Aku, dia dan mereka.

Showing posts with label Cerpen. Show all posts
Showing posts with label Cerpen. Show all posts

Tuesday, February 7, 2012

Aku Terima Lamaran Pemilik Tudung Labuh

Assalamualaikum wbt.
Teman-teman yang dicintai kerana Allah
Allahummasholli a'la saididina wa habibina Muhammad..

Masa tengah mengusha-usha blog ,tetiba tertarik dengan cerpen yang dijumpai disini (pemilik blog mohon copy ya)...  Amat menarik untuk dikongsikan,tersentuh membacanya..

Selamat membaca... =)


“Assalamualaikum umi.”
Wajah ceria umi dilihat dalam alam maya dengan sayunya. Skype menjadi penghubung Hasanah dan ibunya yang berada jauh di mata tapi dekat di hatinya sepanjang masa. Raut wajah ibunya ditatap dengan penuh syahdu. Ingin disentuh wajah itu namun jarak memisahkan mereka.
Kini telah masuk tahun keempat Hasanah melanjutkan pelajaran di bumi Mesir. Kesibukan menimba ilmu membuatkan Hasanah tidak sedar masa berlalu dengan pantasnya. Ilmu perubatan yang dipelajari semakin hari semakin bertambah. Sudah menjadi cita-cita Hasanah sejak tingkatan empat lagi hendak melanjutkan pelajaran dalam bidang kedoktoran ini. Jika dihitung gaji yang agak lumayan, berbaloilah dengan kesibukan seorang doktor. Namun, bukanlah wang ringgit yang dipandang tetapi matlamat berbakti kepada orang ramai tersenarai dalam 100 impiannya. Walaupun pada awalnya masalah kesihatan menjadi punca dia teragak-agak untuk menceburi bidang ini, namun Allah sebaik-baik perancang. Hasanah lebih suka berserah kepada Allah setelah berusaha dan berdoa.
“Waalaikumussalam. Adik sihat? Belajar macam mana sekarang?”
Tahulah Hasanah soalan itu memang akan keluar daripada mulut seorang ibu. Bimbang tentang keadaan yang jauh di mata walaupun telah sekian lama merantau. Ibunya lebih suka bertanya tentang pelajarannya terlebih dahulu. Mungkin kerana hati ibu sudah memahami, pelajaran adalah kunci utama tahap kesihatan anaknya itu. Apabila Hasanah tertekan dalam pelajaran, mulalah kesihatan diabaikan. Sikap yang dikatakan agak tidak matang ini memang menguasai dirinya sejak sekolah rendah lagi. Pantang keputusan peperiksaannya menurun, pasti akan ditingkatkan ulangkajinya. Dirinya terasa tercabar jika tanggungjawab sebagai seorang pelajar diabaikan dengan mudahnya.
“Alhamdulillah, baik-baik semuanya. Baru lepas habis test. InsyaAllah dah buat yang terbaik, serah dekat Allah sajalah. Orang rumah semua okay? Kak Long dengan Kak Ngah ada balik?”
“Semua okay. Kak Long baru balik hari tu. Dia ambil cuti seminggu sebab nak rehat. Dah mengandung tiga bulan katanya. Kak Ngah balik minggu depan. Nak bincang mengenai perkahwinannya terus.”
“Wah, lepas ni dah ada yang panggil Mak Su. Seronok, seronok. Tahniah lah. Kak Ngah pilih ke umi abah pilih? Hehe. 
“Dia pilih sendiri lah. Zaman sekarang orang cari sendiri lah adik. Adik dah ada calon belum?”
“Aik, pilih sendiri? Adik nak suruh umi abah carikan. Malas lah nak cari. Banyak lagi kerja lain nak buat.”
Senyuman manis terukir di bibir Hasanah. Siapa sangka disebalik kesibukan menimba ilmu, hatinya tetap dimiliki oleh hamba Allah yang telah lama tidak dihubungi. Hasanah lebih memilih untuk menjauhkan diri daripada buah hatinya itu kerana tidak ingin mengganggu tahap keimanan seorang hamba yang sedang bermujahadah. Jauh di sudut hatinya, sudah mengalah mengharapkan insan yang telah bergelar seorang hafiz al-Quran itu. Dia bukanlah perempuan yang baik-baik sebaik seorang hafizah al-Quran. Dia juga bukanlah sepintar hafizah yang dapat menghafal kalam-kalam Allah yang Teragung itu. Walaubagaimanapun, Hasanah tetap nekad untuk menjaga diri sebaiknya. Mungkin bukan layak baginya untuk mendapat jodoh seorang hafiz, tetapi mungkin lebih baik dia mengharapkan dipertemukan dengan insan yang masih mampu menjadi ketua keluarga yang boleh mengimamkan solatnya kelak. Mengharapkan jodohnya itu adalah orang yang dapat mengubahnya menjadi seorang hamba Allah yang melaksanakan amar makruf dan nahi munkar.
Perbualan di Skype tidak dapat dipanjangkan. 15 minit yang diperuntukkan dirasakan seperti 5 minit. Tidak sempat berbual panjang berkongsi suka manis seorang perantau.
“Umi, adik ada kelas 30 minit lagi. Adik nak bersiap dulu ni. Nanti sampaikan salam dekat semua okay. Kirim salam sayang”
“Okay. Adik balik Ramadhan tahun ni kan?”
“Insya-Allah umi. Doakan segalanya lancar di sini.”
…………………
Masa berlalu dibawa angin. Kesibukan membuat persiapan perkahwinan Husnina sepanjang bulan Ramadhan membuatkan kepulangan Hasanah ke tanah air lebih diperuntukkan bersama keluarga. Bukan niatnya ingin melupakan sahabat-sahabat yang telah banyak membentuk dirinya, tatapi akalnya perlu bijak membahagikan masa antara keperluan rohani dan keperluan jasmani. Cukuplah sekadar chatting di muka buku, sudah menenangkan hati Hasanah.
Ukhti, enti dah berpunya belum? – Fatimah 
Belum tiba waktunya :) – Hasanah
Enti setia dengan dia lagi ke? Enti ada dapat khabar dari dia? Ana dengar tak lama lagi dia nak bertunang. Ana stalker facebook dia. Melalui komen dan post dekat wall dia, itulah yang ana faham. –Fatimah
Alhamdulillah. Akhirnya sampai juga jodoh dia. Ana dah lama tak hubungi dia ukhti. Sebab ana dah buat persiapan awal-awal, Allah Maha Perancang kan. Mungkin ana memang suka dia, tapi Allah tahu sukanya bakal isterinya terhadap dia berlipat kali ganda hebat. –Hasanah
Insya-Allah. Enti jaga diri baik-baik okay. Selalu berdoa dijauhkan daripada bisikan nafsu :) –Fatimah
Terima kasih sahabat. –Hasanah
Sayunya hati hanya dipendamkan. Istighfar mula bermain di bibirnya. Air mata tidak dapat disekat untuk membasahi pipi. Patahnya hati apabila kesetiaan berakhir sebegitu rupa. Teringat kali pertama perkenalannya dengan hamba Allah yang sudah lama berada di carta hatinya. Hasanah akur dengan kesetiaannya. Barulah dia sedar, dia hanya bertepuk sebelah tangan. Cinta itu bukanlah kejam di matanya kerana cinta itu yang telah mengubah arah hidupnya. Dia akur dengan aura cinta. Seorang perempuan yang mencintai seorang lelaki akan merasakan apa yang dikatakan oleh si kekasih adalah benar belaka. Hanya diangguk, tiada digeleng. Bersyukur juga Hasanah kerana Allah memberi peluang dia menyimpan perasaan kepada insan yang melabuhkan cinta kepada Allah.
“Enti tak perlu balik kepada cara hidup lama enti. Ana mohon, teruskanlah bersahabat dengan orang yang soleh. 
Kiriman SMS Akif lima tahun yang lalu masih segar di ingatan. Berdamping dengan orang soleh telah banyak mengubah dirinya sedikit demi sedikit. Kini berakhir sudah kesetiaan hati. Hasanah sudah lama menantikan saat ini kerana kesetiaan itu sedikit sebanyak memberi harapan palsu buat dirinya. Solat tahajjud kali ini diselubungi kesedihan. Kegembiraan kakaknya yang akan melansungkan perkahwinan esok hari sedikit sebanyak meremukkan lagi hatinya. Mungkin kerana terlintas juga di hatinya ingin memiliki kekasih halal pilihannya sendiri. Tetapi segalanya telah dilupakan apabila lelaki pilihannya akan menjadi milik wanita lain. Sudah pasrah.
…………………………
Jam menunjukkan pukul 10 malam. Majlis berjalan dengan lancar. Semakin bertambah ahli keluarga, semakin meriah rasanya. Sepanjang hari, tetamu sibuk menilik rumah banglo itu. Cantik indah dengan bertemakan White Garden. Mustahillah seorang pengurus butik perkahwinan membuat serba ringkas. Sering saja terlintas di fikiran Hasanah apabila ramai yang memuji. Hasanah juga tidak kurang sibuk. Sibuk ditemuduga, bila mahu melansungkan perkahwinan. Tidak kurang juga ada yang menawarkan khidmat pencarian jodoh. Semuanya dianggap lawak jenaka sahaja. Tidak terlintas lagi di fikirannya untuk ke arah membina masjid. Hatinya baru terubat luka, dibiarkan dahulu untuk pulih sepenuhnya.
“Mampu tak aku dapat suami yang soleh? 
“Allah izinkan tak aku dapat suami yang memahami aku?”
Lamunan dimatikan. Sekotak hadiah dihulurkan kepada Hasanah.
“Hadiah ni ada yang bagi untuk adik tadi.”
Abah berlalu pergi, kepenatan terpancar di wajah abahnya.
“Thanks dad! Selamat malam,” ceria suaranya.
“Orang lain bina masjid, orang lain dapat hadiah.”
Sempat lagi mengomel sendiri sebelum masuk ke bilik. Hadiah diletakkan di sisi katil, masih ada urusan yang belum diselesaikan. Setelah berwuduk, bacaan al-Mulk dimulakan. Sudah menjadi runtinnya sejak mendapat ilham daripada Allah. Bacaan ini diharap sedikit sebanyak dapat mebantunya menghadapi seksaan di akhirat kelak. Nauzubillah, hikmah pembacaan al-Mulk terlalu besar baginya. Badan dibetulkan menghadap ke arah kanan. Sunnah Rasulullah sedikit sebanyak mengingatkannya kepada Rasul terakhir utusan Allah. Hadiah. Matanya memerhati lagi, tidak sempat dilelapkan. Sekeping kad disertakan.
Assalamualaikum doktor,
Terimalah hadiah ini seadanya.
Selamat mencari kemanisan Islam,
Saya tunggu awak habis belajar.
Semoga Allah menjaga awak untuk saya (:

……………………….
Tarikh 27 Jun menjadi pilihan pasangan termuda dalam keluarga Encik Anwar ini. Anak bongsu perempuannya memilih untuk menamatkan zaman bujang seawal usia 24 tahun. Bukan kerana sudah tidak sabar, bukankah lebih baik mendirikan masjid lebih awal apabila tiba masanya adalah yang terbaik bagi menjaga hatinya yang sudah lama bersabar untuk menatap wajah bakal zaujnya.
Seperti yang diceritakan abah, pemilik hadiah adalah lelaki yang baik. Cukuplah bagi Hasanah menerima lamaran lelaki itu apabila mengetahui bahawa lelaki itu bertemu abah di masjid. Bertambah yakin lagi hati Hasanah apabila hadiahnya itu adalah tudung labuh. Hasanah beranggapan, tudung labuh itu menunjukkan lelaki itu mampu mengubah dirinya kelak. Semestinya ke arah kebaikan.
Perkahwinan Hasanah banyak menimbulkan kontroversi dalam kalangan keluarga besarnya. Tidak pernah terjadi dalam keturunan itu, berkahwin tanpa bertunang. Ditambah kekesalan lagi apabila Hasanah menerima lelaki itu tanpa mengenalinya terlebih dahulu. Dibiarkan sahaja orang berkata-kata. Hasanah sudah menjangkakan keluarga besarnya yang mempunyai darah perniagaan itu akan mencemuh dirinya. Pilihan ayahnya pasti yang terbaik buatnya. Mustahil ayahnya mencari yang tidak sekufu buatnya. 
“Kenapa budak tu tak siasat dulu latar belakang laki tu. Nanti dapat tukang sapu baru tahu. Buat malu keluarga je.”
“Hasanah tak takut ke laki tu gemuk ke, tak sesuai dengan Hasanah.”
Dirinya sendiri selama ini dianggap asing kerana tidak mengikut perkembangan berfashion. Namun jalan manakah yang benar. Berlandaskan Islam atau berlandaskan masa? Akur dengan tazkirah yang pernah dibaca. Sesungguhnya orang Mukmin itu bersaudara. Persaudaraan kerana Islam lebih mahal nilainya berbanding persaudaraan kerana pertalian darah. Keluarga kandung boleh sahaja bergaduh kerana gilakan harta, tetapi orang mukmin tetap menghormati sesama mereka dalam pembahagian harta.
….

Telah sah sudah Nurul Hasanah binti Hassan menjadi bidadari dunia Abdul Hakim bin Razman dengan sekali lafaz. Hasanah melihat sekilas wajah Hakim ketika sesi pembatalan air sembahyang. Perasaan malu masih menebal. Sejak awal pagi lagi, sesuatu bermain di fikiran Hasanah. Wajah ibu mertuanya dan kakak iparnya seperti pernah dilihat. Pandangan sekilas wajah suaminya juga membuatkan Hasanah panik. 
Akhirnya, saat yang dinantikan Hasanah untuk memakai blaus pengantin menjadi kenyataan. Cantik mempesonakan. Tetamu yang hadir seakan-akan tidak percaya Hasanah tampil secomel bidadari. Mungkin kerana sikap Hasanah yang sangat bersederhana selama ini, tidak berminat untuk make up dan berpakaian secantik itu walaupun berkerjaya. Hari ini Hasanah tampil dengan kelainan untuk menjaga hati kekasih halalnya.
“Akif”
Hasanah sentap melihat wajah Akif di majlis itu. Agak kehairanan kerana majlis itu hanyalah untuk ahli keluarganya terdekat kedua belah pihak sahaja. Matanya tajam memerhatikan pergerakan Akif. Menghampiri meja santapan keluarga pihak lelaki. 
“Awak, jom teman saya jumpa keluarga saya.”
Tangan Hasanah dipimpin Hakim. Akur tanpa sebarang kata-kata.
“Hakim, mama nak balik dah,”
“Mama terus balik rumah? Kalau mama nak bercuti dekat sini Hakim boleh minta pekerja Hakim simpankan hotel untuk Mama,” 
Terdiam Hasanah. Dia tidak pernah mengenali Hakim. Jadi, tidak dapat disampuk perbualan itu. Hanya senyuman yang terukir.
“Boleh juga. Bukan selalu datang sini.” 
“Okay mama. Nanti Hakim dengan Nurul datang tengok Mama esok okay. Boleh Nurul?” 
Mata Hakim bertentangan dengan mata Hasanah. Berdegup kencang jantung insan yang baru bergelar isteri itu. 
“Boleh saja. Tapi Nurul kurang tahulah tempat yang best dekat sini. Tak sempat menjelajah negeri sendiri. Banyak merantau negeri orang.”
“Itu no hal lah, sayang. Pemandu pelancong kan ada.” 
Senyum sahaja dibalasnya. Hasanah sudah mula tidak senang duduk. Masih kekok dengan kaum lelaki. Terasa masih asing. Kegelisahan itu membuatkan lupa akan bayangan Akif tadi.
……………………….
Kereta BMW milik Hakim meluncur laju menuju ke tempat penginapan ibunya. Hasanah hanya diam. Suasana dalam kereta hanya diriuhkan dengan radio.
“Kenapa awak terima saya?” Hakim memulakan perbualan.
Sepi. Tiada jawapan.
“Nurul. Awak di sini kah?”
“Eh, apa awak tanya?”
“Saya tanya kenapa awak sudi terima saya walaupun tak pernah kenal,” 
“Kenapa awak bagi saya tudung labuh?” 
“Kenapa awak tak jawab soalan saya dulu?”
“Kenapa awak nak tahu?” 
“Sebab saya suami awak.”
Hasanah terdiam. Menarik nafas, tenang. 
“Saya terima awak sebab pemberian awak. Kenapa awak hadiahkan saya?”
“Saya nak isteri pakai tudung labuh. Cantik macam awak.”
Dicuit pipi Hasanah tanpa meminta izin.
“Eh, senangnye dia.”
Dibalas cubitan di paha Hakim. Kemesraan mula diperoleh.
“Kenapa dengan tudung labuh yang saya hadiahkan dekat awak tu?”
“Saya yakin awak boleh ubah saya ke arah kebaikan.”
“Tapi saya ni bukan budak sekolah agama macam awak dulu.”
“Siapa cakap budak sekolah agama saja mampu bimbing orang lain. Eh, awak kenal saya dari mana erk?”
Telefon bimbit Hakim berbunyi. ‘Mama’.
“Sayang, angkatkan. Saya tengah drive. 
“Eh, tak biasa lah.”
“Mama awak jugak.” 
Diikuti sahaja arahan Hakim. Walaupun Hakim banyak mengarahnya tetapi dianggap sahaja sebagai senda gurau. 
“Assalamualaikum abang. Akif ni. Abang, mama cakap lama tunggu dekat restoran bawah hotel. Jangan lupa bawak kakak ipar Akif yang abang sayang sangat-sangat tu yeah. Jumpa nanti, okay.” 
Talian diputuskan. Wajah Hasanah mula berubah. Apa lagi yang Allah aturkan untuk hamba-Mu ini Ya Allah. 
“Nurul, kenapa?” 
“Oh, Akif call bukan mama. Dia cakap mama tunggu dekat restoran bawah hotel.” 
“Dah agak dah,” 
“Apa yang dah agak?” 
“Akif yang telefon. Kalau dia cakap memang tak ada noktah. Lansung tak bagi peluang dekat orang lain. No wonder lah awak tergamam.” 
Hakim ketawa kecil. Hasanah makin terkesima.
“Akif tu siapa?”
“Orang yang kenalkan awak pada saya,”
…………………………..
“Kenapa mesti kau buat aku camni?” 
“Buat apa?” 
“Kau jangan pura-pura tak tahulah. Kau memang nak hancurkan hidup aku kan?” 
“Weh, aku tak bermaksud apa-apa pun. Hakim tu…” 
“Hakim apa? Kau kalau tak nak dekat aku pun janganlah sampai jual aku dekat kaum kerabat kau.”
“Hasanah, tak ada niat pun. Sebenarnya Hakim tertarik dengan kau waktu dia nampak kau dekat sekolah waktu ambil result SPM lagi.”
Hasanah berlalu pergi ke arah meja utama restoran, meninggalkan bilik air di belakang dapur restoran.
“Hasanah, Allah aturkan segalanya cantik. Mungkin dah tiba masa awak gunakan cinta terhadap manusia mendekati cinta kepada Allah pula.”
Berhenti seketika. Menarik nafas. Tidak sanggup kelihatan sayu di hadapan ahli keluarga yang lain.
…………………….
Tempoh seminggu bercuti telah tamat. Hasanah terpaksa kembali bekerja. Seminggu bersama Hakim sepenuh masa seperti masih belum habis taaruf. Hati Hasanah mula terbuka kepada Hakim. Pasangannya itu sangat pandai membuka pintu hatinya. Mungkin kerana sudah halal, terasa lebih bersemangat menjalin kasih. 
“Sayang, terima kasih.”
“Erm?”
“Sebab awak selalu ajak saya Qiam. Waktu bujang dulu, saya malas tahu nak Qiam.”
“Kenapa malas?” 
“Balik lewat malam lah sayang. Banyak kerja dekat pejabat.Nanti tak cukup rehat.”
“Aik? Alasan.”
Hasanah sudah mengerti sekarang apa yang dikatakan oleh Akif. Bimbinglah orang untuk mencintai Allah. Tiada salahnya dikorbankan cinta, asalkan ikhlas kerana Allah. Kasih pada manusia hanya sementara, tetapi kasih pada Allah akan kekal abadi. Berkorban di jalan Allah pasti ada baiknya. Sesungguhnya Allah Maha Perancang. 
“Nurul pun nak cakap terima kasih dekat abang. Sebab sekarang bila Nurul Qiam dah ada yang teman. Biasanya suruh Allah sampaikan salam rindu dekat bakal suami Nurul. Sekarang dah ada depan mata.”
“Patutlah abang rindu Nurul sepanjang masa.”
………………..
Pagi itu Hakim menghantar Hasanah ke hospital. Hari pertama menjejakkan langkah ke tempat kerja setelah seminggu bercuti membuatkan Hasanah sedikit berat hati. Tetapi masih ramai pesakit yang memerlukan dia. Rindu pada suasana hospital, membuatkan Hasanah bergegas melangkah masuk. Terlupa untuknya meminta nombor telefon bimbit suaminya itu. Manakan tidak, selama ini hanya berkepit. Tidak pernah berpisah jadi tiada keperluan meminta nombor telefon. Buntu Hasanah, bagaimana cara untuk menghubungi Hakim untuk menjemputnya. Buntu.
Abang tunggu Nurul dekat luar. 
Pengirim, “weird”.
Hasanah terduduk sebentar. Terasa lemah. Siapa sangka mesej tazkirah yang tidak putus-putus dihantar oleh orang yang tidak dikenalinya selama ini telah menjadi suaminya. Siapa lagi yang akan memanggilnya dengan gelaran Nurul melainkan Hakim. Pernah juga Hasanah bertanya kepada insan yang dipanggil weird itu siapakah gerangan empunya badan. Tetapi mesejnya tidak terbalas.
Menuju ke kereta milik suaminya. Dihulurkan tangan untuk bersalam dengan Hakim. Kali ini senyuman tidak terukir sejelas biasa.
“Kenapa?”
“Abang yang hantar mesej tazkirah dekat Nurul selama ni?”
Hakim hanya mengangguk.
“Kenapa tak pernah cakap siapa abang dekat Nurul?”
“Sebab abang tak nak kacau Nurul. Nurul kan budak baik.”
“Terima kasih abang sebab jaga Nurul dari dulu.”
Hasanah rasa sangat bersyukur kerana dipertemukan dengan insan yang sangat menyayanginya. Dirinya terasa dihargai. Perancangan Allah penuh dengan rahsia. Allah pisahkan Hasanah dengan Akif kerana Allah tahu Hakim lebih memerlukan dia. Kasih sayang Allah kepada hamba-Nya tidak pernah putus. Cuma manusia yang tidak pandai menghargai. Kebanyakan manusia tidak pernah bersyukur dengan kurniaan Allah. Yang dilihat ialah apa yang dia mahu, harus diperoleh! Pengalaman hidup Hasanah sangat manis setelah diduga oleh Allah. Dugaan itu adalah tanda kasih Allah pada hamba-Nya.

Wednesday, December 7, 2011

Laskar Dakwah....(versi ikhwan)



"Akh, ana dah tak tahan lagi. Ana rasa tak ada guna lagi kita teruskan buat kerja ni. Dakwah kita tak mungkin boleh hidup!"

"Astaghfirullah..Akhi, istighfar akhi. Tak elok cakap macam tu."


"Afwan, ana terlalu mengikut perasaan. Tapi ana dah tak tahan. Berapa tahun dah kita meneruskan perjuangan ni. Kita tetap berteguh dengan prinsip kita, tidak punya nama, tidak punya platform khas. Kita terus dengan cara dakwah kita, dengan tarbiyah. Kita tidak pernah memperkenalkan jemaah, tetapi memperkenalkan Islam kepada mad'u-mad'u kita. Namun apa masyarakat kampus ni buat pada kita? Kita dituduh sesat, siapa yang ikut kita scholar akan ditarik, kita underground, kita memecahbelahkan jemaah, dan macam-macam lagi, ana tak laratlah nak sebut. Kalau setakat fitnah-fitnah liar tu saja ana tak kesah, tapi tengok, anak halaqoh ana dah taknak ikut halaqoh lagi. Daripada 35 orang yang kita kumpul, habis semua lari. Adalah yang tinggal 5 orang je. Penat kita tarbiyah mereka, sekarang hilang entah ke mana."



"......"



"Bukan tu je. Sekolah-sekolah yang kita masuk untuk pelajar-pelajarnya kita tarbiyah, pun tak guna juga. Kita turun sekolah tiap-tiap minggu, tapi ada saja alasan mereka tak mahu turun halaqoh. Nak basuh baju lah, nak outing la, balik rumah la. Akh, ana dah tak larat akh. Boleh ke dakwah kita ni maju suatu hari nanti? Macam tak mungkin je. Ana dah putus harap."



"Akhi, bawa bertenang. Jangan ikutkan perasaan tu. Memang lumrah berdakwah, kita akan ditimpa kesusahan dan kemelaratan. Mengharapkan senang dalam berjuang tu kan bagai mengharapkan bulan di siang hari. Antum tak ingat ke lagu kumpulan Hijjaz yang antum selalu nyanyi tu?"



"Ye la, kita memang tak mengharap senang, tapi bukanlah susah macam ni yang kita minta."



"Akh, rileks dulu akh. Ini semua kan ujian daripada Allah. Jangan mengeluh, tapi anggap ni semua tarbiyah daripada Allah untuk kita semakin tabah dan kreatif!"



"Kreatif?"



"Kreatif, ya kreatif! Kita perlu sabar dan seterusnya menganggap segala kesusahan yang kita alami ini adalah cabaran yang perlu kita atasi bagi mewujudkan dakwah yang jauh lebih baik. Mungkin sekarang ni kita masih belum menemukan rentak. Dakwah kita masih belum dapat diterima oleh semua lapisan. Makanya kita perlu merangka strategi-strategi yang lebih kemas dan cantik untuk mengatasi segala masalah yang ada. Baik di kampus ini mahupun di sekolah-sekolah yang kita masuk."



"Erm..."



"Akhi, ana kagum dengan pelajar-pelajar susah dalam Filem Laskar Pelangi. Antum dah tengok filem tu?"



"Belum, cerita apa tu?"



"Antum kena tengok akh. Filem tu menceritakan tentang kesusahan 10 orang anak-anak Pulau Belitung, sebuah pulau miskin yang berjuang untuk meneruskan persekolahan. Sekolah mereka adalah satu-satunya sekolah percuma untuk orang miskin yang ada di pulau itu dan keadaan sekolahnya amatlah uzur. Atapnya zink berkarat yang berlubang-lubang di sana sini. Bila hujan lebat, habis lumpur masuk dan mereka terpaksa bergotong-royang membersihkan kelas mereka bersama-sama. Kalau kapur habis, mereka sendiri yang perlu bebasikal pergi ke bandar yang jauhnya berbelas kilometer dari sekolah. Guru yang mengajarnya pun 3 orang sahaja. Namun mereka tetap bersemangat untuk meneruskan perjuangan untuk menuntut ilmu. Kalau antum tonton filem tu, tentu semangat antum akan tebakar melihat keteguhan dan kegigihan guru-guru dan anak muridnya untuk terus memastikan mereka tetap mempunyai impian. Impian untuk berjaya."




"Macam best je, cerita lah lagi."



"Bab cerita-cerita ni memang antum suka kan? Tapi kalau ana cerita jadi tak best la. Antum kena tengok sendiri cerita tu, baru best. Apa orang melanau kata..baru ada umph!"



"Haha..kelakarla antum ni. Alah, nak tengok cerita tu bila, kita dahla nak dekat exam. Nak study lagi. Antum ceritala sikit, part-part yang syok."



"Yelah...dah buat muka sposen dia. Ok. Asalnya 3 orang mengajar di sekolah tu, tapi seorang telah menarik diri sebab tak tahan dengan gaji yang sedikit dan telah mendapat tawaran daripada sekolah lain. Cikgu lelaki tu namanya Bakri. Bu Muslimah, yang satu-satunya guru perempuan di situ, berkata,




"Jadi kau tega untuk meninggalkan sekolah ini?" Cikgu Bakri terdiam, lalu Bu Muslimah menyambung.
"Bakri, tugas kita memanglah berat. Murid kita pun sedikit. Tapi kita punya kewajiban untuk memberi pendidikan kepada anak-anak yang tidak mampu ni."


Cikgu Bakri pun bersuara,



"Mus, orang-orang sudah tidak ada lagi yang mahu menyekolahkan anak-anaknya di sekolah ini. Mereka fikir lebih anaknya jadi kuli, untuk menafkahi keluarganya."



"Tapi ini satu-satunya sekolah Islam yang ada di Belitung."

"Pernah kauterfikir mengapa satu-satunya Mus? Kerana tidak ada lagi yang peduli Mus. Dah 5 tahun sekolah ini tidak dapat membuka kelas baru kerana apa Mus? Tidak ada lagi murid yang mendaftar. Mengapa Mus? Apa lagi yang perlu dibanggakan, selain namanya SD Muhammadiah? Apa perestasi sekolah ni Mus? Tiada lagi yang kisah. Tiada lagi yang percaya. Tiada lagi yang bermimpi anaknya boleh mencapai impian untuk berjaya. Tiada gunanya kita terus mempertahankan sekolah ini."



Pak Harfan, seorang guru tua merangkap Guru Besar SD Muhammadiah yang semenjak tadi berdiam diri pun bersuara,



"Bakri, Muslimah tidak mungkin mampu mengajarkan semua matapelajaran itu sendirian. Anak-anak itu sebentar lagi sudah masuk darjah enam. Tidak mahukah kau bersabar dan menemani mereka hingga mereka lulus. Tunggulah sebentar saja lagi."



"Ya, tapi tawaran ke sekolah itu pun tidak bisa tunggu pak."



Bu Muslimah terdiam, dan menangis lalu keluar daripada bilik guru meninggalkan Cikgu Bakar dan . Pak Harfan pun pergi mendapatkan Bu Muslimah dan memujuknya,



"Mus, jangan marah. Bersabarlah dulu."



"Tak pak, aku tak marah. Aku merasa ada benarnya apa yang disebut Bakri. Tiada orang yang peduli dengan sekolah kita pak. Semua orang tidak percaya bahawa anak-anak miskin pun punya hak untuk belajar."



"Bukan semua Mus. Masih ada kita berdua. Kita tidak boleh putus asa. Tugas kita adalah terus menyakini anak-anak ini bahawa mereka harus berani mempunyai cita-cita. Berani mempunyai impian."



"Ya pak, benar. Kita harus berusaha lebih keras lagi pak. Kita perlu membuktikan kepada semua orang. Biar semua orang percaya, bahawa sekolah ini ada, dan sekolah ini layak untuk dipertahankan. Kita berdua perlu bekerja lebih keras lagi pak. Lebih keras lagi."



"Hah, itulah keteguhan dua orang guru mereka. Mereka tidak pernah putus asa. Biarpun tiada lagi yang percaya bahawa sekolah itu tidak mampu bertahan, tetapi mereka tetap terus berteguh."



"Erm, best betul antum cerita. Macam dengar drama dari radio! Siap ingat dialog lagi."



"Hahaha, tengoklah berapa kali ana khatam tengok cerita tu. Ramai lagi ikhwah yang hafal dialog cerita tu. Kalau orang ramai hafal dialog cerita P. Ramlee, kita pula hafal dialog cerita islamik macam ni. Barulah terserlah aura tarbiyah!"



"Hmm, ada lagi ke part best?"



"Ada. Kesusahan mereka bukan setakat itu sahaja. Tidak lama kemudian, Pak Harfan meninggal dunia. Tinggallah Bu Muslimah sahaja yang mengajar di sana. Pada awalnya Bu Muslimah sudah berputus asa. Seminggu dia tidak pergi mengajar."



"Habis tu macam mana dengan 10 orang anak-anak miskin tu?"



"Cuba jangan menyampuk. Bagilah ana habis dulu. Ha..ini yang ana kagum ni. Dalam seminggu tu, semua pelajar-pelajar tu tetap hadir ke sekolah. Mereka tetap setia menunggu kehadiran guru mereka yang tercinta, Bu Muslimah. Namun mereka akhirnya tidak lagi ke sekolah kerana menyangka sekolah tidak akan diteruskan lagi. Tinggallah dua orang pelajar sahaja yang masih tetap ke sekolah. Lintang, si anak nelayan dan kawannya Ikal. Mereka tetap ke sekolah walaupun cuma berdua, mengharapkan kembalinya Bu Muslimah. Suatu hari, Ketika Lintang sedang asyik membaca, tiba-tiba Ikal mendengus lalu meluru keluar. Lintang menahannya.




"Mahu ke mana kau Kal?


"Apa lagi nak ditunggu Lintang? Bu Mus tak ada. Kawan-kawan mana? Sekolah apa ini tak ada guru tak ada murid?"



Lintang pun bangun menghampiri Ikal lalu berkata,



"Ayuh, ikut aku."



Mereka berjalan keluar daripada bilik darjah. Lintang bersuara,



"Kal, ayah aku ada empat orang anak. 3 perempuan, aku satu-satunya anak lelaki paling tua. Sepatutnya aku diajak jadi nelayan bersamanya, agar dapat ikan lebih banyak. Tapi, dia malah mengirim aku ke sini. Dia ingin aku mengejar cita-cita yang tinggi Kal. Kita semua harus punya cita-cita. Dan di sekolah inilah perjalanan itu kita mulai. Kita harus terus sekolah."



Lalu mereka berdua pun bersama-sama berbasikal keliling kampung mencari rakan-rakan sekelas untuk belajar bersama-sama. Lalu mereka berkumpul di dalam kelas usang itu tanpa Bu Muslimah. Lintang yang mengajar. Lintang merupakan anak yang cerdas. Lintang mengingatkan mereka supaya tidak berputus asa.



"Soekarno ditahan di Penjara Sukamiskin pada tanggal 29 Disember 1929, kerana menubuhkan parti Nasional Indonesia dengan tujuan Indonesia merdeka. Ruangannya sempit, dikelilingi tembok-tembok tebal yang seram, tinggi, gelap dan berjeriji. Lebih buruk daripada kelas kita yang sering bocor. Tetapi di situlah beliau menjalani hukuman. Setiap hari belajar. Setiap hari baca buku. Beliau adalah salah satu orang tercerdas yang pernah dimiliki oleh negeri ini."



Lalu ketika sedang sibuk mengajar, tiba-tiba Bu Muslimah muncul. Dia amat terharu dengan kesungguhan anak-anak murid kesayangannya yang masih mahu belajar. Ketika dia masuk ke kelas, semua anak-anak muridnya menyerbu dan memeluknya dengan penuh kasih sayang. Mereka semua menangis keharuan."



"Wa...bestnye..ana nak tengok gakla. Banyak pengajaran daripada cerita tu.."



"Jadi, kita perlu mencontohi semangat mereka. Biar semua orang tidak percaya dengan dakwah kita. Biar semua orang lari meninggalkan kita, biar apa alasan yang mereka semua beri, kita ni 'illegal'lah, kita ni 'underground'lah, kita ni 'tak ada ulama' lah, kita ni 'sikit'lah dan apa-apa pun. Biar. Tetapi kita akan tetap yakin akh, intanshurullah, yanshurkum! Jika kamu membantu Allah, Allah akan membantumu. Itulah yang Allah firmankan dalam Surah Muhammad, ayat ke 7. Itu janji Allah, kepada mereka yang membantu agamanya. Ya, sekarang memang kita underground, kita sedikit, sebab kita pun masih baru, masih muda. Tetapi ingat, tidak selamanya kita begini. Tidak selamanya kita akan terus berdakwah tanpa platform seperti ini. Suatu masa nanti kita akan jadi besar, semakin ramai ikhwah yang akan ditarbiyah semakin banyak sekolah yang akan kita masuk dan semakin ramai orang akan menerima dakwah kita. Masa tu lihatlah, kita akan membawa perubahan dalam masyarakat. Kita akan suburkan Malaysia tercinta ini dengan dakwah dan jihad. Kita akan lihat di mana-mana, Islam akan dijulang tinggi dan menjadi cara hidup. Nanti antum akan lihat, ikhwah-ikhwah kita yang sekarang berada di Mesir yang ambil medic, akan balik, buka klinik dan farmasi, lepas itu mereka akan buka rangkaian klinik dan kita akan ada sebuah hospital kita sendiri. Kita akan pastikan semuanya berjalan dengan cukup islamik, tetapi amat professional. Kita akan asingkan lelaki dan perempuannya. Para ibu yang akan bersalin, anaknya tidak lagi akan disambut oleh doktor bukan Islam, tetapi oleh seorang doktor perempuan yang bertudung labuh, seorang akhwat!"



"Haha, betul tu. Kemudian kita yang ambil engineering ni pula akan bantu untuk menjadikan hospital kita adalah yang terbaik dan tercanggih kemudahannya. Kita tidak akan meminta bayaran yang mahal kepada mereka yang tidak mampu. Kita akan memberi kepada masyarakat kita yang terbaik. Macam tu kan akh?"



"Ya, macam tu lah. Kita perlu bercita-cita besar dan berimpian tinggi melangit. Kita perlu berfikir 10-20 tahun ke hadapan. Kita tidak hanya berimpian, tetapi kita susuli dengan strategi-strategi yang mantap dan kemas. Kita mulakan dengan kampus ini. Kita susun rancangan, bagaimana kita nak memastikan lebih ramai mad'u yang dapat kita halaqohkan dan tarbiyah dengan baik. Kita juga akan merancang macam mana agar semua mad'u-mad'u kita di kampus ini akan boleh menjadi da'i yang hebat, lebih hebat dari kita. Sehingga nanti semua orang dapat merasakan nikmat tarbiyah. Semua orang akan berislam dan beriman dengan baik. Sampai masanya nanti, semua kelab dan persatuan serta jabatan-jabatan yang ada di kampus ini akan dipenuhi oleh ikhwah dan akhwat. Ketika itu kita tidak lagi underground. Kita tidak lagi illegal. Kitalah yang akan merubah semuanya. Pergi mana-mana, semuanya ikhwah dan akhwat. Sampaikan pakcik yang tengah potong rumput tu pun nanti, tengah rehat-rehat, tiba-tiba akan keluarkan Al-Quran membacanya. Tengok makcik cleaning servis.."



"Hah, ana tahu, yang tengah mop lantai tu, semuanya nanti bertudung labuh dan berjubah!"



"Hahaha...boleh tahan gak imaginasi antum ni ye. Ana ingat ana seorang je yang suka berimaginasi macam ni."



"Dah jadi roomate antum, tersibghahlah ana! Haha... Tapi kan akh, macam tinggi sangat je cita-cita kita ni, mampu ke nak capai?"



"Akh, nabi pun dulu berdakwah mula dengan underground. Tiada siapa tahu dakwah nabi dan para sahabat. Fitnah yang mereka alami pun jauh lebih dahsyat. Orang ramai hampir tiada yang mengenali baginda, tetapi hampir semua orang dah dengar yang nabi tu gilalah, sesatlah, memecah-belahkan keluargalah, menghina tuhan-tuhan masyarakat arablah. Sampaikan semua orang memusuhi nabi. Tapi dengan berkat kesabaran baginda, akhirnya Negara Islam pertama dapat tertegak di Madinah. Dan para sahabat serta tabi'in meneruskan perjuangan baginda sehingga dua pertiga dunia ini dikuasai mereka. Alah, lihatlah contoh terdekat kita, ikhwah-ikhwah di Indonesia. Kan dahulunya mereka juga underground dan tiada nama? Berdakwah macam kita juga. Tetapi mereka tetap teguh, bersabar dan terus bersabar. Sekarang mereka dah mula menguasai politik. Kita doakan mereka akan terus membawa perubahan di sana."



"Amiin, insya-Allah. Betul tu akh. Ana jadi bersemangat dengar cerita antum ni."



"Tapi akh, kita kena ingat. Niat mesti terus diikhlaskan, usaha mesti terus dicurahkan, tidak kira apapun yang berlaku."



"Maksud antum?"



"Memang impian-impian kita itu indah, tapi kita perlu bersiap sedia andai kita ditaqdirkan Allah untuk tidak sempat melihat kejayaan dakwah. Mungkin kita berusaha bersungguh-sungguh tapi hasinya hanya dapat dilihat 30-40 tahun lagi, atau dalam masa yang lebih panjang daripada itu. Kita mungkin tidak dapat menikmatinya, tetapi tetaplah teguh, agar generasi kita di masa hadapan akan bangga dengan apa yang kita wariskan. Ana teringat pesan Pak Harfan yang selalu diulang-ulang kepada anak-anak miskin tu,




"Jangan mudah berputus asa. Hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya, bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya."

Kerana Allah membalas pahala atas sebanyak mana yang kita berikan, bukan atas sebanyak mana yang kita dapatkan."


"Bunyi macam Ustaz Hasrizal je, 'Erti hidup pada memberi'. Tapi memang betul akh. Jazakallah atas cerita antum. Dari dulu ana memang suka dengar cerita-cerita antum."



"Ana kan memang pandai bercerita, sebab tu lah ana dapat ajak antum ikut halaqoh dulu, ingat tak? Hahaha..saje je ungkit kisah lama sikit. Bukan nak membangga diri, cuma nak mengenang zaman awal tarbiyah."



"Em, ingat lagi, dulu antum yang selalu ajak ana pergi liqo' Al-Mulk. Ana pula asyik rimas je, sebab liqo' tu lama sangat. Antumlah, banyak sangat cerita. Tapi bila dah dengar, tak jadi nak balik bilik study. Sampailah sekarang ni,ana dah banyak berubah. Jazakallah akh."



"Wa-iyya-kum. Bukan ana yang patut antum berikan terima kasih ini. Tetapi kepada Allah. Dialah yang telah mengaturkan pertemuan kita. Dialah yang telah membuka hati kita semua untuk tertarik kepada Islam. Dialah yang kemudiannya telah menetapkan kita untuk bersaudara dalam satu satu saf, untuk saling kuat-menguatkan dan saling berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran."



"Akh, seorang sahabat pernah berkata kepada nabi yang dia menyintai seseorang sahabatnya kan? Lalu antum ingat apa yang Baginda katakan pada sahabat itu?"



"Ingat, nabi suruh dia menyatakan cintanya kepada sahabat tersebut. Kenapa?"



"Oleh itu, dengarkan ini, ana dah lama nak sebut. Antum dah banyak tolong ana untuk ubah diri. Dulu ana ni teruk, banyak buat dosa. Couple. Hisap rokok. Belasah orang. Tapi antum tetap dekati ana. Antum kenalkan ana dengan tarbiyah. Antum selalu kuatkan semangat ana bila ana lemah. Antum selalu nasihatkan ana bila ana silap. Antum tetap tak pernah putus asa. Ana terharu..."



"Akh..."



"Nanti, ana belum habis. Oleh itu saksikanlah..Akhi, ana cintakan antum kerana Allah! Uhibbukumfillah ya Akhi!"



"Ya, akhi, ana pun cintakan Antum kerana Allah. Semoga Allah juga turut mencintai antum kerana antum mencintai ana keranaNya. Semoga kita terus tabah dan tsabat dalam perjuangan ini. Kita akan terus yakin yang kita akan mengubah segalanya."



"Ya akh, insya-Allah"



Kedua ikhwah itupun berpelukan dalam linangan air mata. Air mata cinta dan syukur. Mereka akan bersama mengejar pelangi dakwah, di bawah naungan redha dan cinta Ilahi. Semoga Laskar-Laskar Dakwah ini akan mekar di mana-mana sahaja suatu hari nanti. Insya-Allah…



'Ya-Allah, aku cintakan hambaMu ini Ya-Allah. Satukanlah hati-hati kami dalam jalan mencari redhaMu. Jadikanlah dia mujahid yang berjuang di jalanMu. Cintailah dia sebagaimana Kaumencintai para rasulmu. Jadikanlah dia mencintaiMu sebagaimana aku mencintaiMu, malah lebih lagi Ya-Allah. Ya-Allah...perkenankanlah...'


Tuesday, November 15, 2011

Musafir Cinta Ilahi



"Nur Syahidah. Happy Birthday! Semoga kamu akan sentiasa dirahmati Nya… All the best in everything you do… Jaga diri & iman baik-baik ya~…
-Azwan, UK -"

Aku mencapai telefon mobilku dan membelek-belek SMS ucapan hari lahir yang diterima minggu lepas. Cukup ringkas. Namun. Aku masih tertanya-tanya mengapa Azwan hanya mengirimkan SMS sahaja kali ini? Jika tidak, tahun-tahun sebelum ini pasti sudah ada kad besar dan bermuzik akan tiba beberapa hari sebelum hari lahir ku. Dah lah pakai nombor orang lain, siap tulis nama penuh aku pula tu. Tak pernah pula dia tulis macam ni… Ish, hati mula ragu-ragu. Menyangka sesuatu yang tak baik sedang berlaku.


Adakah dia sudah ….? Argh, tak mungkinlah! Dia dah kata takkan ….
Aku teringat ketika dia pulang bercuti pada musim summer tahun lepas. Namun, sebelum itu aku sudah rasa banyak perubahan berlaku pada dirinya. Dia telah mula banyak memberi nasihat-nasihat baik ketika kami berhubung sama ada melalui telefon, SMS, email, YM dan juga friendster. Dan ketika itu. Aku mendapat cuti seminggu dan telah bercadang untuk turun ke KL dengan kakak melawat saudara-mara, dan sambil-sambil itu bolehlah juga berjumpa dengan si Azwan. Setahun sekali tak salah rasanya. Melepas rindu lah sedikit. 'Boring' juga kalau asyik berhubung melalui telefon saja. Lagipun Kuantan-KL sekarang boleh travel dalam 3 jam 1/2 dah. Ulang-alik setiap hari pun boleh.

Di KL. Aku telah menghubunginya dan cuba mengajak untuk berjumpa. Dia menolak ajakan aku untuk keluar berjalan-jalan daripada pagi sampai ke petang. Dia hanya boleh berjumpa dengan ku seketika sahaja pada petang hari. Walaupun dia beralasan sibuk, tapi aku tahu dia taklah sesibuk mana. Nak tak nak. Aku terpaksalah menerima sahaja cadangannya. Asal boleh berjumpa, ia sudah cukup bagi aku. Dan petang itu kami taklah ke mana-mana sangat. Ronda-ronda sahaja dengan kereta Wira kesukaannya itu. Selepas ber-Asar di Masjid Wilayah, Azwan membawa aku ke sebuah restoran dan kami makan 'early dinner' di situ. Kemudian, satu detik yang agak 'mengingatkan' bagi aku adalah sewaktu kami dalam perjalanan menghantar pulang aku ke rumah saudaraku…

Dia ada bertanya "Apa beza kita dengan mereka kat situ tu ye?" Azwan menunjuk-nunjuk ke arah beberapa pasang 'couple' yang sedang lepak berdua-duan di tempat-tempat duduk sepanjang sebuah taman. Aku tergamam sekejap. Huh. Agak menduga, tapi 'simple' saja. " Ala , kita ni baik sikit. Tak ada pegang-pegang. Tutup aurat elok. Sampai waktu solat, kita solat. Erm… Islamik sikit lah pendek cerita!."

"Hmm.." Azwan hanya mengangguk-angguk.

"Dalam Islam ada ke macam ni?" Azwan menduga lagi.

Erk… Semakin terkesima aku dibuatnya. Kali ini aku terus diam terpaku. Aku tahu dia lebih banyak tahu selok-belok masalah benda-benda macam ini. Kalau aku jawab lagi, mesti dia 'counter' lagi. Huh. Diam sahaja lah!

"Erh, abaikan saja lah. Saja saja saya tanya…" Azwan cuba menyedapkan hati.

Tidak lama selepas Azwan terbang pulang semula ke UK untuk menyambung sesi pelajarannya yang baru, dia ada menghantar satu email kepada ku untuk menerangkan kedudukan dan tujuan dia bertanya akan hal itu. Aku sudah mula faham sedikit-sebanyak yang aku perlu mengawal hubungan yang masih tidak 'rasmi' ini. Dan sejak daripada itu dia tidak pernah langsung menelefon aku. SMS pula hanya bertanyakan tentang pelajaran sahaja. Itu pun boleh dibilang dengan jari. Namun. Aku bersyukur dan gembira kerana dialah yang membuat aku berubah untuk jadi lebih baik dan lebih faham Islam. Jika dulu pakaian aku agak ketat dan singkat, kini sudah banyak yang labuh dan longgar aku beli. Tudungku pun pernah ditegurnya agar melabuhkan ke bawah dada. Dialah yang memperkenalkan padaku apa itu usrah dan dakwah. Dia juga ada berpesan - 'Jaga hubungan dengan Allah tu lagi penting. Insya Allah, kemudian Dia akan jaga hubungan kita.'

Jadi, apakah yang akan berlaku selepas ini? Hatiku masih tak tenteram memikirkan SMS ucapan hari lahir itu. Macam-macam sangkaan buruk bermain-main dalam hati yang mula busuk ini. Aku masih setia menanti kepulangannya. Dan aku yakin dia juga setia pada aku. Aku tak pernah memikirkan lelaki-lelaki lain selain dia. Dan aku yakin dia juga tak pernah nak menggatal dengan perempuan-perempuan lain. Dia taklah seperti kebanyakan lelaki yang 'playboy' pada masa kini.

Ops! Mungkin agak kasar untuk berkata sedemikian.
'Tuuut. Tuuut...' Nada dering SMS berbunyi. Nombor Azwan yang terpapar.
"Esok free tak? Boleh kita chatting?"
"Boleh... Saya free saja." jawab aku ringkas. Erm, mesti dia saja nak buat 'surprise.' Aku dah agak dah, takkanlah dia hantar SMS saja untuk 'wish birthday. Aku. Keyakinan aku mula bertambah. Dia masih sayang padaku.
"Ok.thank you..." balasnya pula.
Keesokannya. Aku menanti awal dia online.
'untuk. untuk. untuk..' Azwan has signed in.
Oh, tepat sungguh waktunya...
Azwan: assalamualaikum wbt.
Nur: waalaikummussalam wbt…
Nur: apa khabar? sihat? iman baik?
Nur: alhamdulillah. .. sihat2..=) awak?
Azwan: alhamdulilah… baik2 juga… iman selalu turun naik sejak kebelakagn ni… tapi tak mengapa, ok saja semua
Nur: awak tak balik ke tahun ni? btw, thanks for the birthday wish last week...
Azwan: … tak balik. banyak kerja sikit tahun ni… lagi pun saya nak try bekerja… cari duit...
Nur: wah, rajinnya... baguslah!
Azwan: hurm...
Azwan : study macam mana?
Nur: ok saja... new sem ni berat sikit.. Jadual pack.
Azwan: oic...
Azwan : tak mengapa, study rajin2 ye..
Azwan : hurm, dah lama nak tanya ni sebenarnya…
Azwan : hurm…
Nur : apa dia? tanya lah… sila2..
Azwan : 1st of all sorry dulu ye… hurm, apa pendapat awak tentang kita sekarang?
Nur : erh… macam awak kata dalam email tu dulu yang kita ni kan 'kawan'… tak lebih daripada tu… tapi, special sikit… tiada couple-couple macam org lain… declare pun tak kan ?
Nur : so, statusnya kawan saja lah…
Azwan : hurm…
Nur : erh, tak betul ke?
Azwan : hurm.. ni opinion saja lah - antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram, tiada perhubungan yang lebih akrab melainkan hubungan suami isteri sahaja… yang lain-lain.. atas alasan apa sekali pun ia tak patut diterima..
Aku tergamam seketika. Tertampar keras juga rasanya…
Nur : jadi…
Azwan : saya rasa kita harus stop… stop untuk berpisah…
Azwan : sebab……
Azwan : sebab saya sedar yang semua ini adalah salah dan juga keliru…
Azwan : benda ni akan buatkan hati ternodai… zina hati akan banyak berlaku…
Azwan : walaupun kita jauh, tak call, tak jumpa dll, tapi hati tetap ber'zina'…
Azwan : huh…
Azwan : saya bercakap itu dan ini pada org ramai… tapi, dalam masa yang sama saya meyelindungi sesuatu yang tak sepatutnya saya buat…
Azwan : kononya Islamik…
Azwan : saya rasa cara ni tak betul… kita sebenarnya yang dah menyarungkan benda yang tak baik ni dengan Islam… then, org nampak Islamik…
Azwan : saya rasa tak ada beza pun kita dengan org lain yang duduk ber'couple2' ini..
Azwan: hurm…..
Azwan : jadi, saya rasa kita harus berpisah…
Azwan : demi menjaga diri…& sama-sama untuk kembali harungi hidup dalam redha Ilahi…
Azwan: sorry… sorry banyak-banyak untuk segala apa yang telah kita buat…
Azwan : dan sorry juga sebab telah membawa awak ke jalan yang lupa pada-Nya…
Azwan : andai ada jodoh, moga dipertemukan…

Astaghfirullahalazi m. Aku beristighfar panjang. Ku kesat peluh di dahi… Air mata jahiliyah ku deras menitis membahasi meja. Sedikit terpercik pada keyboard laptop. Aku tak sangka perkara seperti ini akan terjadi sepantas ini. Ringkas, lembut, berhikmah serta points-nya yang jelas membuat aku tak dapat membantah dan berkata-kata. Sedih, pilu, kecewa, dan sesekali timbul rasa kesal pun ada. Tapi, semua itu tak bermakna lagi…

Aku tak mampu lagi untuk menyambung perbualan tersebut. Ku pasrah dan terima sahaja keputusan yang dibuat oleh Azwan itu. Di saat ini, hanya Allah yang bisa mendengar bisikan hati rapuh ini. Dialah juga tempat ku pohon keampunan atas segala kekeliruan yang telah aku timbulkan. Rupanya selama ini aku telah tertipu dengan biskan musuh, mengikut jalan taghut, mencampurkan halal dan haram, serta mengandunkan yang Islam dan al-hawa…

Cinta hakiki hanyalah pada Allah…

Tiba-tiba aku teringat hadis halawatul iman yang pernah dibincangkan oleh naqibah aku tak lama dahulu; pertama-tama sekali mestilah mencintai Allah dan RasulNya lebih daripada makhlukNya, kemudian mencintai seseorang itu hanya kerana Allah dan akhir sekali, mesti benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana ia benci dicampakkan dirinya ke dalam api neraka. Dengan demikian barulah dapat merasai kemanisan iman itu.

Hanya Allah sahajalah yang layak memberi hidayah kepada sesiapa yang dikhendakiNya. Moga-moga Dia kuatkan dan teguhkan hatiku menghadapi dugaan ini dan moga-moga diringankan beban yang kupikul ini.

Aku terus menjawab ringkas….
Nur : thanks & sorry too… saya terima… Alhamdulillah…
Nur : moga awak bahagia dan sukses selalu di sana . doakan saya juga.
Nur : wassalam.
Signed out

Aku merasakan hubungan tiga tahun yang terbina itu memang salah pada dasarnya. Bagaimana mungkin ia dapat mewujudkan sebuah keluarga yang menjunjung Islam jika asasnya terbina melalui cara al-hawa? Ya, kami memang saling menasihati dan bertazkirah, saling mengejut Qiamulali, saling menghantar SMS ayat-ayat Quran serta hadis, tapi semua itu memang tak betul caranya. Aku sedar yang kami telah mempergunakan Islam untuk mencapai matlamat peribadi… Astaghfirullah. . Syukur pada Mu ya Allah kerana lekas mengembalikan ku pada jalan redha-Mu.

"Sayang… Cepat turun ni. Hanan dah nak sampai." Ops! Tersedar daripada lamunan kisah 15 tahun lepas itu tatkala mendengar sahutan suamiku, Amir Izwan untuk bersiap menyambut tetamu istimewa kami Hanan dan Azwan.

"Ya bang, Nur turun…"

Alhamdulillah… Siap semuanya. Aku menutup laptopku dan bergegas turun ke bawah. Aku sudah bersedia untuk membentangkan 'presentation' kepada beliawan-beliawanis negara mengenai Cinta Remaja dalam program 'Belia Negara 2057' esok. Aku sangat bersyukur menjadi siapa diri aku sekarang ini dan aku mengharapkan belia-belia harapan negara dapat kembali kepada cara fitrah yang sebenar dalam menguruskan soal cinta.