Aku, dia dan mereka.

Wednesday, May 28, 2014

Sahabat... PMKUM


Kita percaya bahawa mentari akan kembali esok hari,
Tapi tidak dengan pelangi yang ceria.
Kita yakin bumi akan terus berputar,
Tapi tidak dengan jarak yang memisahkan kita.
Kita ibarat melodi dan lirik sebuah lagu,
Tapi sumbang dalam keharmonisan.
Kita bagai diksi suatu kata,
Tapi tidak jelas alur ceritanya.
Kita bagai kumpulan awan di hari senja,
Tapi kabut menutup jingga.
Kita melukis kebersamaan seperti resmi sang padi,
Kemudian pudar pada saat purnama.
Kita bagai natra dan hati,
Saling berpadu dan tak pernah beradu.
Kita ibarat puisi dan prosa,
Indah tapi tak sama.
Kita bersama berbagi tawa dan canda,
Yang pengakhirannya mencipta bahagia.
Kita ingat semua kenangan saat bersama,
Dan lanjutannya mekar di pengharapan.
Kita! Dalam setiap kesamaan,
Memenuhi segenap kekurangan menambah segenap kelebihan.


Sahabatku…
Adalah tetesan embun pagi,
Yang jatuh membasahi kegersangan hati,
Hingga mampu menyuburkan seluruh taman sanubari,
Dalam kesejukan.

Sahabatku..
Adalah bintang gemintang malam di alam angkasa,
Yang memenuhi kesendirian rembulan yang berduka,
Hingga mampu menerangi gulita semesta,
Dalam kebersamaan.

Sahabatku..
Adalah pohon rending dengan seribu dahan,
Yang memayungi dari terik matahari yang tak tertahankan,
Hingga mampu member teduhan,
Dalam kedamaian.

Wahai angin pengembara,
Khabarkanlah kepadaku tentang dirinya.

Sahabatku..
Adalah kumpulan mata air dari telaga suci,
Yang jernih mengalir tiada henti,
Hingga mampu menghapuskan rasa dahaga diri,
Dalam kesegaran.

Sahabatku…
Adalah derasnya hujan yang turun,
Yang menyirami setiap jengkal bumi yang bedebu menahun,
Hingga mampu membersihkan mahkota bunga dan dedaun,
Dalam kesucian.

Sahabtku..
Adalah untaian intan permata,
Yang berkilau indah sebagai anugerah tiada tara,
Hingga mampu menebar pesona jiwa,
Dalam keindahan.

Wahai burung duta suara,
Ceritakanlah kepadaku tentang dirinya.

Sahabat-sahabatku..
Usah dipandang ke belakang,
Melihat senja yang sudah berlalu,
Tetapi lihatlah masa depan kita,
Yakni perjalanan yang panjang,
Tetapi sementara,
Sebelum sampai kepada kematian.

Sahabat-sahabatku..
Bila tiba waktu pertemuan,
Usahlah ragu mengungkapkan kata kemaafan,
 Bila tiba waktu perpisahan,
Usahlah tangisi kepergianrakan-rakanmu,
Seperti mana mereka menangisi kepergianmu,
Kerana sesungguhnya semua itu,
Ada hikmah yang Allah berikan.

Sahabat-sahabatku…
Jika ada kesalah dan kesilapan,
Antara kita, marilah… marilah…
Aku seru sahabat-sahabatku semua,
Agar kita bermaafan antara satu sama lain,
Supaya kelak tiada yang merana,
Supaya kelak tiada yang berduka,
Supaya kelak tiada yang berpura-pura.

Sahabat-sahabatku..
Sesungguhnya pertemuan kita ditentukan Allah, rugi ditak dihargai peluang terindah ini,
dan perpisahan kelak, juga adalah takdir Tuhan, yang harus diterima dengan penuh keredhaan.


*Sajak yang  dibuat khusus untuk adik-beradik PMKUM,
dideklimasikan bersama Faizah Lee pada malam Apresiasi dan Anugerah PMKUM.

Jiwa Hampa Tanpa Cinta, Hati Hampa Tanpa Iman


Couple.
Berpasangan.

Dulu, 
Aku pun tak tahu.
Aku jahil di masa lalu.

Bercinta. 
Rasa sweet gila bersama-sama.
Suka duka sharing together.
No wonder la makin lalai makin leka.

Now, bila dah sedar,
Rasa bersalah. Apa dulu yang kita buat semua dosa.

Saya beri 3 situasi orang bercinta.
Last nanti compare dengan situasi bercinta dengan Allah.

Situasi pertama :
Orang bercinta, malam mesti call kan? Bila kita tertidur, esok pagi tengok ma shaa Allah banyakkkk gilaaaa missed call, sms daripada si dia. Kita jenuh gelabah nak jawab apa kat dia nanti. Jenuh duk pikir ayat. Kang kata tertidur sentap pulakkk kan? Dia dah lah buat super savers la ape la semata2 nak bercakap dengan kita. Hmm macam mana ye?

Situasi kedua :
Bila kita cinta someone, kita sanggup oiii peghabihh duit semata-mata untuk dia. Topup rm5, rm10, rm30 and rm100 pon sanggup. Semata-mata nak text/call/whatsapp/wechat si diaaa. Kering poket pon tak pe, demi membuktikan cintaku padamu. Hahahaa!

Situasi ketiga :
Bila kita ni memang sayang gileee le dekat die, haaa mesti duk angau kan? Pantang bebenor dengor oghang bercerita tentang die, mule le kite rasa semacam. Hati berbunge-bunge. Apatah lagi kalau org bercerita tentang keindahan dan kelebihan die depan2 kita. Fulamakk wey, boleh tak tidor malam teman. Ate duk ghenyihh soghang2. Hahaha ghenyih = senyum. Betul kan?

Now, cuba compare dengan situasi bercinta dengan Allah.

Situasi pertama :
Kita sanggup kan call malam2? Sampai bila kita tertidorrr pon, kita ghase takot bebenor nak ngaku pd si die. Tapi, PERNAH TAK KITA TERFIKIR? Apakah aku sanggup BANGUN MALAM, semata2 untuk ALLAH? Apakah aku sanggup bangun untuk BERTAHAJJUD mencari keredhaanNya. Pernah tak kita bangun malam semata2 untuk ALLAH selama ini? Pernah ke tidak? Simpan jawapan tu.

Situasi kedua :
Kita sanggup peghabih duit berpuluh/ratus semata2 nak berbual dengan si dia. Tapi, PERNAH TAK KITA TERFIKIR? Apakah aku sanggup BERSEDEKAH BERPULUH RINGGIT, BERATUS RINGGIT semata-mata untuk membantu saudara2 ku di JALAN ALLAH? Kita selalu derma rm1, rm2? Pernah tak sampai beratus? Pejam mata je, JANJI untuk AMAL KEBAIKAN? Pernah ke tidak? Simpan jawapan tu.

Situasi ketiga :
Duk angau. Dengor je nama die bergetor ghase hati. Apatah lagi bile dengor orang duk puji die depan2 kita kan? Tapi, PERNAH TAK KITA RASA/TERFIKIR? Bila ustaz/ustazah/sesiapa sahaja MENCERITAKAN KEBAIKAN ALLAH, KEINDAHAN ALLAH, pernah tak BERGETAR HATI KITA? Pernah tak kita tak tidur malam memikirkan KEKUASAAN ALLAH? Pernah tak bertambah RASA CINTA, KEIMANAN kita pada ALLAH bila mengetahui kekuasaanNya? Pernah ke tidak? Simpan jawapan tu.

Sahabat,
Aku dulu jahil sahabat.
Aku juga pernah lalui ketiga2 situasi di atas.
Dan sukar untuk aku lalui tiga situasi di bawah.

Aku juga pernah bercinta, sahabat.
Namun kini, aku berjuang untuk tidak mensia-siakan masa, hati dan harta di jalan yang haram.

Apa yang bakal aku katakan pada suami aku nanti, apa rasa cinta yang bersisa lagi jika semua rasa cinta itu aku dahulukan buat yang belum halal?

Sahabat,
Kita belum lagi terlambat.
Post ini aku tak tujukan kepada sesiapa.
Aku cuma rasakan aku layak memberi peringatan.
Kerana apa?

Kerana aku rasakan terlalu banyak status2 di facebook dari kita semua ditujukan buat yang bukan halal.

Boleh berkasih. Ya boleh.
Berkasih kerana Allah swt.

Nak tahu macam mana pasangan tu terbaik utk kita?
Tengok macam mana dia tawarkan cintanya.

Mengajak kita bercouple atau bernikah?

Jawapan kepada semua situasi tadi, kita sahaja yang tahu. Simpan. Muhasabah diri. Belajar cintakan Ilahi. Jangan terlalu cintakan yang tidak kekal kerana takut kita kecewa nanti.

Jika rasa diri masih muda,
Kejar ilmu Allah dulu. 
Masih banyak yang kita belum tahu.

Jika sudah mampu, carilah pasangan hidup yang berpegang kepada agama Allah. InsyaAllah, bahagia dunia, bahagia akhirat.


Saya Sanggup Tunggu Awak


"Awak, awak sanggup tunggu saya tak?" Mukanya kelihatan merah menahan perasaan. 
"Mestilah saya sanggup. Kenapa awak?" Balasku sambil menatap wajahnya dengan penuh berminat. 

"Awak janji dengan saya ye? Boleh?" 
"Saya berjanji insyaAllah....Saya sanggup tunggu awak walaupun bertahun lamanya" 

"Sebenarnyakan, awak sudah lama bertakhta di dalam hati saya. Awak telah sentuh hati saya meskipun saya tidak sedar. Meskipun saya tidak inginkannya hadir. Tapi saya amat sayangkan awak" Luah hatinya dengan penuh perasaan. Pilu aku dibuatnya.

"........dan saya tak sanggup kehilangan awak. Awak hadir dalam hidup saya memberikan saya sinar baru. Awak buat hari-hari yang saya lalui begitu indah dan bertenaga."

"Bagaimana mahu saya dustakan perasaan ini? Awak tahu...betapa sakitnya hati ini. Allah telah campakkan rasa sayang, rasa rindu saya kepada awak. Saya tidak boleh tipu perasaan saya lagi. Hipokrit namanya."

Suasana menjadi mendung. Memandang sungai yang mengalir tenang bertambah memendungkan hati yang diremuk pilu.

"Awak......" Aku berkata perlahan.

"Bukankah saya sudah beritahu awal-awal lagi? Jangan usik hati seseorang jika belum berani untuk bertanggungjawab. Dan terbukti awak masih belum bersedia."

"Saya juga begitu. Saya masih belum bersedia. Dan saya tidak berani untuk terima awak. Hati saya masih tertutup kemas." Aku mula berterus terang dengannya sambil mencari-cari anak matanya. Takut takut setiap bait kata yang dilafazkan mengguris hatinya.

"Awak, terimalah hakikat. Yang ada pada saya cuma perasaan meraikan kehadiran awak. Awak memang penting dalam hidup saya. Awak melengkapkan kehidupan saya. Tanpa awak, saya seperti robot manusia yang tiada perasaan."
"Saya hanya sukakan awak. Sayangkan awak. Tapi saya belum boleh cintakan awak. Awak seperti bayang-bayang saya yang hanya wujud ketika waktu malam. Saya tahu, awak sentiasa mengekori ke mana saya pergi. Seolah-olah mengintai sampai bila bayang-bayang harus menjadi bayang-bayang."

"Ya, saya sanggup tunggu awak. Kerana masihnya belum tiba. Saya boleh bersabar dan akan terus begini. Bersabar dan bersabar. Itu sahaja yang boleh saya buat. Rasulullah SAW pun ada bersabda “Sabar itu separuh iman.” (Hadis Riwayat Abu Na'im daripada Ibn Mas'ud). Awak tidak perlu risau dengan saya. Kita hanya perlu jelas yang mana terpenting di antara penting untuk dipentingkan."

"Maaflah awak. Kadang-kadang saya yang tidak sabar. Tergopoh-gapah tanpa memahami perasaan awak. Saya tahu awak belum boleh terima saya. Hati awak seperti batu, keras sekali untuk dilunturkan. Itu tidak mengapa kerana saya pasti awak akan terima juga saya satu hari nanti."

"Saya tahu saya tak boleh paksa awak bila hati awak tertutup untuk saya. Ingatlah, saya amat hormati perasaan awak dan saya akan sentiasa berlaku jujur dengan awak. Cuma jangan terus buang saya dan sisihkan saya sampai bila-bila. Saya amat perlukan awak"

"InsyaAllah...untuk kesekian kalinya terima kasih awak. Saya pun sanggup tunggu awak"


****************

Begitulah perbualan antara CINTA dan CITA-CITA.

Aku : cita-cita
Dia  : cinta

Cinta adalah satu kemestian dalam kehidupan tetapi hadirnya perlu dikawal dan dirancang supaya cita-cita tidak rasa dirinya terbuang dan terabai. Jika boleh diseiringkan tahniah dan hargailah keduanya dengan cara yang halal. Jika belum waktunya, bermujahadahlah dan fokus.

Hanya pilih antara dua sudah menentukan jalan mana yang diambil.


Thursday, January 16, 2014

CERPEN : GETARAN DOSA


[Ana tunggu enti kat pondok kolej pukul 11 pagi esok, enti nak datang atau tak terpulang, waalaikummussalam.]

Ringkas!

Tatkala sedang asyik mengulang hafazan seusai subuh, satu SMS masuk, jelas terpapar di skrin telefon Samsung putih kesayangan itu.

Allahuakbar! Apa yang harus dilakukan?

Lantaran fikiran kelaut memikirkan kisah semalam. Al-Quran ditangan entah bila tertutup tidak disedari, ulangan hafazan Surah Al-Maidah tadi tidak tahu dimana hentinya.

……………………………………

Hampir sebulan ikatan itu diakui keduanya. Istilah sayang, cinta, kasih dan sewaktu dengannya sengaja dipendamkan, namun hati masing-masing tidak dapat menipu dalam mengakuinya. Allah saja yang arif dan a’lam.  Sengaja sama-sama bertekad untuk  tidak mengungkapkan kata-kata itu sehingga sah menjadi yang halal.

Semalam, tidak tahu kenapa dan mengapa si Mujahid seakan memaksa meminta untuk bertemu. Pertemuan hanya berdua. Katanya andai berteman segan pula untuk berbicara. Agak lama membahaskan tentang itu, akhir dia bersetuju untuk dibawa teman. Namun, siapa yang harus dibawa untuk menemani? Yang mengetahui hubungan ini selain keluarga cuma dua orang, sahabat baik si Mujahid mungkin bisa datang menemani namun sahabat baik si Mujahidah baru semalam sudah pulang ke kampung usai peperiksaan akhir di siangnya. Sungguh lagi bergunung malu itu andai seorang wanita didepankan dengan dua lelaki. Logik di akal, fitrahnya sang muslimah, malu itu sebati umpama ruh dan jasad. Lantas si Mujahidah menolak sekerasnya untuk dibawa teman baik si Mujahid itu.

Malu bertandang itu satu hal, akan tetapi lagi merisaukan dan pandangan orang ramai andai dua insan bertemu seumpama itu. Memanglah pertemuan itu ditempat awam dan terbuka, suasananya tidak sunyi dengan manusia, akan tetapi fitnah itu datang tidak mengenal tempat dan ketika. Maklum akan keduanya mereka antara insan ma’ruf di kampus, boleh dikatakan dikenali umum, si Mujahid kerap kali menjadi pengajar kitab-kitab ugama di surau, sedang si Mujahidah giat menjalankan usrah di rata-rata kolej. Keduanya membawa satu entity yang dipanggil ‘agama’. Sangat membimbangkan agama yang dijulang kan terfitnah dek kerana pertemuan berdua itu.

Lama memikirkan si Mujahidah menjadi semakin serabut, ikutkan nafsu siapa yang tidak mahu bertemu si buah hati, namun memikirkan perbagai mudharat yang lebih banyak dari manfaat dia tidak lansung mahu pertemuan itu berlaku. Namun, si Mujahid kian mendesak dan memujuk.

Khali.

Perbincangan di alam maya terhenti disitu. Keduanya larut dibuai kelam malam.

Sepertiga malam si Mujahidah tersedar, desakan semalam menerjah fikiran. Sungguh serabut memikirkannya, menjadikan hati semakin tawar dan ragu. Lantas tatkala membetulkan bangun tidur, tidak tahu dari mana datangnya kekuatan, si Mujahidah bertekad untuk memutuskan hubungan itu. 

Telefon tangan pantas dicapainya, jejari menari di skrin menaip sesuatu.

[Ok lah ustaz, serius ana tak nak teruskan hubungan ini, sangat pedih menahan air mata, sebak dan sakit di hati. Semua perancangan dan perbincangan kita akan cuba dilupakan. Assalamualaikum wbt]

Send.

Dengan bertemankan linangan air mata.

Allah! Ya! Allah tempat yang sepatunya dituju untuk mencari ketenangan . Lantas segera dihalakan langkah menuju ke kamar mandi. Siraman wudu’ menyegarkan jasad. Sujud padaNya menyegarkan ruh. Pada DIA dicerita, dirintih dan diadukan segala-galanya. Hati yang fitrahnya berbolak balik itu diserahkan sepenuhNya pada Allah.

“Ya Allah, Engkau yang satu tiada selainMu, dan ku yakini Engkau yang Maha Mengetahui keadaan hatiku tatkala ini, tenangkanlah ia ya Allah”

“Ya Rahman, pemurahnya Engkau mengurniakan rasa cinta dihati ini, namun ku takut murkaMu, bawakanlah aku kejalan yang Engkau redhai”

“Ya Rahman, penyayangnya Engkau pada hamba yang menduakanMu, pulihkanlah hati yang parah ini melepaskan cinta manusiawi pergi, semata demi meragut cintaMu”

Tahajud cinta, cinta padaNya, Dia yang utama.

Pengabdian itu larut hingga Subuh menjengah. Usai Subuh, sedikit wirid, ma’thurat dan doa, Al-Quran hitam peneman setia dicapainya lantas memulakan ulangan hafazan. Dan tatkala itulah telefon disapa mesej si Mujahid.

………………………………………………….

Dhuha membuka pintu rezeki penghuni bumi. Usai membersihkan diri dihamparkan sejadah turut sama memohon keluasan pintu rezeki dan rahmat. Namun biasa dhuhanya 2 rakaat, akan tetapi hari itu 2 rakaat solat hajat ditambahnya memohon dibuka simpulan resah yang terbuku. Allah tempat memohon jawapan dan petunjuk. Apakah harus dia menyahut ajakan pertemuan si Mujahid? Apakah dia tega membirkan si Mujahid menanti? Apakah dia sedia berhadapan dengan si Mujahid? Dan! Adakah dia bersedia menjadi punca fitnah agama? Allah, sungguh dia keliru. Apa harus diputuskan.

“Ya Allah, Engkau mengetahui kekusutan hati ini, simpulan yang membuku entah dimana hujungnya? Aku keliru, apa yang harus aku lakukan ya Allah?”

“Ya Allah, aku yakini kekuasaanMu melebihi segala yang ada di cerakewala ini, bukakanlah simpulan ini, leraikanlah kekusutan ini, berilah aku petunjuk, walau dengan cara apa sekalipun.”

“Ya Allah, benar aku meletakkan harapan pada hambamu itu Rabb, namun aku tidak sanggup berharap apa sekalipun tanpa dengan keredhaanMu.”

“Ya Allah, andai pertemuanku dengannya sudah tertulis restuMu di Arasy, Engakau berilah petunjuk walau dengan cara apa sekalipun, namun juga andai pertemuanku dengannya tertulis murkaMu di Arasy sana, berikanlah jua aku petunjuk dengan cara apa sekalipun. Sungguh, aku samar dalam membuat keputusan ini.”

“Perkenankanlah Ya Allah”


Jam menunjukkan kira-kira pukul 10 pagi, lagi sejam angka 11 itu bakalan menjengah. Namun si Mujahidah masih dibayangi kesamaran. Apa harus dilakukannya.

Entah bagaimana laju rentaknya menghala ke almari, mengambil sepasang baju dan tudung dibawa ke tempat sterika. Dihilangkan kedut-kedut yang beribu pada pakaian itu.

‘Iron je lah dulu, nak turun tak nak turun lain cerita’ monolog hatinya.

Sedang menyetarika pakaian itu, satu panggilan telefon masuk, dilihat di skrin.

Incall : Ummi Habibati

Mak telefon! Riang sedikit rasa dihati. Macam-macam topik dibualkan dengan bonda tercinta padahal baru dua hari lepas menelefon. Mak bertanyakan bila kan balik kerumah, kerana maklum mak mengetahui peperiksaan akhir sudah selesai dua hari yang lalu. Si Mujahidah mengkhabarkan insyaAllah tiada aral melintang lagi empat hari akan pulang kerana perlu menghadiri satu majlis sambutan hari keluarga beberapa hari lagi.

“Ok tak pe lah lagu tu, duk sana jaga diri molek, jangan sibuk nak bercinta bergewe pulok.” Pesan bonda dengan loghat pantai timurnya.

Allah! Tersentak si Mujahidah mendengarkan kalam itu. Sungguh umpama menusuk ke hati. Mak semacam mengetahui galau hati si anak. Apakah ini jawapannya ya Allah? Apakah ini alamat pada persoalan?

Namun keliru, keliru dan masih keliru, tetap juga bertamu.

Si Mujahidah ini, hampir 22 tahun dipinjamkan hayat oleh Allah. Selama jangka masa itulah dia tegar bermujahadah menjaga diri. Tidak pernah dia membenarkan mana-mana ajnabi menyentuh hatinya, sungguh dia bertegas dalam hal itu. Namun, pertemuannya dengan si Mujahid itu membuka ruang hati untuk diterima kehadirannya sebagai insan yang sedikit istimewa berbanding sahabat yang lain. Namun, untuk hal bertemu secara berdua sebegini sungguh mengelirukan jiwa.

Di pusing pengalaman sekian lama dalam bermuamalah, difikirkan apakah pernah dia berdua dengan mana-mana ajnabi secara bersendirian samada dalam apa-apa diskusi, liqa, mesyuarat dan sebagainya. Ditenung dan direnung, semacam tidak ada, yang pasti setiap pertemuan dengan mana-mana lelaki pasti ada sahabat muslimah yang turut menemani.

Lagi beberapa minit ke pukul sebelas. Al-Quran hitam kesayangan dicapai. Dilekapkan kedada, berdoa padaNya.

“Ya Allah, aku mohon petunjukMu”

Lalu dibuka Al-Quran tersebut lantas mata terpaku pada ayat 87 Surah Al-Maidah. Allahuakbar, Allah seolah berbicara dengannya.

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu haramkan apa-apa yang baik yang telah Allah halalkan bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas."

‘Benar, Allah halalkan hubungan persahabatan antara dua insan. Tapi jika melampaui batasnya akan membawa kepada haram, dan aku nampak seakan pertemuan ini sudah malampaui batas normalnya hubungan antara lelaki dan wanita. Ya, mungkin ini jawapan Allah, aku dapat simpulkan sendiri, itulah petunjuknya!’ si Mujahidah lantas bermonolog.

Dan iman pantas berbisik! Nyah kau nafsu yang licik!

Dalam keterpaksaan mengakui petunjuk itu. Si Mujahidah menghempaskan diri ke tempat beradu. Akalnya memaksa diri untuk tidur, mengharapkan masa pantas berlalu.

[Ana kat pondok kolej ni, enti nak turun ke tak?]

Mesej terpapar di skrin menyedarkan si Mujahidah yang lena dibuat-buat itu. Allahuakbar, jam menunjukkan lebih pukul 12 tengahari. Dan dia masih menunggu. Apa harus dilakukan? Hampir luluh jiwa tatkala itu, manakan tidak kekasih hati menunggu di bawah. Namun dikuatkan imannya. Pakaian yang bergosok dilihat sepintas lalu. Terus sambung tidur-tidur ayamnya sekadar memujuk hati.

Setengah jam kemudiannya SMS yang hampir serupa bertandang lagi.

[Ana kat pondok kolej ni, nak turun ke tak? Kalau tak ana balik]

Allahuakbar, Dia saja mengetahui resahnya ketika itu. Air mata usah dikata sememangnya menghujan, setia menemani seawal tadi.

Lantas, pakaian yang tersedia dicapainya, diganti dan bersiap. Bersiap untuk turun, bertemu si Mujahid. Namun jantung berdebar semakin kencang. Melangkah keluar dari pintu bilik menyapa anak tangga. Bangunan 4 tingkat itu satu persatu dituntun turun kebawah. Sesampainya di aras dua, dari kejauhan nampak pondok itu, dalam kerabunan mata tanpa kuasa cermin mata, samar-samar kelihatan si Mujahid duduk di bangku pondok tersebut. Allah, degupan jantung semakin kencang. Sampai di tingkat bawah sekali, si Mujahidah lansung tidak segera menuju ke pondok itu, tetapi melencong  ke bangku berdekatan tangga yang ada disitu. Duduk. Jantung semakin mengepam kencang. Apa harus dilakukan? Sungguh, dia tak mampu dalam keadaan begini.

Sedang berusaha menenangkan diri, satu SMS masuk menyentak si Mujahidah.

[Akak, saya on the way ke kolej ni, akak ada tak?]

Rupanya mesej dari adik junior. Beberapa hari lepas si Mujahidah ada membeli buku ilmiah darinya tapi masih belum berbayar. Jadi adik junior itu sukarela menawarkan diri untuk datang ke kolej untuk si Mujahidah membuat pembayaran.

Apakah ini lagi satu petanda, sememangya dia tidak sewajarnya bertemu si Mujahid? Jejari disentuh pada skrin, membalas SMS adik junior itu, namun Allahuakbar terketar-ketar jari sewaktu menaip mesej tersebut. Sejuknya tangan usah dikata. Debarnya masih belum henti. Perasaan apakah ini? Tetap diteruskan juga menaip.

[Ada, datang je dik]

Mesej adik junior itu dibalas.

[Ok, lagi 15 minit saya sampai]

Dibalas kembali.

Si Mujahidah teringat, dia lansung tidak membawa duit turun ketika itu lantas kembali memanjat tangga kembali kebiliknya di aras paling atas itu untuk mengambil duit. Dan kemudiannya berpatah balik turun semula. Sampai di aras dua, melalui surau. Hatinya terdetik untuk masuk kesitu. Menunggu saja disitu. Tatkala simpuh sempurna diletakkan satu lagi SMS masuk.

[Susah sangat ke nak balas mesej?]

Si Mujahid! Masih menunggu. Allah apa harus dilakukan?? Tidak henti si Mujahidah menyebut asma Allah, berzikir di dalam surau itu, mohon pada Allah ditenangkan hati. Jam menunjukkan hampir ke pukul 1 tengahari. Ini bermakna dari pukul sebelas tadi hampir dua jam telah berlalu. Hampir sepuluh minit bertapa disurau itu, lagi mesej diterima dari si Mujahid.

[Last ana tanya, nak turun ke tak? Kalau tak ana balik]

 Khali. Dibiarkan lagi mesej itu tanpa berbalas. Tidak lama sejurus itu berganti mesej adik junior.

[Akak, saya dah sampai, saya tunggu kat bawah]

Si Mujahidah melangkah keluar dari surau menyantun turun anak tangga. Terus berjumpa si junior. Membuka dompet dan segera melunaskan hutang.

“Akak dah makan? Jom makan dengan kita.” si junior mempelawa.

“Err, belum lagi dik, boleh juga, jom!”

Kemudian si Mujahidah bersama si junior beriringan ke kafe kolej untuk memberi hak pada perut yang kelaparan.

‘Ini pertolongan Allah, benar aku yakin Dia masih belum izinkan lagi pertemuan kami berlaku. Bukan ini masanya. Jika tidak masakan Allah hantarkan si junior ini bertandang. Aku yakin ketentuan Ilahi. Maafkanku Mujahid. Aku bukanlah sesiapa, kamu berhak untuk menentukan apa yang bakalan berlaku seterusnya. Namun tetap juga kuasa Allah itu tiada tandingnya. Mungkin getaran yang kurasakan dari tadi itulah getaran dosa. Astaghfirullahal ‘adzim.’ monolog akhir si Mujahidah..................... THE END



AnaFaqirah Indallah
2345
15012014


Tuesday, January 14, 2014

Cinta Kita Cinta Perjuangan



“Enti menangis..?” “Untuk apa ana menangis, bukankah akhi selalu pesan, jangan menangis kerana manusia.”“Habis, mata enti berair?” “Mata ana masuk habuk. Kebelakangan ni, selalu sangat mata ana ni berair.” Aku tersenyum.

Alasan ni dah lapuk sebenarnya, seingat aku semasa aku berumur 7 tahun. Aku sudah tidak percaya alasan ‘masuk habuk’ yang menyebabkan mata seseorang berair. Filem-filem Melayu yang mengajar aku.“Ana tahu enti menangis..” “Tidak…!! Tak faham-faham ke?!” Dia tiba-tiba membentak. “Oklah.. oklah.. mata enti masuk habuk. Ginilah, kapal terbang akan bertolak besok pukul 7.00 petang. Kalau enti nak hantar pun hantarlah. Kalau tak nak pun, kapal terbang tu tetap akan bertolak. Ana pergi cuma 2 tahun, tak lama..” “Insya-Allah ana akan hantar. Tapi kalau ana tak hantar pun, ana harap akhi tidak kecil hati. Ana takut berlalu fitnah. Maklumlah, kita bukannya diikat dengan ikatan yang sah lagi. Sekadar pertunangan…” “Pertunangan bukannya ikatan yang sahkah..?” “Bukan itu maksud ana, namun setidak-tidaknya ia kan boleh putus bila-bila masa sahaja. Sekali dihempas ombak, sekali pantai berubah..” “Pantai berubah kerana ombaklah tunangnya. Cuba jika bulan menjadi gerhana, atau matahari hilang sinarnya, berubahkah pantai?” Aku berfalsafah. Dan memang dia akan selalu kalah kalau beradu bahasa denganku. Temannya yang sering dibawa apabila berjumpa denganku tergelak kecil. Satu sokongan moral untukku. “akhi punya pasallah. Ana nak pergi. Jumpa lagi besok. Assalamualaikum..” Aku tidak menjawab salamnya. Bukankah menjawab salam dari seorang wanita yang bukan mahram hukumnya makruh?

*** “Ana tak setuju dengan pandangan ustaz!!” Seorang muslimah bangun membentak. Aii.. ada juga yang berani rupanya. “Bukankah demokrasi telah lama memperdayakan kita? Adakah Rasulullah SAW berjuang untuk mendapatkan kuasa baru dilaksanakan syariah seperti yang terdapat dalam hukum demokrasi..?” Dia berhenti seketika. Mengambil nafas rasanya. Ini baru kali pertama aku melihat dia bangun berucap di khalayak. “Kalaulah demokrasi boleh gagal di Turki, boleh gagal di Algeria, Kenapa tidak di negara kita? Ustaz bercakap terlalu yakin dengan demokrasi. Di mana pula komitmen ustaz terhadap pembinaan tanzim seperti yang diajar oleh Hassan Al-Banna dan Syed Qutb?”

Suasana semakin bising. Apabila seorang pembentang kertas kerja seperti aku ditentang di khalayak ramai, ia satu kejanggalan yang ketara. Sekalipun Dewan Badar ini sudah cukup sejuk, namun ia tetap ‘hangat’ pada malam ini. “Ana rasa ustazah sudah silap faham terhadap pandangan ana. Ana cuma ingin menyatakan, kadang-kadang demokrasi boleh digunakan untuk mendapatkan kuasa selagi mana diizinkan. Ciri demokrasi yang paling ketara ialah pemilihan pemimpin melelaui majoriti. Bukankah Abu Bakar sendiri dipilih melalui majoriti dan bye’ah? Bezanya, bye’ah dahulu dengan tangan, manakala sekarang dengan menggunakan kertas undi. Yang penting, kerelaaan!” “Baiklah. Cuma ana ingin bertanya, adakah ustaz berpandangan bahawa demokrasi ialah satu-satunya cara untuk memastikan kedaulatan Islam di bumi kita?” “Hmmm.. sehingga sekarang, ya. Kita masih boleh bergerak bebas, gunakanlah ruang yang ada sekadar yang termampu.” “Maaflah ustaz. Ana tidak mampu untuk bersetuju dengan pandangan ustaz.” Dia menamatkan ‘soalannya’ lalu mengambil tempatnya kembali. Aku terkasima sendirian.

***“Kau kenal dia Abdullah?” Aku memulakan pertanyaan yang sekian lama tertanam di dalam benakku. Abdullah berhenti menyuap nasi, memaku matanya ke wajahku. Sekarang aku nekad, sekurang-kurangnya aku harus mengenali orang yang begitu berani menongkah pendapatku di tengah khalayak. Suasana di restoran sup tulang yang biasanya sibuk dengan pelanggan malam ini nampaknya begitu lengang seolah-olah memberikan ruang yang cukup untukku berbicara dari hati ke hati dengan Abdullah. “Ini kali pertama kau bertanyakan soalan kepadaku tentang perempuan. Hai, sudah kau jualkah prinsip kau selama ini. Kau kan tak mahu menjadi hamba cinta?!” Memang hebat Abdullah kalau diberikan peluang untuk menyindir. Mungkin dia terlupa bahawa dia hanya menumpang keretaku untuk datang ke sini atau dia sudah bersedia untuk balik dengan hanya berjalan kaki. “Jawab soalan aku dulu..” “Rupa-rupanya, manusia berhati batu macam kau pun tahu erti cinta…” Abdullah belum puas lagi menyindir nampaknya. “Jawab soalan aku dulu..” Aku memohon untuk kali kedua. “Baiklah Muhammad. Aku tahu sejak malam tu kau sebenarnya ingin mengenali dia. Orang seperti kau ni Muhammad hanya akan ‘kalah’ dengan kaum yang spesis dengan kau saja. Maksud aku, yang boleh diajak berbincang tentang perkara-perkara yang kau minati yang kebanyakannya adalah membosankan!” “Jawab soalan aku dulu..” Aku ulangi permintaanku untuk kali seterusnya. “Ok.. dia, namanya kau sudah tahu. Seorang yang pendiam dan suka menulis. Menurut kakakku yang sebilik dengannya, dia ni sering bangun awal. Sebelum pukul 5 sudah di atas tikar sejadah. Bukan macam… “ “Aku? Hai.. kau ni silap tuju. Kau yang bangun lewat Abdullah.. ok, teruskan.” “Kalau kat asrama, dia ni suka baca Al-Quran, tak suka bersembang kosong, tak suka jalan-jalan dan banyak lagi yang dia tak suka..” Abdullah dengan selamba menceritakan segala-galanya. ‘Lagi.. negatifnya?” “Negatifnya.. banyak..” Abdullah tersenyum sejenak. Lalu menyambung, “Negatifnya.. pelajaran dia agak sederhana. Tapi bagi aku, itu tidak menjadi masalah. Cuma.. aku tak pasti adakah kau akan setuju dengannya jika aku menyatakan sesuatu.” “Apa dia..? Negatifkah.” “Tidaklah negatif sangat, namun bertentang dengan aliranmu. Dia terlibat dengan satu pergerakan… rahsia! Maksud aku, pergerakan yang memperjuangkan sesuatu yang tidak selari dengan undang-undang demokrasi.” “Gerakan militankah?” “Mungkin, namun aku tak pasti. Sebab aktiviti mereka terlalu rahsia. Kau mungkin maklum, manhaj mereka berasaskan semangat ‘hazar’ yang dididik oleh gerakan Ikhwanul-Muslimin. Ketaatan mereka kepada amir mereka melebihi ketaatan mereka kepada sesiapa saja.. termasuklah ibubapa mereka sendiri!!” “Sampai begitu sekali.. matlamat mereka?” “Sama macam kau, memperjuangkan Islam! Tapi mereka lebih praktikal. Mereka dilatih dengan marhalah-marhalah tarbiyyah mereka sendiri. Dan mereka menyintai syahid. Tidak macam kita rasanya, kita bercakap tentang Islam, tapi kita berehat lebih banyak dari bekerja! Dan kau jangan terkejut kalau mereka sebenarnya mempunyai hubungan dengan rangkaian peringkat nasional malah antarabangsa termasuk gerakan Hamas dan Briged Aqsa di Palestin!”
“Kalaulah.. aku memilihnya menjadi teman hidupku, adakah ketaatannya kepada jemaahnya melebihi ketaatan kepadaku sebagai suami?” Aku mengutarakan soalan bonus untuk Abdullah. “Aku pasti, dia akan memenuhi tanggungjawab sebagai isteri dan ibu. Namun kalau kau harap dia akan memecahkan rahsia gerakannya dan menderhakai bye’ahnya kepada jemaah, lebih baik kau bercinta dengan bulan sahaja!”

***Aku tidak tahu Kenapa aku harus memilih dia. Dia bukanlah yang tercantik di bumi ini. Aku pasti. Tidak juga yang terkaya. Jauh sekali dari yang terbijak di dalam pelajaran. Namun aku yakin, dia yang terbaik untukku. Ciri-ciri muslimah sejati terserlah ketara pada dirinya yang membuatkan diriku terasa tenang sekali apabila memandangnya. Langkahnya yang teratur dan pandangannya yang dijaga adalah benih-benih keimanan yang terserlah dari hati yang dididik dengan ketaqwaan. Tapi persoalan yang dibangkitkan oleh Abdullah membuatkan aku termenung sejenak. Bolehkah aku hidup dengan orang yang berlainan aliran perjuangannya denganku. Bahagiakah aku? “Ustaz sudah fikirkan masak-masak..?” “Bukan setakat masak, ana rasa sudahpun rentung. Cuma bagi pihak ustazah, adakah ustazah setuju menerima ana. Maksud ana, dengan segala kekurangan yang ana miliki.?” “Ustaz orang famous. Siapalah ana. Ana rasa tak layak sebenarnya.” Dia merendahkan diri namun dalam intonasi suara yang masih terkawal. “Ini bukan soal famous atau tidak. Sekurang-kurangnya, sebelum ana ke bumi ambiya’ ana sudah mempunyai ‘ikatan’ di sini. Dan ana memilih ustazah yang ana yakini boleh menjadi ibu kepada anak-anak ana nanti.” Aku berterus-terang. Dari mana datangnya kekuatan untuk berbuat demikianpun aku tidak tahu. “Ustaz tidak main-mainkan ana?” “Hanya orang yang tidak ada perasaan sahaja yang sanggup main-mainkan perasaan orang lain.” “Jemputlah ke rumah, jumpa dengan ibu ayah ana..” Dia terus mematikan talian telefon. Pantas dan cepat. Kak Yang yang aku tugaskan untuk menjadi ‘perisik’ku memang sudah memberikan amaran kepadaku, orang ini jarang sekali bergayut di telefon apatah lagi dengan lelaki bukan mahramnya.

***Sudah lima bulan aku di bumi ambiya’, suasana pembelajaran di sini jauh lebih mencabar dari yang kuperolehi di bumi Malaysia. Benarlah kata orang, bumi ambiya’ ini mengajar kita berdikari. Hilang seketika soal cinta dari benak fikiranku. Namun kekadang bayangannya tetap mendatangi ruang mata terutama ketika aku merebahkan badan. Namun seperti yang sering kutegaskan padanya.. “Mungkin cinta ana pada enti sudah cukup besar, namun cinta ana pada ilmu dan juga kepada Allah jauh lebih besar..” dan dia akan terus menyambung, “Mungkin ketaatan ana pada akhi cukup dituntut, namun ketaatan ana pada perjuangan dan jemaah lebih-lebih lagi dituntut..” Dan biasanya aku akan ‘cemburu’ dengan kata-katanya. Namun akan terus kubisikkan kepada diriku, bukankah dia taat kepada perjuangan dan Kenapa aku harus cemburu. Dia juga berjuang dan perjuangannya juga kerana Allah. Cuma, apa yang menjadi rahsia ialah langkah-langkah pergerakannya yang sehingga kini masih menjadi misteri bagiku. Hari itu, selepas menadah kitab Al-Umm dengan seorang senior di Rumah Melayu. Aku bergegas ke Cyber Café yang menjadi rumah ‘kedua’ku. Ku buka laman web Utusan o­nline, satu tajuk berita yang cukup menarik perhatianku, “SEORANG WANITA MALAYSIA TERLIBAT DALAM SERANGAN BERANI MATI DI TEL AVIV’ Ku tinggalkan seketika pelayar web tersebut apabila satu lagi pelayar web menunjukkan mesej : “you have 1 unread message’ namun jangkaanku meleset apabila inboxku hanya dihiasi dengan e-mail dari Abdullah dan bukan dari si dia yang kunanti-nantikan. “Muhammad, kau apa khabar? Muhammad. Aku ada satu khabar penting. Aku harap kau tidak terkejut. ‘Dia’ yang kau amanahkan padaku untuk ‘tengok-tengok’ telah diperintahkan bersama-sama kawan-kawannya untuk ke Palestin membantu Gerakan Briged Aqsa melakukan serangan istisyhadiah ke atas Israel. Ini kerana rakyat Malaysia yang memasuki Israel tidak akan diysaki apa-apa kerana dianggap sebagai pelancong. Muhammad, kau lihat tajuk berita hari ini, wanita yang terkorban dalam serangan istisyadiah itu ialah ‘dia’, tunang kau yang kau perintahkan untukku menjaganya. Maafkan aku Muhammad..!!” Serta merta ku teringat panggilan telefon darinya beberapa hari yang lepas, “akhi, kalaupun cinta kita tidak bertaut di dunia, biarlah ia bertaut di syurga. Kerana cinta kita ialah cinta perjuangan..!!” Seterusnya. Aku rebah dari kerusi dan kudapati alam di sekelilingku gelap gelita! - TAMAT –


Inilah cinta kita...cinta mereka yang inginkan cinta Allah..cinta yang tida taranya..cinta yang mengatasi segala apa di dunia..cinta syahid yang membara..cinta bertemu di syurgaNya...inikah cinta kita?...tepuk selera tanya iman di dada..


Saturday, March 9, 2013

Volunteer Zoo Negara

Bismillahirrahmanirrahm...
Assalamuaalaikum wbt..
Salam seharum kasturi, sejernih embun, dan sesegar buah yang meranum..
Allahumma sholli a'la saidina Muhammad wa a'la alihi saidina Muhammad..
selawat dan salam ke atas junjungan besar baginda Rasulullah s.a.w..m.. Moga-moga kita antara ummat yang terpilih yang mendapatkan syafaat baginda di Hari Pembalasan kelak,ameen..

Andai adanya bumi, pasti adanya langit, adanya laut pasti adanya pantai..
adanya pesakit wujudnya hospital, adanya penjenayah maka tertubuhnya balai polis..
Justeru wujudnya haiwan yang bermacam-macam rupa, bentuk dan spesies wujud jugalah zoo..
Gembiranya kali ini nak ana kongsikan, pengalaman yang sangat menarik menjadi volunteer di Zoo Negara..


Program Khidmat Bakti yang disertai lebih kurang 70 orang peserta ini dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Kelantan (PMKUM) . Hanya dengan RM 10, bayaran untuk makanan dan pengankutan ana berjaya sampai disana. Lebih kurang 8.30 pagi kami bertolak dari UM ke Zoo Negara.. Kurang sejam perjalanan kami tiba.. Zoooo, I'm coming!!

i'm here..

 Daripada 70 orang tu, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan.. Setiap kumpulan dihantar ke zon-zon tertentu yang akan di guide oleh zookeeper masing-masing.. Alhamdulillah, bertuah rasanya ana dan 2 sahabat yang lain, Kak Cik dan Mira ditempatkan di zon karnivor. Yang sedia kita maklum, binatang karnivor ni adalah haiwan-haiwan yang hanya memakan daging, means bukan tumbuhan lah kan? Bersama kami 2 orang pak cik zoo keeper yang sangat baik dan ramah , Pak Cik Jamal dan Pak Cik Rahim.. Sepanjang hari itu, macam-macam yang dikongsikan tentang binatang,tentang zoo malah tentang isu semasa Lahad Datu dan PRU-13 pun ada skali. Kata pak cik Jamal, Zoo Negara  yang keluasan lebih kurang 64 hektar ni ditubuhkan pada tahun 1961 dan dirasmikan pada tahun 1963..Agak lama kan? dan memang sangat luas.. Katanya p.cik Jamal lagi, kalau nak betul-betul melihat seluruh kawasan zoo ni, masa sejam tak kan cukup. Kata Pak Cik Rahim plk, ana orang kedua yang berpakaian macam ni menjadi volunteer di sini.. Yaa, kita buktikan, berpurdah bukan penghalang untuk muslimah melakukan aktiviti kemasyarakatan (err.. kehaiwanan kot) sebegini..
.
dihadapan kandang cheetah

 Makanya the first place ana dibawa,cuba teka dimana?? ..jeng3..

helo cute! i'm syu =) nice to meet u

Nampak tak?binatang apa tu? yeahh..that cheetah.. comel kan?hee.. Kerja pertama kami pada pagi tu, bersihkan kandang si comel ni.. Kami dikehendaki mencakar daun-daun kering yang gugur di sekitar kandang harimau bintang ni.. Hee, jangan panik, cheetak pada waktu ni dikurung di dalam sangkarnya.. Sedang membersihkan kandang tu memeng nyata dengar lah haiwan-haiwan ni mengaum..terasa dekat ja, terasa macam kat dalam hutan apa pun ada.. nice experience! Ada kat situ time tu si cheetah kat atas tu sekor, yang hitam sekor dan yang koko saja bersama anaknya, baru lahir beberapa bulan..sangat comel.. Semuanya ada nama masing-masing..

Nama-nama si belang..siap dgn tarikh lahir..dan tarikh mati klau yg dah mati..
Tarikh suntikan vaksin pn ada skali..hee
.

cheetah ade kat sebelah tu ja..

Selesai disitu, kami dibawa ke kandang rusa plk (err,rusa herbivor kan? entah kenapa,katanya zon karnivor..tdk bertanya plk) tak mengapalah.. Sama jgk kat sini kami membantu memebrsihkan kawasan sekitar kandang rusa ni, membersihkan sisa-sisa daun kering dan rerantingyang menjadi makanan sang rusa semalam. Agak luas kandang rusa ni, ia terbahagi kepada dua site, side depan didiami rusa-rusa liar saide yang belakang didiami rusa-rusa jinak. Liar sang rusa ni bukanlah bermaksud mereka membaham orang, tetapi mereka takut untuk datang dekat dengan manusia.. Sempat ambil gambar dari kejauhan ja degan rusa liar ni.. Faktanya, rusa liar lagi comel dari rusa jinak,sebab rusa liar ada bintik2 putih, rusa jinak ada satu tone colour ja..hee..

rusa2 liar..pi dakat sket dah lari..

Selesainya membersihkan kawasan kandang rusa, kami kembali ke tempat rehat zon karnivor. Dalam perjalanan balik ke bilik rehat zon, kami dibawa Pak Cik Jamal melalui jalan shortcut.. Jalan yang melalui hutan dan kandang tapir.. Makanya sempat juga kami bermesra dengan si tapir 2 ekor ni dengan dekat.

tapiraini( 2 ekor tapir) yg cute

Rupanya, rumah rehat tu dekat dgn kandang harimau belang, patutlah bunyi semcam ja.. Alkisahnya si belang tu ada dekat,haihh.. Pak Cik Jamal membawa kami ke kandang harimau kerana katanya kita perlu menolong anak-anak harimau yang akan disuntik hari ini.. Sampai disana kami menolong membersihkan kandang harimau tu dulu, menyental , menyabun dan membilas kandang yang baunya agak 'best'..huu..

(time ni nk luruh jantung, kuat bebenor sang belang mengaum).

Kemudiannya datanglah 2 orang doktor wanita (terasa sangat kagum dgn 2 org akak doktor ni, sangat2 berani berkerja dgn si belanng) ..Kami bertuah pada hari tu kerana dapat menyaksikan anak-anak harimau belang seramai 4 ekor mendapat suntikan vaksin oleh doktor. Anak harimau ni dimasukkan ke dalam satu sangkar secara berdua. Masuk ja harimau tu kedalam, sangkar dirapatkan sehingga anak2 harimau tu tak dapat bergerak.. Jadi daptlah akak doktor tu suntik si belang di bahagian badannya.. Hmm, mudah ja, ingtkn susah sgt.. Yg susah sedikit masa nak panggil harimau2 tu masuk kandang, degil betul..bab bunyi tak usah cakap lah.. rasa dah macam kt perkampungan harimau..mengaum guna highest volume..huu

Kemudian kami kembali ke kandang cheetah untuk membersihkan kawasan dalam kandang tu plk..
Kami kena menyental,menyabun dan membilas tempat tidur cheetah. Selain tu kami dikehendaki memenuhkan air minuman san cheetah dan membasuh bekas makanannya.

Selesai di kandang cheetah, kami dibenarkan berehat lebih kurang 2 jam.. Dalam waktu rehat tu, kami isi waktu untuk melawat sekitar zoo negara.. Pelbagai haiwan yang bermacam spesis, jenis, warna dan rupa.. Ada buaya, zirafah, gajah , orang hutan ,beburung, arnab , penguin, kambing, lembu dan macam-macam lagi lah.. Sangat comel.. ana tercari-cari jgk binatang kesukaan ana,si frogie.. tak diketemui.. yang ada cuma ...
patungnya saja..hmm,xmengapelah..

Pukul 2 petang, kami dikehendaki kembali ke kandang cheetah..
Tugasan yang paling best, bilamana kami sekali lagi dibawa ke kandang rusa.. tapi bukan untuk mencuci, tapi memberi rusa-rusa itu makan. Pak Cik Rahim siap pesan bawak kamera, nanti boleh bergambar scene bagi rusa makan..hehe.. Rusa-rusa ni benarlah memakan tumbuh-tumbuhan, ada pisang,sayu2an seperti kobis dan kacang panjang..dan tidak ketinggalan ada juga dedak rusa.. Kami dikehendaki memikul daun- dan rumput2 masuk ke dalam kandang rusa yang jinak. Untuk rusa liar kami hanya meletakkan di tengah kandan dan mereka datang sendiri memakannya. Di kandang rusa jinak, kami berpeluang memberi rusa-rusa tu makan. best sgt, rusa2 tu makan makanan atas tangan kita. 

hi..selamat berkenalan..dodie..

real air tangan..

Selesai bagi rusa-rusa yang jinak dan comel tu makan, maka habislah tugas kami sebagai sukarelawan zoo negara pada hari tu. Sempat tangkap gambar pak cik -pak cik zookeeper yang tak jemu melayan karenah kami yang memeningkan, tak penat menjawab macam2 solan kami.. Pak cik zookeeper yang sangat osem dan baik. 

our carnivor zone tema members yg sgt osem..

Inilah team kami.. team zon karnivor yang best.. kehadiran adik chinese 2 org tu semakin menggamatkan suasana.. Chu Peng yang tak pernah berhenti bercakap, memang riuh perjalanan kesukarelawan kami. Kata Pak Cik Khairolnizam (sorang lagi zookeeper, merangkap cameraman kami) nasib baik korang ni ditempatkan di zon karnivor ni, kalau kena kat zon burung memang kena hamabt balik la sebab bising..hehehe
Trima kasih pak cik-pak cik zookeeper atas bantuan ,tunjuk ajar dan pengalaman best ni..
Alhamdulillah...

xdapat jumpe froggie, dapat beli keychainnya pn jadilah..

Terima kasih jg pada pihak PMKUM yang berjaya bawa kami ke sini..
Tahniah dan syabas!!

Volunteer muslimat
Volunteer muslimin

Alhamdulillah...

Maksud firman Allah:


Apakah mereka tidak melihat kepada unta bagaimana ianya diciptakan. Dan langit bagaimana ia ditinggikan. Dan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan. Dan bumi bagaimana ia dihamparkan?(Surah al-Ghasyiah: 17-20)

Sungguh ciptaan Allah itu Maha Indah dan Hebat.. sangat rugi kita sebagai hamba tidak menggunakan sisa-sisa umur yang yang diberikan oleh Allah untuk mentadabburkan keindahan ini.. Sungguh ketelitian terhadap alam ini semakin mendekatkan sang hamba dengan Sang Rabb..
Allahu rabbi.. kutitipkan pengalaman berharga ini ke arah wasilah untuk semakin dekat dan selalu mengigatiMu..ya Allah..