Terasa hari
ini ingin bercerita…setelah sekian lama sepi tanpa irama,pudar tanpa
warna,suram tanpa rasa,terasa ingin mencorakkan ruangan siber kali ini dengan
kisah pengalaman dari hati..Kisah benar yang begitu banyak mengubah kehidupan
ana..Kisah yang mengubah dari mazmumah kepada hasanah,yang mengubah hampir
seluruh kehidupan ana..Berlaku lebih 8 tahun dulu,tapi masih segar tanpa
layu,mekar membunga bersama denyutan nadi ini..Sungguh ia memberi jutaan ibrah
buat ana..Terima kasih pada “kamu”…
Alkisahnya..sewaktu
ana sekolah rendah dahulu..Sekolah Kebangsaan Machang (1)…yang letaknya dipusat
bandar… Ana seperti kanak-kanak riang yang lain,belajar mengira membaca
mengeja, bermain, berkejaran bersama
kawan-kawan..nakal itu sudah menjadi adat..Lucu pulak rasanya bila mengingatkan
masa lalu,ana dulu agak kasar, berkawannya lebih dengan kawan lelaki,rasannya
kawan perempuan tidak sehati dan seragam untuk dibuat kawan..Dan
mangsanya,headboy menjadi teman rapat ana… Dia sangat baik pada ana,budak
pandai,baik dan menjadi kesangan guru-guru.. Tidak kurang juga diminati para
pelajar .. Rasa sungguh bertuah juga,headboy memilih diri ini yang tidak
seberapa menjadi kawan yang sekaki dengannya. Dialah yang sentiasa membela
andai ada yang membuli,sentiasa menegur kalau ada yang salah dan tidak
kena,tidak kurang sentiasa mengajar ana dalam pelajaran yang dimaklumi diri ini
memang sangat lemah dalam bab belajar-belajar ini,dan almaklumlah headboy yang
baik dan bertanggungjawab maka berbakti lah dia,hehe.. Sampai ada yang paling
ana ingat pernah sebijik buku nota English-Grammar ana dibuatnya hanya dek
kerana sedikit kesalahan yang ana buat,diperbetul dan dirangka formula-formula
menjadi sebuah buku nota yang agak lengkap sesuai untuk silibus kami ketika
itu. Baik punya kawan.. Ku kenang sampai ke hari ini..
Tapi
hakikatnya dalam baik kami,sentiasa juga tidak sehaluan,berbalah pendapat dan tidak
kena sampai membawa perselisihan..Maklum sajlah ana ni sensitif yang
amat masa tu,mudah terasa,kok kalau ditegur sikit,mulalah masam mencuka berajuk
sampai ke petang..Alahai cerita zaman kanak-kanak.tersenyum sendiri.
6 tahun di
sekolah itu,mencipta pelbagai kenangan,berbagai pengalaman,pahit manis,suka dan
duka. Kemuncaknya bernoktahkan peperiksaan yang sama-sama kami hadapi,Ujian
Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) . Maka segala bebanan,kerahan fikiran lapang
seketika. Seusainya peperiksaan hari berlalu seperti biasa namun aktivitinya
sedikit berlainan. Bukan lagi sepenuhnya dalam kelas,menelaah
pelajaran,berhempas pulas dengan matapelajaran-matapelajaran yang meragut
ketidaksenangan jiwa(hehe),namun aktivitinya lebih
bebas,bersukan,bermain,bergembira menghabuskan sisa-sisawaktu bersama
kawan-kawan,yalah habisnya sesi itu makanya bertebaranlah kami keseluruh
pelosok Malaysia ke alam sekolah menengah,seterusnya ke seluruh atmosfera dunia
menyambung permusafiran mencari ilmu bekalan dunia dan akhirat.
Yang lelaki
menjadi hero di padang bola sepak,sedangkan yang perempuan jaguh di gelangang
bola jaring yang tidak jauh kedudukannya dari padang bola.Tatkala itulah,sedang
pelajar-pelajar lelaki lincah membelah padang berkejaran menendang sebiji bola,ana
dan beberapa rakan yang lain sedang mengatur setting utk permainan kami,secara
tidak sengaja terpandang si headboy dan rakan-rakannya di padang bola,yang
paling membuatkan ana panas dan terkejut ketika itu mereka semua bermain tanpa
berbaju,hanya berseluar panjang.Entah mengapa mulut ini ringan saja membebel
pada rakan-rakan di sebelah,mengomel rasa tidak puas hati,ingat-ingat lupa
antara ayat-ayat yang ana lontarkan “esh,tak tau malu sungguh main tak
berbaju,mentang-mentang dah habis exam,yang tak tahannya si headboy(masa tu
sebut nama lh) pun ikut skaki,aku ingatkn baik sgt,huh.” Ana pun tak tahu,nafsu
apa yang merasuk sampai teremosi smpai begitu sekali,sedangkan kalu fikir pada
akal waras ,bukannya salah pn..Ya,mungkin saja jg pandangan budak-budak ketika
itu,apalah sangat.
Namun,kejelikan
tentang peristiwa itu bukan berakhir di situ,setelah waktu dipadang tamat,semua
dikehendaki naik ke kelas.Kami yang masing-masing masih berbaju sukan
berderetan masuk ke kelas.Sejurus tiba di meja belajar ana,yang mana agak
berdekatan dgn meja headboy,maka ketika itulah juga headboy melangkah masuk ke
pintu kelas menuju ke meja. Api ketidakpuashatian masih menyala-nyala dalam
diri ana,belum senpat headboy sampai di tempatnya,terus ana menghentamnya dengan
kata-kata,melepaskan geram. “Ei,gelilah aku tgk korang kt padang td,maen bola
tak pkai baju,ko pun headboy(sebut nama) pun join skali,tak mnyangka lnsung
aku,mentang-mentang exam dh habis,suka-suki..macam badan comel sgt,tak malu
betul.” Fuh,lega rasanya disaat tu,meletuskan segala yang membuku di dada.
Nah,rasakan! Haha
Ingatkan
hujan biasa dimalam hari,rupanya kilat sebelum dinahari(ape merepek ni,aiyya) .Ana
ingatkan si headboy kan bertafakur menginsafi diri,rupanya dengan wajah
ketenangan dicalit sedikit emosi dia membalas tajam bebelan ana,sangat perit! “Amboi,semedang
kata aku tak malu,geli orang tak berbaju.Wei,aku tak berbaju,bukannya tayang
aurat pun.Ko tu pakai baju legan pendek,tangan tu aurat la,berdosa tahu duk bukak camtu..Tgk diri sdiri dulu
blm mngata org,ko patut lg malu tunjuk aurat,aku main tak pakai baju pun tak
dek mende pun,bukan berdosa pun”
Lantas mata
ana terus menuju pada baju yang ana pakai,betullah ketika itu ana memakai
t-shirt lengan pendek,abah baru beli dari Penang(whaha,ingt lg) ,asalnya rasa
bangga nk tayang baju baru,terus terbantut. Telinga berdesing,merah padam muka ana
ketika itu,menahan malu,nak menegur org sebaliknya diri sendiri tertegur,dan
panahannya sangat-sangat bisa.Dan ana,kelu tak terkata.Lantas,dalam keadaan masih
belum belum berfikir rasional,dengan perasaan marah terus menerkam uniform
sekolah yang tersangkut di bangku lantas ke tandas menyalin pakaian,pakaian
yang lebih sempurna. Sempat juga ana menangis di dalam tandas,terasa dimalukan
oleh headboy didepan rakan-rakan lain.Sampai hati kamu headboy,takkan aku
maafkan.Dan bertekad juga dihati ana ketika itu,takkan lagi dimalukan oleh
headboy!Titik! Merajuk sampai kepetang….
Maka,bermulalah sebuah perubahan..sebuah penghijrahan.
(Allah nak
datangkan hidayah memang dalam pelbagai cara,dan ternyata Dia datangkan hidayah
pada ana dengan cara yang sangat membuatkan ana tidak lupa,bila dah besar
ni,rasa macam nak gelak pulak,memang memalukan,tapi itulah hikmah.Wasilahnya
dari seorang headboy,dengan sepotong ayat yang terasa menjengkelkan jika
dinilai dengan emosi dan tidak rasional,namun itulah ayat yang mengubah diri
ini.Mengubah menjadi yang lebih baik)
gambar xde motif *-*
lg gmbaq xde motif..kui3
*Cerita
yang memeng tak best,sebab tujuan hanya nk mengekspresikan keterimaksihan pd insan
yg mengubah diri ini.TERIMA KASIH HEADBOY!!
*mood teringat
sahabat2 sekolah rendah,lama kot tak jumpe kn,bile nk reunion?agknye sume dh kawen branak pinak bru ade gather bsar-besaran ni,hee..mg kalian sntiasa sehat..kudoa
kejayaan kalian dunia akhirat..6A1 always in memory @_@
*sedeh kot,cari2 gmbar2 kenangan kite dulu,sumenya hilang ntah kemana,hmm dimana ya..xpalah asal memori bersama kalian ttp perpahat dihati
=) mengharapkan hidayah dr yang Esa. moga kita mendapat pengakhiran yang baik. amin
ReplyDelete