Aku, dia dan mereka.

Wednesday, September 21, 2011

Sahabat..Aku Lemah

Sahabat,
Aku lemah,
Benteng ku bina telah pun musnah,
Ku mahu bangkit tetapi payah.
Sahabat,
Aku lemah,
Amat mudah digugat mehnah,
Kuatkanlah aku wahai sahabat.
Sahabat,
Aku lemah,
Bertarung nafsu kadangkala rebah,
Sedarkanlah aku daripada kelalaian ini.
Sahabat,
Aku lemah,
Jatuh terhumban aku rebah,
Papahkanlah aku ke jalanNya.
Sahabat,
Aku lemah,
Namun ku takut menjadi fitnah,
Tegurlah aku biar berhikmah.
Sahabat,
Aku lemah,
Namun ku takut azab-Nya Allah S.W.T,
Peringatkanlah aku jangan bersudah.
Ku tahu,
Sifat insan itu lemah,
Sendirian dia dikelilingi fitnah,
Selain iman sebagai pembenteng,
Kekuatan hadir di balik ukhuwah.
Sahabat,
Aku lemah,
Kalian harapanku,
Janganlah biarkan aku terus hanyut.
Sabarlah denganku biarpun payah,
Tegurlah aku walaupun kerenah,
Sebelum aku punah,
Sebelum aku menyesal tak sudah,
Sebelum aku diazab Al-Khalik.
Pimpinlah aku bersamamu,
Kembali kepadaNya,
Moga-moga pengakhirannya,
Husnul khatimah.
Ku berharap padamu,
Sahabat yang kisah.
*special dedicated to : Alshaqina

No comments:

Post a Comment