Aku, dia dan mereka.

Showing posts with label Dakwah dan Cinta. Show all posts
Showing posts with label Dakwah dan Cinta. Show all posts

Sunday, May 17, 2015

Jangan Menyentuh Jika Tidak Berniat Memetik


Tahukah kamu wahai kaum adam, wanita solehah yang kamu inginkan bukan sekadar inginkan kejelasan kamu, tapi mereka juga mengharapkan kamu serius untuk taaruf yang menuju baitul muslim. Sememangnya benar taaruf itu tidak semestinya menerima dan bukan jaminan tanda setuju untuk ke baitul muslim, tapi entahkan apa tujuannya bagi kamu jika hanya bertaaruf, menyatakan minat kepadanya tapi kamu lantas habis di situ. Mengapa ‘menyentuh’ andai tidak berniat mahu memetik? Sedangkan bagi wanita yang solehah itu, mereka tidak mengerti makna hubungan suka-suka atau ‘sekadar kawan’. Hubungan ‘sekadar kawan’ bagi mereka hanyalah pada ketika perlu.

Sungguh silap jika kamu mengandaikan mereka ‘reti’ untuk berkawan suka-suka dengan lawan jenis. Apatah lagi setelah kamu menunjukkan dan menyatakan minat kamu terhadap mereka dan ingin bertaaruf, maka sewajarnya bagi mereka mempertimbangkan maksud kamu, kerana mereka juga dalam penantian! Namun lembutnya hati mereka disalah ertikan, dan diambil mudah hingga begitu mudah kamu hadir dalam hidup mereka dan menyentuh hati mereka dan begitu pula kamu mudah untuk pergi sesuka hati kamu dan mengandaikan segalanya ‘tersilap’ dan tidak berniat untuk ke tahap seterusnya. Jika benar kamu tidak berminat untuk serius, maka mengapa kamu menyentuh hatinya pada awalnya? Tidakkah itu kejam untuk mereka?

Bukan mereka tidak faham konsep taaruf dan berkawan dalam Islam, bukan mereka tidak faham taaruf tidak semestinya diikuti dengan khitbah, tapi di mana kesungguhan kamu dalam bertaaruf untuk mengenali hati budi masing-masing untuk maksud yang lebih besar dari itu? Jika benar setelah taaruf dirasakan tidak sesuai, maka wajar taaruf itu terhenti setakat itu dan masing-masing menerima dengan terbuka. Tapi bagaimana jika dalam proses taaruf pun kamu seolah bermain tarik tali dan seolah tidak serius untuk itu? Atau sebenarnya kamu keliru dan sekadar-kadar untuk berkawan sesuka hati tanpa adanya perancangan yang serius? Malulah kamu wahai adam yang ‘belum matang’ (walaupun zahirnya kamu kelihatan matang). Tahniah buat kamu wahai adam yang sudah matang dan memikirkan natijah di atas setiap perbuatan kamu kepada orang lain.

Kerana soal jodoh dan rumah tangga itu bukan isu enteng dalam Islam. Kerana ia adalah soal yang besar dan bukan perkara main-main. Terbinanya ia adalah di atas dasar yang kukuh (individu muslim yang benar-benar muslim)  lantas berkembang dengan baiknya hingga akhirnya menaiki tangga seterusnya dalam maratib amal kita. Kerana Islam juga tidak mengajarkan persahabatan antara lawan jenis sesuka hati tanpa adanya tujuan sahih yang diterima di sisi syarak. Bukan wanita-wanita solehah itu terlalu syadid dalam bersosial, tapi kerana menjaga diri dan bakal zuriat yang lahir, dan kerana mengimpikan suasana rumah tangga didasari roh dan acuan Islam, maka sewajarnya mereka mengambil serius dalam setiap perkara bermula dari proses taaruf itu lagi. Kerana ia permulaan untuk proses seterusnya. Andai dalam proses bertaaruf pun kamu seolah bermain tarik tali, tahukah kamu itu saja sudah cukup menyinggung perasaan mereka? Mungkin mereka tidak tersinggung andai mereka adalah wanita yang sudah terlalu biasa berhubung sana sini dengan lawan jenis dan membuka peluang kepada ramai lelaki siapa saja yang berminat, namun yang jelas sejelas-jelasnya, Mereka bukan begitu!.

Jadi usah ambil mudah andai seorang wanita solehah sudah memberikan ‘lampu hijau’ untuk proses taaruf yang terkawal kerana bukan sesuka hati mereka menerima dan bukan sesuka hati mereka ingin memulakan proses itu. Malah sudah selebihnya dari itu yang mereka fikirkan. Jika mereka tidak nampak kamu ada potensi untuk mereka pertimbangkan sebagai calon imam mereka, maka untuk apa mereka menyatakan ‘ya’ untuk taaruf itu? Andai yang datang itu adalah seseorang yang mereka tidak rasa ingin pertimbangkan sebagai calon imamnya pun, (contohnya yang sangat sosial, yang nampak bermain-main, suka mengorat, tak berakhlak, etc)  maka dari awal lagi pastinya mereka tidak akan membuka peluang untuk taaruf sebegitu.

Maka mengapa kamu, wahai adam, easy come and easy go as u wish? Menyatakan minat dan ingin bertaaruf,tapi bila berubah fikiran atau datangnya pilihan lain, maka kamu bertindak seolah semuanya tiada apa-apa? Sungguh kami Hawa ini tidak mengerti apa yang ada di dalam kepala kamu, Adam. Terus terang kami nyatakan, andai tiada niat untuk memetik, maka usahlah kamu ‘menyentuh’ akan hati si perempuan itu. Sememangnya laki-laki yang baik untuk wanita yang baik, dan begitu sebaliknya. Sememangnya jodoh setiap orang sudah ditentukan, jika bukan kamu, pasti yang lain yang lebih baik ditakdirkan untuk wanita-wanita itu. Namun kita diberikan kemampuan untuk ikhtiar. Maka ikhtiarlah sehabis baik dan sehabis matang. Usah bertindak kebudak-budakan kerana kamu bukan budak-budak lagi malah selayaknya jadi bapa budak. Fikirlah, istikharahlah, baru nyatakan hasrat untuk bertaaruf.

Moga Allah permudahkan.


Friday, March 2, 2012

“Aku & Dia Dah Putus…”

Assalamualaikum
“Aku dan dia dah putus…”
“Kenapa?”
“Aku dah x sayangkan dia. Pelik bukan. Tiba-tiba saja perasaan tu hilang”
“Kau pasti dengan keputusan kau. Kau x kesiankan dia? Dia sayang kau…”
“Kesian la jugak. Tapi bila aku fikir balik. Lagi kesian kalau aku teruskan. Aku dah x mampu…”
“Buatlah apa yang kau rasa terbaik….”
selepas setahun.
“Aku geram. Dia tipu aku. Lepas setahun baru aku tahu…”
“Kenapa? Apa yang dah jadi…?”
“Dia ada ramai perempuan belakang aku. Dia tipu aku. Aku rasa pedih. Terlalu pedih…”
“Kenapa kau pedih. Kan perasaan kau dekat dia dah lama hilang”
“Entah. Mungkin rasa dikhianati. Tak dihargai. Mungkin kalau aku sayang dia. Sekarang aku dah longlai. separuh mati aku terluka.  rabak. koyak. patah….”
“Lupakanlah. Jangan bebani hati fikiran diri kau dengan benda dah lepas ni…Tidurlah dah lewat…”
“Aku tak boleh stop. Mata aku x boleh nak lelap . Kecewa aku menggunung. Otak aku overtime….”
.
beberapa bulan kemudian
“Aku selalu tertanya-tanya kenapa perasaan aku pada dia boleh hilang. Sekelip mata.”
“kau ada jawapan?”
…senyum ” ada…mudah.”
“Apa dia?”
“Kongsi lah…”
“Allah sayang aku. Dia taknak aku setia pada orang yang x hargai aku. Dia benarkan aku tahu kebenaran setelah setahun. Mungkin masa tu baru kekuatan aku cukup untuk menampung kekecewaan aku. Dan aku fikir-fikir balik, Allah beri yang terbaik untuk aku. Sedangkan banyak benda yang aku lalai. Hubungan aku dengan Allah aku terabai.”
“Maksud kau?”
“Aku banyak berfikir. Refleksi balik segalanya. Cari jawapan pada soalan-soalan aku. Aku kadang-kadang lalai dalam mengingati Allah. Leka dengan cinta lelaki. Aku dah bazirkan masa,duit untuk cinta lelaki. Aku dah sedar aku sepatutnya fokus cinta kepada Pencipta. Nak tahu sesuatu?”
“Teruskan aku dengar…”
“Aku pernah tanya kenapa aku jumpa lelaki yang salah. Sekarang aku rasa aku tahu kenapa. Aku belum cukup baik. Dan aku kena betulkan diri aku untuk dapat yang terbaik. Rasa cinta itu memang anugerah daripada Allah. Tapi kita manusia ni lebih menghargai rasa cinta itu daripada Si Pemberi.
Kakak sepupu aku pernah cakap bila kita couple susah nak kawal bukan…Rindulah sayanglah then gaduh sampai emo seminggu. Lepas itu mula nak pegang-pegang tangan, bergambar rapat-rapat…Sebab tu,lebih baik mencegah daripada mengubati bukan…”
“so sekarang?”
“aku tengah berjuang.menjadi lebih baik.doakan. Selangkah. Dua langkah…Aku sedang berlari. Mendekati Pencipta…”
“Lelaki? Cinta?”
“Hanya yang Halal. Janji Allah itu pasti.”
“Kau yakin sekarang? Rasa lebih baik?”
“Alhamdulillah. Semua jawapan-jawapan yang aku cari membawa aku pada Allah.aku nampak cahaya melambai-lambai dari jauh. Cahaya itu yang buat aku bangun. Dan ketenangan itu milik aku. Sungguh, hikmah itu kalau dicari gali manisnya tiada berpenghujung. Aku khilaf. Sebab aku tahu Allah sentiasa ada, cuma manusia yang mencipta jarak.
Itu kata-kata yang aku rasa sesuai dengan situasi aku. Mungkin dulu aku nak dekat dengan Dia bila nak sesuatu atau sedih kecewa saja. Tapi sekarang aku dah sedar, faham tanggungjawab aku. Allah buktikan lagi sayang Dia pada aku dengan adanya perasaan ini. Syukur :) “
p/s :  Semoga bermanfaat :)

MANUSIA : BODOH: tak belajar dari pengalaman sendiri dan tak belajar dari pengalaman orang lain
PANDAI: belajar dari pengalaman sendiri tapi  tak belajar dari pengalaman orang lain
BIJAK: belajar dari pengalaman sendiri dan pengalaman orang lain….


Wednesday, February 8, 2012

Jatuh Cinta Lagi


“Kekadang diri ini diajak kawan untuk berbicara mengenai cinta,
Bukan cinta pada-Nya tapi cinta manusia,
Inilah Adam yang perasan tak kena masa,
Tidak sedar antara sifat Hawa,
Tak kira yang ber‘title’ muslimah atau biasa,

Kadangkala terlajak juga dari garisan agama,
Pandang dan melayan kita,
Berkongsi mesej agama,
Ya selamat tidak pernah berjumpa,
Itu hanya di pandangan mata,
Tapi hakikatnya berkhalwat dalam alam maya,
Inilah perangkap halus syaitan durjana,


Bukan ingin berkata apa,
Cuma,
Terkadang rasa sia-sia,
Daripada berbicara mengenai cinta,
Teringat banyak perkara dalam kependekan masa,
Besar kecil dosa,
Dosa kini dan lama,
Yang belum pasti mendapat keampunan-Nya,
Bertambahnya pergolakan ummah,
Bencana alam yang merata-rata,
Tanda memendeknya usia dunia,
Yang menuntut perhatian kita,
Supaya banyakkan istighfar dan bersihkan fikrah,
Anggaplah soal cinta seperti garam gula,
Jangan terlebih atau terkurang dalam merencah,
Mata, telinga dan hati sebagai deria yang menjaga,
Menjaga fitrah daripada fitnah,
Agar hidup menjadi mulia,
Menjadilah seperti insan pilihan-Nya,


Bak Imam Nawawi yang syahid mengejar ilmu sehingga tidak sempat bernikah,
Dan al-Banna yang sibuk bekerja dalam dakwah,
Susah sedikit banyak bahagia,
Inilah ujian sebagai pemuda,
Inilah peritnya menahan rasa cinta.”

“…Adapun orang beriman sangat CINTA kepada Allah…” (Surah
Al-Baqarah 2:165)

Monday, February 6, 2012

Andai Bukan Masanya

Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.


Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.

Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga..


Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.

Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.

Ameen..

Tuesday, November 29, 2011

Baitul Muslim wa Baitul Dakwah

Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum w.b.t.

Sahabat-sahabat blogger pencinta ilmu,mujahid mujahidah perindu syahid fillah,moga dalam redha dan kasihNya selalu,insyaAllah..

Subhanallah,Maha Suci Allah hampir dua minggu sudah blog "Soul of Syahidah" menyepi tanpa tinta dan qalam tatapan sahabat-sahabat sekalian..bukan disengajakan tetapi dek kerana masa disibukkan dengan kewajipan-kewajipan lain yang menunggu untuk dilaksanakan, kerja-kerja yang tiada penghujungnya, kerja-kerja yg terpaksa diaulakan.
Alhamdulillah syukur padaNya kerana masa2 yang disibukkan adalah demi gerak kerja Islam, bak kata Asy-Syahid al-Imam Hassan Al-Banna "al-wajibat aktharu minal auqot" kewajipan melebihi masa yang ada. Itulah sunnah kehidupan sang khalifah,dai'eyah dan ibdatullah yang berbaiah menyabatkan diri dijalanNya.


Dan Alhamdulilah,Allah memberikan sedikit ruang dan kesempatan untuk ana luangkan sedikit nafas ketika ini mencoretkan sedikit pengalaman sepanjang permusafiran hidup di dunia pinjaman al-Khaliq. Hampir dua minggu sudah semester baru pengajian ana di kampus Universiti Malaya ini bermula kembali. Berbekalkan semangat baru moga-moga semester akhir ini dapat dikhatamkan dengan jayanya,insyaAllah.


Berbalik kepada tajuk entry,kenapa baitul muslim? ada apa dengan baitul dakwah?
Almaklumlah, menjengahnya musim cuti persekolahan sebegini, banyak sekali jemputan walimah disini sana dan ana jugak tidak ketinggalan,mendapat jemputan walimah daripada para sahabat..alhamdulillah,mereka telah menyempurnakan separuh dari kesempunaan agama..Dan ana juga secara peribadi terpanggil untuk menulis tentang topik yang digemari ramai ini (hmmm)..


Alhamdulillah tiga hari lepas ana bersama beberapa sahabat pmium mengikut perancangan sempat mengunjungi walimah insan yang sangat ana kagumi, antara aktivis dakwah universiti Malaya dan insan ini sudah ana mengangapnya sebagai kakak ana sendiri dengan pasangannya merangkap murabbi ana,pasangan cinta kak Im dan ustaz Ali Hanafiah. Subhanallah, tanggal 25 November 2011 sebuah baitul muslim ini didirikan. Terlebih dahulu,biarlah gambar yang berbicara........


Menunggu ketibaan pengantin lelaki..jeng3 =) ..(mnyebok ja)


Pasangan cinta Ustaz Ali Hanafiah dan K.Im


Indahnya Baitul Muslim..heehe

bersama pengantin..ambik berkat =)

Satu lagi baitul muslim turut dimetrai oleh pasangan bahagia Ust.Safwan (merangkap presiden pmium) dengan pasangannya kak Masturah (merangkap mpmum) pada 11/11/11..malangnya ana tak dapat menghadirkan diri menyertai walimah tersebut kerana sedang bercuti semester ketika itu.
Tahniah Ust.Safwan dan kak.Masturah..moga dengan mahligai yang terbina lebih menguatkan kalian meneruskan agenda dakwah.

Lagi baitul muslim..K.Aida dan suaminya pada 23/11/2011..maaf jgk k.aida tak dapat hadiri walimah,tak berkesempatan kerana dah berada di kota KL waktu itu..A'la kulli hal moga masjid yang dibina berkekalan hingga ke syurga. 
ehem k.aida..mnarik skali kisah cinta anda..hehe...sweett

Dan sepasang lg pasangan baitul muslim yang masih fresh,tanggal 27/11/2011 juga tak dapat untuk ana menghadirkan diri kerana menjawab walimah k.im dan ust.ali di kedah..Sahabat baik ana Nur Idayu Nordin dan Alias Salleh..Subhanallah,tub2 dah kawen ye sahabat..moga-moga istana yang terbina berkekalan dan mendapat redha serta rahmat ilahi. Tabahlah mengharungi kehidupan yang mendatang..Uhibbuki lillah ukhti,maaf tak dapat hadir walimah.
Barakallahulakuma wajama'a bainakuma fi khoir

ehh,sorang ja?hehe

Seronoknya ya tengok  masing-masing dengan pasangan..A'la kulli hal nya sedikit ingin dikongsikan tentag baitul muslim..Hakikat sebenar, Baitul Muslim bukanlah sekadar itu, bahkan lebih dari itu. Baitul Muslim merupakan tangga kedua selepas individu Muslim. Selepas Baitul Muslim, barulah mujtama' Muslim, daulah Islamiyyah, khilafah Islamiyyah, dan akhirnya membentuk istazi'atul 'alam.
Jika Baitul Muslim itu sekadar membincangkan perkara-perkara yang sedemikian, mustahillah untuk membentuk mujtama' Muslim yang diimpikan. Hatta, semakin lambat pula istazi'atul alam itu terbentuk.Baitul Muslim itu sendiri membawa maksud, rumah orang Islam. Orang Islam yang bagaimana? Orang Islam yang mengamalkan dan mempraktikkan Islam dalam kehidupan serta menjadikan Islam sebagai pakaian rasmi untuk rohani dan jasmani.
Baitul Muslim jugalah yang akan melahirkan lebih ramai lagi para pendakwah dan mujahid-mujahid Islam. Baitul Muslim adalah peringkat penting dalam usaha untuk kembali melihat Islam tertegak sebagai sistem yang memerintah dunia.
Baitul Muslim adalah satu konsep untuk kita nampak keperluan wujudnya keluarga yang diredhai Allah, keperluan mencari isteri atau suami yang diredhai Allah, keperluan mentarbiyah anak agar membesar dalam keredhaan Allah, seterusnya menjadikan keluarga kita keluarga contoh kepada masyarakat, juga bersama-sama redha Allah. Inilah Baitul Muslim, ke arah mardhatillah.


Jangan fikir apabila kita sebut tentang Baitul Muslim ni, maknanya sudah menggatal sangat nak kahwin, Baitul Muslim bermula dengan diri sendiri.
Itulah signifikan Baitul Muslim berada di tangga kedua selepas membentuk individu Muslim. Sebatikan diri kita dengan kehidupan Islam terlebih dahulu. Disiplin, akhlak mulia, kebersihan, kecekapan, menuntut ilmu, bertanggungjawab, tarbiyyah diri. Islahkan diri, tingkatkan kualiti supaya kelak, mudah memacu keluarga yang mawaddah dan rahmahnya abadi. Suami dan isteri saling melengkapi, menjadi murabbi dalam keluarga.
Baitul Muslim, bermula dengan diri sendiri. Baitul Muslim ialah konsep untuk membina ummah berkualiti. Seriuslah dalam mempersiapkan diri, bersungguhlah dalam menggerakkan peribadi. Bermula dari hari dan saat ini.


Wallahu taala a'lam..


Sedikit iklan,novel tarbiah terbaru "Musafir Perindu" karya pengantin baru(hehe) ukhti K.Im dengan nama penanya Annur Iman..keluaran alaf 21..jangan ketinggalan memilikinya,dengan harga berpatutan RM20 lbh kurang..dah bace skit,besttt

Sunday, November 13, 2011

Hati-hati..be Careful

Assalamualaikum sahabat2 blogger yg dicintai dan dirahmati Allah....
sedang scrolling mencari qalam ilmiah dlm laman sosial facebook,laman terfemes dewasa ini,tiba2 dipertemukan dgn satu artikel mnarik ini..mnarik untuk dikongsi..


Hati-hati dengan pertunangan (istilah berlapik ganti ‘couple’),
Hati-hati dengan cinta sebelum kahwin.

Mula-mula ustaz-ustazah,
Kemudian awak-saya,
... Kemuncaknya abang-ayang / nama sendiri)

Ia bukan sekadar panggilan di bibir mungil,
tapi akan turun ke hati jadi cair macam jus koktil,
kemudian turun lagi bawah memanggil manggil.

Sekarang zaman sudah moden. Iblis juga sudah moden. Syaitan sudah tak guna perangkap keluar dating atau pegang tangan,
Tapi guna perangkap FB dan balas mesej / calling-calling dengan handset yang skrin luar tulisan Allah tapi dalam 'masyaAllah'.

Mungkin alasannya “saya kejut dia subuh saja”. Atau
“saya selalu bagi nasihat agama pada tunang saya”.

Alasannya, mesej Islamic,
FB Islamic,
Handset Islamic,
Skype Islamic,
Alasan lagi, “sebelum mesej saya siap bagi salam dengan lafaz penuh, ASSALAMUALAIKUM lagi”.
Heheh, apa nak hairan, syaitan pernah direct bicara dengan Tuhan. Jadi jangan bangga dan rasa selamat dengan topeng islamik tapi penuh polemik.

waktu cakap, sebut ukhuwwah islamiah, waktu mesej tulis 'muah muah'.
waktu cakap , "apa yang boleh ana bantu?", waktu mesej, I love u.

jangan ingat iman dah power,
sebab iblis lagi senior.

Iblis tak pilih bulu nak menangguk,
Orang awam tunduk,
Ustaz ustazah pun kemaruk.

JADI, HATI-HATI DENGAN PERTUNANGAN, HATI-HATI DENGAN CINTA SEBELUM KAHWIN.

p/s :untuk diri dan semua.

Friday, November 11, 2011

ALKISAHNYA CINTA


Alkisah di sebuah pulau kecil.Di sini tinggallah berbagai benda abstrak..ada CINTA, KEKAYAAN, KECANTIKAN, KESEDIHAN, KEGEMBIRAAN dan sebagainya..Mereka hidup dgn baik dan saling melengkapi..namun pd suatu hari badai menghempas pulau itu dan akan menggelamkannya. Semua penghuni berusaha menyelamatkan diri.

CINTA kerisauan kerana tidak tahu berenang. CINTA berdiri ditepi pantai utk mendpt pertolongan. CINTA ternampak KEKAYAAN sedg mengayuh perahu..CINTA melaung KEKAYAAN utk menumpang. “Maaf, perahuku telah penuh dgn harta bendaku”..kata KEKAYAAN…
CINTA merasa sedih…kemudian..
CINTA terlihat KEGEMBIRAAN yg sedang berperahu laju. CINTA melaung kpd KEGEMBIRAAN ..namun KEGEMBIRAAN tidak mendengar kerana terlalu gembira dgn perahunya..CINTA kesedihan lagi..
Dalam mencari pertolongan, berlalu KESEDIHAN dgn perahunya.CINTA meminta utk membawanya bersama, “Maaf CINTA, aku sedang bersedih dan ingin bersendirian”..kata KESEDIHAN dan terus berlalu..

CINTA sedih dan putus asa..air semakin naik dan akan menenggelamkannya. Lalu CINTA berdoa kpd Tuhan, agar dirinya dipermudahkan masalahnya… Tiba2 CINTA terdengar namanya dipanggil.”Mari cepat naik ke perahuku”..kata seorang tua yg berjanggut pjg sedg mengayuh perahunya yg laju. CINTA pun terus naik dan diselamatkan ke sebuah pulau lain. Org tuapun menurunkan CINTA ..
Terlupa disaat itu utk bertanya siapa kah org tua berjanggut yg baik hati kerana sudi menyelamatkannya..Lalu CINTA bertanya kpd seorg penduduk tua di pulau itu..Mereka menjawab itulah WAKTU..
CINTA hairan kenapa WAKTU sanggup menyelamatkannya sedangkan teman2nya yg lain enggan menolongnya..
“SEBAB”..”hanya WAKTU lah yg tahu betapa bernilainya harga sebuah CINTA itu…

CINTA sesuatu yg unik utk ditafsir,,Hanya diri sendiri yg tahu..CINTA bukan hanya sekadar melafazkan “Aku Cinta Pd Mu”..CINTA tak semestinya bersatu..Menyintai tak bererti memiliki..CINTA perlukan pengorbanan..CINTA perlukan persefahaman..CINTA perlukan kekuatan..kerana CINTA itu penuh dugaan....” "


La Tahzan!!!

Getting some strengh after reading this article..
Ya Allah kuatkan hati hambamu ini,pasrahkan akan sgalanya keranaMu..
Allahu Rabbi...


Ana: "umi,mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang??"

Umi: "dua-dua bukan..plihan hati kita ialah orang yg sayangkan kita kerana ALLAH"

Ana: "tapi umi,mcam mana nak tau orang tu sygkan kita kerana ALLAH??"

Umi: "Yang paling tahu hanya Allah..Kerana hanya Allah mampu membaca
hati hambaNya..Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya
tanpa perlu sengaja ditunjukkan oleh seseorang tu..", umi tersenyum..abah
menjeling..hehe...

Ana: "xfahamlah umi..hehe.."

Umi: "Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.. begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan
berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu.. Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki, jodoh dan maut sejak azali lagi..Persoalannya ialah.. Siapakah
jodohnya itu?"

Ana: "hehe.. xtahu umi..ALLAH je yg tau..", malu pulak rasanya..

Umi: "sayang dgar ni umi nk pesan.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni.. Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya.."

Tiba2 je air mata ni mengalir..:'(

Umi: Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya.. Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya. Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas- batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya.

Umi sambung lagi: Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya.. Hanya Allah yang boleh
memegangnya.. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah.. Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya, rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. umi dah didik anak umi dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang umi serahkan anak2 umi yang umi sayang sangat ni pada ALLAH untuk Dia pelihara..", suara umi sebak...

Ana terus peluk umi..
gambar + huraian = tersurat dan tersirat