Aku, dia dan mereka.

Showing posts with label Cinta. Show all posts
Showing posts with label Cinta. Show all posts

Wednesday, May 28, 2014

Jiwa Hampa Tanpa Cinta, Hati Hampa Tanpa Iman


Couple.
Berpasangan.

Dulu, 
Aku pun tak tahu.
Aku jahil di masa lalu.

Bercinta. 
Rasa sweet gila bersama-sama.
Suka duka sharing together.
No wonder la makin lalai makin leka.

Now, bila dah sedar,
Rasa bersalah. Apa dulu yang kita buat semua dosa.

Saya beri 3 situasi orang bercinta.
Last nanti compare dengan situasi bercinta dengan Allah.

Situasi pertama :
Orang bercinta, malam mesti call kan? Bila kita tertidur, esok pagi tengok ma shaa Allah banyakkkk gilaaaa missed call, sms daripada si dia. Kita jenuh gelabah nak jawab apa kat dia nanti. Jenuh duk pikir ayat. Kang kata tertidur sentap pulakkk kan? Dia dah lah buat super savers la ape la semata2 nak bercakap dengan kita. Hmm macam mana ye?

Situasi kedua :
Bila kita cinta someone, kita sanggup oiii peghabihh duit semata-mata untuk dia. Topup rm5, rm10, rm30 and rm100 pon sanggup. Semata-mata nak text/call/whatsapp/wechat si diaaa. Kering poket pon tak pe, demi membuktikan cintaku padamu. Hahahaa!

Situasi ketiga :
Bila kita ni memang sayang gileee le dekat die, haaa mesti duk angau kan? Pantang bebenor dengor oghang bercerita tentang die, mule le kite rasa semacam. Hati berbunge-bunge. Apatah lagi kalau org bercerita tentang keindahan dan kelebihan die depan2 kita. Fulamakk wey, boleh tak tidor malam teman. Ate duk ghenyihh soghang2. Hahaha ghenyih = senyum. Betul kan?

Now, cuba compare dengan situasi bercinta dengan Allah.

Situasi pertama :
Kita sanggup kan call malam2? Sampai bila kita tertidorrr pon, kita ghase takot bebenor nak ngaku pd si die. Tapi, PERNAH TAK KITA TERFIKIR? Apakah aku sanggup BANGUN MALAM, semata2 untuk ALLAH? Apakah aku sanggup bangun untuk BERTAHAJJUD mencari keredhaanNya. Pernah tak kita bangun malam semata2 untuk ALLAH selama ini? Pernah ke tidak? Simpan jawapan tu.

Situasi kedua :
Kita sanggup peghabih duit berpuluh/ratus semata2 nak berbual dengan si dia. Tapi, PERNAH TAK KITA TERFIKIR? Apakah aku sanggup BERSEDEKAH BERPULUH RINGGIT, BERATUS RINGGIT semata-mata untuk membantu saudara2 ku di JALAN ALLAH? Kita selalu derma rm1, rm2? Pernah tak sampai beratus? Pejam mata je, JANJI untuk AMAL KEBAIKAN? Pernah ke tidak? Simpan jawapan tu.

Situasi ketiga :
Duk angau. Dengor je nama die bergetor ghase hati. Apatah lagi bile dengor orang duk puji die depan2 kita kan? Tapi, PERNAH TAK KITA RASA/TERFIKIR? Bila ustaz/ustazah/sesiapa sahaja MENCERITAKAN KEBAIKAN ALLAH, KEINDAHAN ALLAH, pernah tak BERGETAR HATI KITA? Pernah tak kita tak tidur malam memikirkan KEKUASAAN ALLAH? Pernah tak bertambah RASA CINTA, KEIMANAN kita pada ALLAH bila mengetahui kekuasaanNya? Pernah ke tidak? Simpan jawapan tu.

Sahabat,
Aku dulu jahil sahabat.
Aku juga pernah lalui ketiga2 situasi di atas.
Dan sukar untuk aku lalui tiga situasi di bawah.

Aku juga pernah bercinta, sahabat.
Namun kini, aku berjuang untuk tidak mensia-siakan masa, hati dan harta di jalan yang haram.

Apa yang bakal aku katakan pada suami aku nanti, apa rasa cinta yang bersisa lagi jika semua rasa cinta itu aku dahulukan buat yang belum halal?

Sahabat,
Kita belum lagi terlambat.
Post ini aku tak tujukan kepada sesiapa.
Aku cuma rasakan aku layak memberi peringatan.
Kerana apa?

Kerana aku rasakan terlalu banyak status2 di facebook dari kita semua ditujukan buat yang bukan halal.

Boleh berkasih. Ya boleh.
Berkasih kerana Allah swt.

Nak tahu macam mana pasangan tu terbaik utk kita?
Tengok macam mana dia tawarkan cintanya.

Mengajak kita bercouple atau bernikah?

Jawapan kepada semua situasi tadi, kita sahaja yang tahu. Simpan. Muhasabah diri. Belajar cintakan Ilahi. Jangan terlalu cintakan yang tidak kekal kerana takut kita kecewa nanti.

Jika rasa diri masih muda,
Kejar ilmu Allah dulu. 
Masih banyak yang kita belum tahu.

Jika sudah mampu, carilah pasangan hidup yang berpegang kepada agama Allah. InsyaAllah, bahagia dunia, bahagia akhirat.


Thursday, December 6, 2012

Mendamba RedhaNya..




Kamu..
maafkanku kerana kurang memberi perhatian padamu,
aku hanya memerhatikanmu dari jauh ,
maafkanku kerana jarang mengambil tahu tentangmu ,
mungkin hati ini sudah beku,
mungkin jua hati ini semakin jauh ..

Kamu yang pernah menyapa..
Bagiku mengenalimu adalah antara memoir terindah,
Allah telah temukan kita ,
semakin aku menidakkan kehadiranmu ,
semakin ruh,jasad dan bayangmu hadir dalam hidupku..
Kamu yang jauh..
Biarlah diri ini begini ,
Allah lebih tahu ,
apa sahaja yg akan terjadi ,
Hanya Allah yg tahu perasaan ini ,
Aku tahu..
mungkin diri ini tidak membawa erti padamu,
Namun,
 Doaku dirimu akan bahagia dan terus bahagia..


Kamu insan itu,
Maafkanku sekali lagi ,
Maafkanku kerana menjauhkan diri darimu,
Semoga kamu dan aku menemui cinta sejati ,

Cinta yg menuju ke jalan Allah ,
Cinta kekal Abadi ,
Cinta pada Yg Maha Esa
Kerna
RedhaNya yang kita damba..



Thursday, March 1, 2012

Andai Masih ada Rindu


Dan hati ini tidak mampu menidakkan rasa cinta,
Cinta yang semakin mendalami diri dan jiwa,
Ku tak bisa memejamkan rasa,
Saat ia nyata makin membara,
Membelah setiap pancaindera dan deria,
Hingga aku lemas dalam kemelutnya.

Tuhan..
Andai penantian ini ada jawapannya,
Pujuklah hati ini untuk setia dijalan yang KAU redha,
Hadirkan ketenangan agar tidak terkandas dalam kabus cinta,
Berikan pedoman agar rindu itu berpada-pada,
Iringilah Maluku berserta iman di dada,
Agar rasa kasih ini tidak mencalarkan maruah diri yang dijaga.

Tapi jika qada' dan qadar itu mengatakan sebaliknya,
Kurniai aku kekuatan untuk melaluinya,
Palingkanlah cinta ini untuk yang selayaknya,
Kerana aku insan yang tiada daya,
Maka bantulah aku melupakannya,
Jika itu takdirNYA..

Allah..
Andai masih ada rindu,
Kupohon hilangkanlah ia dari hatiku,
Kerana ketidakpastian itu mengganggu,
Perasaan ini mengecewakan insan yang menunggu,
Aku tidak rela terusan terbelenggu,
Dalam pencarian permata berharga milikMU..

Ameen.

Saturday, December 24, 2011

Tika Cintamu Diuji

✿Belajarlah BERSYUKUR walau KEKURANGAN
✿Belajarlah IKHLAS walau TAK RELA
✿Belajarlah TAAT walau BERAT
✿Belajarlah MEMAHAMI walau TAK SEHATI
✿Belajarlah SETIA walau BANYAK GODAAN
✿Belajarlah MEMBERI walau TAK SEBERAPA
✿Belajarlah MENGASIHI walau kau DISAKITI
✿Belajarlah TENANG walau kau sedang GELISAH
✿Belajarlah PERCAYA walaupun SUSAH
✿Percaya bahawa Allah SWT masih sanggup menolongmu

Berjalanlah…
teruskan perjalananmu…

Redahlah onak duri dihadapanmu
usah kau hirau pada sakit yang menyentap jiwamu
usah kau peduli pada susahnya jalan yang kautempuhi
kerana itu memang jalanmu
kerana itu memang pilihanmu
sakit itu hanya di dunia fana
sakit itu hanya sekelumit cuma

engkau punya matlamat
engkau punya prinsip
maka bawalah ia walau susah mana sekalipun
engkau yakin bukan, bahawa jalan yang kaupilih
merupakan jalan yang benar?
engkau yakin bukan , bahawa engkau di pihak yang benar?
engkau juga yakin bukan, bahawa hidupmu adalah untuk mencari redha-NYA?
Duhai hati berjiwa mujahidah,
luruskan hatimu
bulatkan tekadmu
kuatkan azammu
yakinkan dirimu
bahawa Allah itu ada bersamamu

Ya! ALLAH ITU ADA..
Semaikan rasa sabar
pasakkan tiang ikhlas
kuatkan semangat jihad
insyaAllah, moga dikau istiqamah
pada jalan ini

Friday, November 11, 2011

ALKISAHNYA CINTA


Alkisah di sebuah pulau kecil.Di sini tinggallah berbagai benda abstrak..ada CINTA, KEKAYAAN, KECANTIKAN, KESEDIHAN, KEGEMBIRAAN dan sebagainya..Mereka hidup dgn baik dan saling melengkapi..namun pd suatu hari badai menghempas pulau itu dan akan menggelamkannya. Semua penghuni berusaha menyelamatkan diri.

CINTA kerisauan kerana tidak tahu berenang. CINTA berdiri ditepi pantai utk mendpt pertolongan. CINTA ternampak KEKAYAAN sedg mengayuh perahu..CINTA melaung KEKAYAAN utk menumpang. “Maaf, perahuku telah penuh dgn harta bendaku”..kata KEKAYAAN…
CINTA merasa sedih…kemudian..
CINTA terlihat KEGEMBIRAAN yg sedang berperahu laju. CINTA melaung kpd KEGEMBIRAAN ..namun KEGEMBIRAAN tidak mendengar kerana terlalu gembira dgn perahunya..CINTA kesedihan lagi..
Dalam mencari pertolongan, berlalu KESEDIHAN dgn perahunya.CINTA meminta utk membawanya bersama, “Maaf CINTA, aku sedang bersedih dan ingin bersendirian”..kata KESEDIHAN dan terus berlalu..

CINTA sedih dan putus asa..air semakin naik dan akan menenggelamkannya. Lalu CINTA berdoa kpd Tuhan, agar dirinya dipermudahkan masalahnya… Tiba2 CINTA terdengar namanya dipanggil.”Mari cepat naik ke perahuku”..kata seorang tua yg berjanggut pjg sedg mengayuh perahunya yg laju. CINTA pun terus naik dan diselamatkan ke sebuah pulau lain. Org tuapun menurunkan CINTA ..
Terlupa disaat itu utk bertanya siapa kah org tua berjanggut yg baik hati kerana sudi menyelamatkannya..Lalu CINTA bertanya kpd seorg penduduk tua di pulau itu..Mereka menjawab itulah WAKTU..
CINTA hairan kenapa WAKTU sanggup menyelamatkannya sedangkan teman2nya yg lain enggan menolongnya..
“SEBAB”..”hanya WAKTU lah yg tahu betapa bernilainya harga sebuah CINTA itu…

CINTA sesuatu yg unik utk ditafsir,,Hanya diri sendiri yg tahu..CINTA bukan hanya sekadar melafazkan “Aku Cinta Pd Mu”..CINTA tak semestinya bersatu..Menyintai tak bererti memiliki..CINTA perlukan pengorbanan..CINTA perlukan persefahaman..CINTA perlukan kekuatan..kerana CINTA itu penuh dugaan....” "


La Tahzan!!!

Getting some strengh after reading this article..
Ya Allah kuatkan hati hambamu ini,pasrahkan akan sgalanya keranaMu..
Allahu Rabbi...


Ana: "umi,mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang??"

Umi: "dua-dua bukan..plihan hati kita ialah orang yg sayangkan kita kerana ALLAH"

Ana: "tapi umi,mcam mana nak tau orang tu sygkan kita kerana ALLAH??"

Umi: "Yang paling tahu hanya Allah..Kerana hanya Allah mampu membaca
hati hambaNya..Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya
tanpa perlu sengaja ditunjukkan oleh seseorang tu..", umi tersenyum..abah
menjeling..hehe...

Ana: "xfahamlah umi..hehe.."

Umi: "Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.. begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan
berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu.. Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki, jodoh dan maut sejak azali lagi..Persoalannya ialah.. Siapakah
jodohnya itu?"

Ana: "hehe.. xtahu umi..ALLAH je yg tau..", malu pulak rasanya..

Umi: "sayang dgar ni umi nk pesan.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni.. Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya.."

Tiba2 je air mata ni mengalir..:'(

Umi: Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya.. Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya. Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas- batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya.

Umi sambung lagi: Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya.. Hanya Allah yang boleh
memegangnya.. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah.. Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya, rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. umi dah didik anak umi dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang umi serahkan anak2 umi yang umi sayang sangat ni pada ALLAH untuk Dia pelihara..", suara umi sebak...

Ana terus peluk umi..
gambar + huraian = tersurat dan tersirat



Thursday, November 10, 2011

Sandaran Harapan


Aku putus harapan
keliru memikirkan pada siapa harus kusandarkan
Bicara hati ini yang sangat merunsingkan
PadaMu oh tuhan kupohon pimpinan

Telah sekian lama kusemaikan
Cinta dan kesetiaan hanya pada insan
Namun kini yang kutuai hanyalah kesedihan
Dilukai oleh cinta yang memeritkan


Aku diburu kenangan silam



Dikala leka dibuai percintaan
Tiada kusedar apa yang kulakukan
Semuanya tersasar dari landasan
Ya Allah....
Telah ku mungkiri janji-janji padaMu
Ya Allah....
Telah ku khianati segala amanahMu
Bagaimana untukku kembali
Mendapatkan kepercayaanmu Oh tuhan...








Tuesday, November 8, 2011

Menangis kerana Cinta



Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.


♥ kenape ALLAH temukan kita dengan org y salah ♥

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.


2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.


3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.


4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.


5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...


6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.


7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.


8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.


9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.


Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.


Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..


PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..

CUKUPLAH sekali didustai, jangan kau ulangi kesilapan yang sama..mampukah cinta tanpa ikatan bertahan bertahun- tahun lamanya.
 — 

Hati


Hati!!
mengapa dicipta jika hanya untuk dikecewakan?
Hati!!
mengapa dicipta jika hanya untuk keperitan?
Hati!!
mengapa dicipta jika hanya untuk kesakitan?

bangkitlah duhai hati!!!
bangkit mujahadah dr sebuah kesedihan
bangkit berjuang dengan perasaan
itu hanyalah dunia
tiada nan kekal

Hati!!
ku tahu dirimu kuat
pasrahkan dengan keadaan
terimakan dengan hakikat
andai bukan milikmu
itu nan tersurat
jutaan hikmah disebalik kejadian
terimalah,redholah..

Duhai HATI....



Monday, November 7, 2011

Musafir Cinta Ilahi


Dr.Cinta Punye Belog~

Bila bukan aku yang tertulis untuk melengkapkan separuh dari agamanya,maka jarakkan kami agar tidak timbul rasa yang mengundang kecewa~

Sunday, August 28, 2011

Jemaah Cinta

copy from : darahmerdeka.wordpress.com

“Takkan tak boleh bercinta sebelum kahwin, abang izat?”, terpancar dari monitor di sebuah cyber café di Perai.

“Cinta Islamic”, tambahnya lagi. Tersenyum saya dibuatnya.

“Ada ke cinta Islamic?”, taip saya pantas. Disusuli pula dengansmiley berwarna kuning.

Mungkin ada di antara kita yang tertanya-tanya sebegitu rupa. Tambahan pula bagi para pemuda-pemudi yang menyertai gerakan Islam di dalam atau luar kampus yang sudah mencapai umur matang untuk berkahwin. Namun ada juga yang masih muda tetapi sudah berkeinginan untuk berkeluarga, tempias daripada sahabat di sekelilingnya yang sudahpun berumahtangga.
Timbul pula persoalan ‘cinta pra-perkahwinan’ atau ‘cinta pasca-perkahwinan’. Yang mana satu pilihan terbaik disamping tidak menggadaikan gerak kerja dakwah yang selama ini sudah sebati dalam darah daging? Maka wujudlah satu istilah yang popular tetapi sulit dalam kebanyakan jemaah belia Islam iaitu Cinta Islamic. Wujudkah?

Cinta dan Islam
Rata-rata kita diajar sejak kecil lagi untuk menjaga diri supaya tidak terjebak dengan gejala sosial atau pergaulan bebas sesama bukan muhrim. Adat ketimuran dan didikan pemahaman Islam yang kukuh sejak kecil menjadi bekalan utama dalam mengharungi hidup yang kian mencabar dari semasa ke semasa; terutama di peringkat remaja. Remaja yang dapat bertahan sambil kuat berpegang dengan pemahaman tadi akan melepasi ujian ini dengan mudah, tetapi remaja yang mudah hanyut dibawa arus duniawi akan tenggelam ke dalam lembah yang hina.
Ijat, jom main kahwin-kahwin,” teringat kata-kata kawan perempuan saya sewaktu kanak-kanak dahulu.

Seronok tapi hanyalah fantasi perasaan.

Secara fitrahnya, manusia memang memerlukan pasangan berlainan jantina sebagai pelengkap perasaan cinta dan kestabilan emosi. Ini sudah terbukti sejak kita masih kecil lagi. Namun pada masa itu, perasaan malu dan ego masih belum menebal dalam diri manusia. Maka ‘cinta’ ketika itu hanyalah luahan secara luar sedar tetapi masih terbit dari perasaan fitrah manusia itu sendiri.
Apabila usia semakin meningkat, manusia akan mula mematangkan pemikiran melalui ilmu dan persekitaran yang dialaminya. Cinta kanak-kanak tadi mula bertukar rupa menjadi cinta yang lebih serius; cinta nafsu. Di peringkat usia ini, manusia baru mencapai akil baligh dan masih muda dalam membezakan haq dan batil terutama dalam bidang pemahaman terhadap Islam. Saya yakin tidak ada cinta di peringkat ini yang benar-benar suci dan bertujuan untuk berumahtangga.
Cinta dalam Islam sangat sinonim dengan cinta kepada Allah s.w.t. yang menjadi CINTA teragung dan terbesar berbanding cinta-cinta yang lain. Pemahaman masyarakat umumnya kepada istilah cinta sudah lari daripada maknanya yang asal. Oleh itu, apabila wujud sebuah percintaan dalam jemaah, ramai yang tersungkur dalam gerak kerja dakwah. Bukan salah cinta, tetapi pecinta yang menyalahgunakan cinta. Terlalu terikut-ikut dengan trend cinta masa kini hingga menyeleweng faham terhadap CINTA.

Mulut Kata Benci, Hati Kata Sudi

Konflik paling rumit dalam cinta, mengikut pemahaman saya ialah cinta dalam jemaah. Ini kerana percintaan ini kadang-kala dikategorikan sebagai ‘halal dengan bersyarat’ oleh sesetengah jemaah, malah ada juga yang melabelkan sebagai ‘haram tanpa soal bicara’ oleh jemaah yang lain. Persoalan-persoalan ini wujud kerana norma jemaah itu sendiri yang membawa kefahaman Islam sebenar dan persepsi masyarakat terhadap jemaah tersebut jika ada di antara penggerak-penggerak jemaah yang bercinta sesama mereka.

Maka, ada para ahli jemaah yang terpaksa menggadaikan perasaan demi menjaga kemaslahatan (kebaikan) dalam jemaah. Namun, dalam hatinya berkobar-kobar perasaan tersebut sehingga kadang-kala gerak kerja dakwah sedikit terbantut gara-gara cinta Islamic tadi.
Bagi ahli jemaah yang tidak terjebak dalam cinta sebegini, semestinya mereka memandang serong kepada pecinta dalam jemaah tadi. Konflik ini jika tidak dibendung akan menjadi kanser dalam gerak kerja dakwah. Masalah pecinta dalam jemaah tadi mesti difahami oleh jemaah itu sendiri. Bak kata Melayu, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Persoalan yang besar timbul di sini. Adakah cinta tersebut tidak patut dihalang oleh jemaah? Adakah dengan membenarkan cinta dalam jemaah akan menguatkan lagi gerak kerja dakwah? Dan adakah cinta Islamic ini adalah hanya cinta sesama ahli jemaah atau boleh juga cinta ahli jemaah dengan orang yang bukan jemaah?

Perlunya bercinta?

Fitrah manusia itu perlu disayangi dan menyayangi oleh seseorang sama ada yang mempunyai pertalian darah atau tidak. Maka tidak hairanlah jika penggerak jemaah kadang-kala terluah perasaan kepada orang yang disukainya. Ada yang menggunakan orang tengah sebagai perantara bagi mengelakkan fitnah, ada juga yang luah secara senyap-senyap bagi menjaga nama baik sendiri dan jemaah yang disertai. Situasi ini berlaku dalam sedar ataupun tidak dalam kebanyakan jemaah di dalam kampus atau mana-mana institusi pendidikan. Adakah ini satu masalah besar bagi jemaah?

Suasana sosial jemaah yang terjaga, didikan keilmuan melalui usrah dan sebagainya yang matang, tahap pemikiran yang lebih berkembang dari semasa ke semasa, sedikit sebanyak menguatkan perasaan cinta tadi dalam diri penggerak jemaah. Tidak hairanlah jika terdapat beberapa ahli jemaah yang tanpa segan silu meluahkan perasaan pada orang yang dicintai. Cuma cara atau tujuan cinta tersebut masih diragui dan perlu kepada perbincangan yang lebih matang dan adil.

Harus ditekankan dengan jelas bahawa gerak kerja dakwah dalam jemaah menjadi keutamaan kepada setiap penggerak jemaah. Sebarang perkara yang boleh mengganggu-gugat kerja-kerja dakwah seharusnya dielakkan dan dijauhi dengan serta-merta. Tiada pekerjaan yang lebih utama bagi seseorang muslim daripada menegakkan kebenaran dan meruntuhkan kemungkaran serta beriman kepada Allah s.w.t. dengan sebenar-benar iman.

Boleh bercinta dalam jemaah

Saya mungkin telah membuat satu kesimpulan yang agak kontroversi bagi jemaah pemuda Islam; “boleh bercinta dalam jemaah”. Namun ini bukan kenyataan yang harus disorak gembira atau dikutuk hina dengan penuh emosi. Perkara utama yang saya sampingkan di sini adalah syarat-syarat UTAMA SEBELUM bercinta dalam jemaah:

· Pembacaan yang berulang (sekurang-kurangnya 5 kali) dengan kefahaman yang sahih atas buku-buku ini:- The Meaning and Experience of Happiness in Islam oleh Syed Muhammad Naquib al-Attas, The Nature of Man and The Psychology of the Human Soul oleh Syed Muhammad Naquib al-Attas, Pendidikan Anak-anak oleh Abdullah Nasih ‘Ulwan, Falsafah Hidup oleh HAMKA, dan Angkatan Baru oleh HAMKA.

· Ibubapa harus tahu hubungan cinta ini secara lengkap; dengan siapa ingin bercinta, bagaimana boleh berkenalan, kenapa terpikat dengan si dia, dan benarkah si dia pasangan hidup yang sesuai?

· Percintaan ini perlu dengan persetujuan Presiden/Yang Di Pertua/Amir jemaah masing-masing melalui perbincangan tertutup yang matang dan adil.

· Sama ada bercinta dengan orang jemaah atau tidak, perkara utamanya ialah adakah percintaan dengan orang tersebut boleh memberi satu titik perubahan (turning point) kepada gerak kerja dakwah agar lebih berkualiti dan berkesan tanpa menggadaikan ciri-ciri Islam dalam diri dan jemaah?

Tidak wujud Cinta Islamic

Hakikatnya, tidak wujud langsung Cinta Islamic. Namun, mengapa saya membenarkan cinta dalam jemaah?

Apabila kita mewujudkan satu juzuk dalam Islam yang membolehkan percintaan sebegini dengan nama Cinta Islamic, maka kita seolah-olah secara besar-besaran membenarkan para ahli jemaah untuk bercinta dengan sewenang-wenangnya. Ini seharusnya dilihat daripada sudut natijah istilah tersebut kepada gerak kerja dakwah jemaah pemuda Islam.
Tetapi cinta yang saya bicarakan di atas adalah ‘cinta dari perspektif Islam dalam konteks jemaah belia di Malaysia’. Cinta ini boleh ‘dibenarkan’ atau ‘dihalang’ mengikut syarat-syarat tertentu, bergantung kepada keadaan pecinta dalam jemaah, iklim jemaah yang disertai, tahap pemikiran ahli jemaah yang terlibat, niat dan tujuan percintaan tersebut, dan kesan percintaan ini kepada diri serta jemaah yang terbabit.

Apabila terlalu banyak persoalan cinta dibincangkan, saya ingin mengemukakan satu persoalan di sebalik CINTA. Adakah perkahwinan adalah hasil daripada cinta?