanlah kepada kami keampunanMU,bukan azabMU...masuk ke dalam SyurgaMU tanpa Hisab,melihat WajahMU tanpa Hijab,jagalah kami dengan KaruniaMU, dari kejahatan orang2 yang Hasad,ketika duduk, berdiri dan tertidur...peliharalah kami dari rasa dengki...tetapkanlah yg terbaik buat kami yg Allah mengikut ilhamMu yg terbaik..seandainya baik untuk kami,agama kami dan penghidupan masa depan kami maka damaikan dan dekatkan hati kami...namun seandainya ianya buruk bagi kami,agama kami dan seluruh peghidupan kami baik didunia mahupun akhirat maka jauhkanlah kami,dan tetapkanlah pilihan yg hanya diredhaiMu.Ya Rabb

Aamiin ya Rabbal'Alamiin ...

Wednesday, June 6, 2012

TerimaKasih Headboy!!


Terasa hari ini ingin bercerita…setelah sekian lama sepi tanpa irama,pudar tanpa warna,suram tanpa rasa,terasa ingin mencorakkan ruangan siber kali ini dengan kisah pengalaman dari hati..Kisah benar yang begitu banyak mengubah kehidupan ana..Kisah yang mengubah dari mazmumah kepada hasanah,yang mengubah hampir seluruh kehidupan ana..Berlaku lebih 8 tahun dulu,tapi masih segar tanpa layu,mekar membunga bersama denyutan nadi ini..Sungguh ia memberi jutaan ibrah buat ana..Terima kasih pada “kamu”…

Alkisahnya..sewaktu ana sekolah rendah dahulu..Sekolah Kebangsaan Machang (1)…yang letaknya dipusat bandar… Ana seperti kanak-kanak riang yang lain,belajar mengira membaca mengeja, bermain, berkejaran  bersama kawan-kawan..nakal itu sudah menjadi adat..Lucu pulak rasanya bila mengingatkan masa lalu,ana dulu agak kasar, berkawannya lebih dengan kawan lelaki,rasannya kawan perempuan tidak sehati dan seragam untuk dibuat kawan..Dan mangsanya,headboy menjadi teman rapat ana… Dia sangat baik pada ana,budak pandai,baik dan menjadi kesangan guru-guru.. Tidak kurang juga diminati para pelajar .. Rasa sungguh bertuah juga,headboy memilih diri ini yang tidak seberapa menjadi kawan yang sekaki dengannya. Dialah yang sentiasa membela andai ada yang membuli,sentiasa menegur kalau ada yang salah dan tidak kena,tidak kurang sentiasa mengajar ana dalam pelajaran yang dimaklumi diri ini memang sangat lemah dalam bab belajar-belajar ini,dan almaklumlah headboy yang baik dan bertanggungjawab maka berbakti lah dia,hehe.. Sampai ada yang paling ana ingat pernah sebijik buku nota English-Grammar ana dibuatnya hanya dek kerana sedikit kesalahan yang ana buat,diperbetul dan dirangka formula-formula menjadi sebuah buku nota yang agak lengkap sesuai untuk silibus kami ketika itu. Baik punya kawan.. Ku kenang sampai ke hari ini..

Tapi hakikatnya dalam baik kami,sentiasa juga tidak sehaluan,berbalah pendapat dan tidak kena sampai membawa perselisihan..Maklum sajlah ana ni  sensitif yang amat masa tu,mudah terasa,kok kalau ditegur sikit,mulalah masam mencuka berajuk sampai ke petang..Alahai cerita zaman kanak-kanak.tersenyum sendiri.

6 tahun di sekolah itu,mencipta pelbagai kenangan,berbagai pengalaman,pahit manis,suka dan duka. Kemuncaknya bernoktahkan peperiksaan yang sama-sama kami hadapi,Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) . Maka segala bebanan,kerahan fikiran lapang seketika. Seusainya peperiksaan hari berlalu seperti biasa namun aktivitinya sedikit berlainan. Bukan lagi sepenuhnya dalam kelas,menelaah pelajaran,berhempas pulas dengan matapelajaran-matapelajaran yang meragut ketidaksenangan jiwa(hehe),namun aktivitinya lebih bebas,bersukan,bermain,bergembira menghabuskan sisa-sisawaktu bersama kawan-kawan,yalah habisnya sesi itu makanya bertebaranlah kami keseluruh pelosok Malaysia ke alam sekolah menengah,seterusnya ke seluruh atmosfera dunia menyambung permusafiran mencari ilmu bekalan dunia dan akhirat.

Yang lelaki menjadi hero di padang bola sepak,sedangkan yang perempuan jaguh di gelangang bola jaring yang tidak jauh kedudukannya dari padang bola.Tatkala itulah,sedang pelajar-pelajar lelaki lincah membelah padang berkejaran menendang sebiji bola,ana dan beberapa rakan yang lain sedang mengatur setting utk permainan kami,secara tidak sengaja terpandang si headboy dan rakan-rakannya di padang bola,yang paling membuatkan ana panas dan terkejut ketika itu mereka semua bermain tanpa berbaju,hanya berseluar panjang.Entah mengapa mulut ini ringan saja membebel pada rakan-rakan di sebelah,mengomel rasa tidak puas hati,ingat-ingat lupa antara ayat-ayat yang ana lontarkan “esh,tak tau malu sungguh main tak berbaju,mentang-mentang dah habis exam,yang tak tahannya si headboy(masa tu sebut nama lh) pun ikut skaki,aku ingatkn baik sgt,huh.” Ana pun tak tahu,nafsu apa yang merasuk sampai teremosi smpai begitu sekali,sedangkan kalu fikir pada akal waras ,bukannya salah pn..Ya,mungkin saja jg pandangan budak-budak ketika itu,apalah sangat.

Namun,kejelikan tentang peristiwa itu bukan berakhir di situ,setelah waktu dipadang tamat,semua dikehendaki naik ke kelas.Kami yang masing-masing masih berbaju sukan berderetan masuk ke kelas.Sejurus tiba di meja belajar ana,yang mana agak berdekatan dgn meja headboy,maka ketika itulah juga headboy melangkah masuk ke pintu kelas menuju ke meja. Api ketidakpuashatian masih menyala-nyala dalam diri ana,belum senpat headboy sampai di tempatnya,terus ana menghentamnya dengan kata-kata,melepaskan geram. “Ei,gelilah aku tgk korang kt padang td,maen bola tak pkai baju,ko pun headboy(sebut nama) pun join skali,tak mnyangka lnsung aku,mentang-mentang exam dh habis,suka-suki..macam badan comel sgt,tak malu betul.” Fuh,lega rasanya disaat tu,meletuskan segala yang membuku di dada. Nah,rasakan! Haha

Ingatkan hujan biasa dimalam hari,rupanya kilat sebelum dinahari(ape merepek ni,aiyya) .Ana ingatkan si headboy kan bertafakur menginsafi diri,rupanya dengan wajah ketenangan dicalit sedikit emosi dia membalas tajam bebelan ana,sangat perit! “Amboi,semedang kata aku tak malu,geli orang tak berbaju.Wei,aku tak berbaju,bukannya tayang aurat pun.Ko tu pakai baju legan pendek,tangan tu aurat la,berdosa tahu duk bukak camtu..Tgk diri sdiri dulu blm mngata org,ko patut lg malu tunjuk aurat,aku main tak pakai baju pun tak dek mende pun,bukan berdosa pun”

Lantas mata ana terus menuju pada baju yang ana pakai,betullah ketika itu ana memakai t-shirt lengan pendek,abah baru beli dari Penang(whaha,ingt lg) ,asalnya rasa bangga nk tayang baju baru,terus terbantut. Telinga berdesing,merah padam muka ana ketika itu,menahan malu,nak menegur org sebaliknya diri sendiri tertegur,dan panahannya sangat-sangat bisa.Dan ana,kelu tak terkata.Lantas,dalam keadaan masih belum belum berfikir rasional,dengan perasaan marah terus menerkam uniform sekolah yang tersangkut di bangku lantas ke tandas menyalin pakaian,pakaian yang lebih sempurna. Sempat juga ana menangis di dalam tandas,terasa dimalukan oleh headboy didepan rakan-rakan lain.Sampai hati kamu headboy,takkan aku maafkan.Dan bertekad juga dihati ana ketika itu,takkan lagi dimalukan oleh headboy!Titik! Merajuk sampai kepetang….

Maka,bermulalah sebuah perubahan..sebuah penghijrahan.

(Allah nak datangkan hidayah memang dalam pelbagai cara,dan ternyata Dia datangkan hidayah pada ana dengan cara yang sangat membuatkan ana tidak lupa,bila dah besar ni,rasa macam nak gelak pulak,memang memalukan,tapi itulah hikmah.Wasilahnya dari seorang headboy,dengan sepotong ayat yang terasa menjengkelkan jika dinilai dengan emosi dan tidak rasional,namun itulah ayat yang mengubah diri ini.Mengubah menjadi yang lebih baik) 

gambar xde motif *-*

lg gmbaq xde motif..kui3

*Cerita yang memeng tak best,sebab tujuan hanya nk mengekspresikan keterimaksihan pd insan yg mengubah diri ini.TERIMA KASIH HEADBOY!!    
*mood teringat sahabat2 sekolah rendah,lama kot tak jumpe kn,bile nk reunion?agknye sume dh kawen branak pinak bru ade gather bsar-besaran ni,hee..mg kalian sntiasa sehat..kudoa kejayaan kalian dunia akhirat..6A1 always in memory @_@
*sedeh kot,cari2 gmbar2 kenangan kite dulu,sumenya hilang ntah kemana,hmm dimana ya..xpalah asal memori bersama kalian ttp perpahat dihati


Tuesday, May 29, 2012

Segenggam Tabah

Ya Allah, Ampunkanlah aku kerana menafikan hati ini.
ampunkan aku kerana menyiksa jiwa ini


Ya Allah
Sesungguhnya... Amat berat ujianMu
Namun aku tetap menerimanya dengan hati yang redha


Ya Allah
Masih bersisa duka lalu
Kini hadir luka baru... menghiris dalam ke atmaku
Bukan aku merungut
Cuma ingin ku adu.. Resah dadaku


Ya Allah
Sungguh ku tak mampu membasuh luka itu dengan air mata kurniaanMu
Bukan kerna ku tak mensyukuri kehadirannya
Namun luka ku itu terlalu pedih untuk ku basuh sekarang
Biarlah luka itu kering dahulu
Kemudian akan ku basuhnya dengan jernihnya air mataku
Dalam sujud ku padaMu 



Ya Allah
Ku mohon padaMu
Kau kurniakanlah aku segenggam benih tabah
Untuk ku semai menjadi sepohon kekuatan
Yang berbuahkan semangat...


Ya Allah
Sungguh engkau lebih mengetahui apa yang terbaik untukku
Aku hanya mampu melakukan yang terbaik
Dalam berjuang merempuh medan dugaan ini
Namun yang terbaik itu
Hanya dariMu


Ya Allah
Aku mohon kepadaMu
Berikanlah aku secebis ketenangan
Untuk ku jadikan bekal di dalam perjuangan


Ya Allah
Aku bersyukur kepadaMu
Kerana dalam jutaan manusia
Engkau memilihku untuk menghadapi dugaanMu