Aku, dia dan mereka.

Monday, November 7, 2011

Musafir Cinta Ilahi


Dr.Cinta Punye Belog~

Bila bukan aku yang tertulis untuk melengkapkan separuh dari agamanya,maka jarakkan kami agar tidak timbul rasa yang mengundang kecewa~

Sunday, November 6, 2011

Angry Bird

Angry Birds




salah satu game yang paling 'legend' antara semua game-game apps Apple
yang dimain oleh aku sehinggalah tokoh agama seperti Ustaz Hasrizal
semuanya suka bermain game ini
tidakkah anda pernah tertanya-tanya?
Kenapa?
Apa yang best sangat game ni?
Cam simple je, game berkaitan burung-burung yang marah kepada babi-babi berwarna hijau yang mencuri telur mereka
sedar x kita...
jawapannya sebab....



Angry Birds....
dipenuhi dengan nilai-nilai dan prinsip-prinsip sebuah gerakan Dakwah Islamiyah

1) Jihad dan Tadhiyyah (Pengorbanan)
antara ciri yang paling power pasal Angry Birds ni, sebab burung-burung yang marah tu semuanya sanggup berkorban
menyerahkan jiwa dan tubuh mereka untuk mencapai matlamat mereka
iaitu menghapuskan babi-babi hijau yang suka tersengih jika masih hidup di akhir permainan
mungkin yang merah, biru dan hijau hanya sanggup mencederakan diri sendiri
tapi bagaimana dengan yang hitam dan putih?
yang hitam sanggup meletupkan dirinya sendiri!
yang putih pula?
sanggup mengorbankan anaknya!
itu bukanlah satu pengorbanan yang senang
menghantar anak yang masih dalam telur ke medan jihad
segala-galanya untuk mencapai satu matlamat
menjatuhkan tembok-tembok jahiliyah yang kukuh, untuk menghapuskan babi-babi hijau itu selama-lamanya... terutamanya ketua mereka yang memakai mahkota emas

"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin itu diri mereka dan harta mereka dengan memberikan kepada mereka syurga..."
(At-Taubah 9:110)

2) Amal Jamaie
dalam nak meruntuhkan tembok-tembok jahiliyah yang begitu kukuh
burung-burung yang marah itu tidak bertindak secara berseorangan
malahan mereka tidak akan mampu meruntuhkannya jika bertindak secara berseorangan
maka mereka bersatu, bersatu tenaga mereka, bertindak secara berjemaah
untuk meruntuhkan tembok-tembok jahiliyah itu

3) Tanzim (organisasi) yang tersusun
tapi adakah diorang main langgar je sape yang serang dulu?
tidak
diorang sedar setiap burung mempunyai kemampuan dan semangat pengorbanan yang berbeza
setiap burung mempunyai isti'ab (penguasaan) yang berbeza
jadi diorang susun
sape pergi dulu, lepas tu sape pergi dulu
kenapa?
sebab Saidina Ali mengatakan

"Kebatilan yang tersusun akan mengalahkan kebenaran yang tidak tersusun"

4) Gerak kerja yang Muntijah (berhasil)
bagaimana pula cara diorang susun sape yang pergi dulu dan sape yang pergi dulu?
diorang susun dengan menilai
bagaimanakah cara yang paling muntij dan cepat untuk meruntuhkan tembok jahiliyah itu
maka setiap orang yang mempunyai isti'ab yang berbeza, berfokus kepada kelebihannya
yang reti potong kayu pergi serang kayu
yang boleh hancurkan batu pg hancurkan batu
dan menjadi tanggungjawab kita pula, sebagai qiyadah (ketua) mereka
untuk detect, apakah kelemahan musuh kita
dan dengan segala kekuatan serta isti'ab jundi (tentera) yang berbeza-beza
bagaimanakah kita ingin menyusun strategi
untuk mencapai ustaziyatul alam
eh silap
untuk mengalahkan babi-babi hijau tadi dengan tenaga yang paling sikit, dan masa yang paling cepat

5) Taat
dan sebagai qiyadah
perkara yang paling menyenangkan hati kita dan meneruskan semangat kita untuk berjuang
adalah kalau kita suruh burung-burung marah itu menyerang ke atas, maka dia akan pergi ke atas
dan kalau ke kanan, maka dia akan pergi ke kanan
pasti tidak ada orang yang nak main
dan selama-lamanya babi-babi hijau itu akan gelak terkekeh-kekeh
jika qiyadah suruh serang ke kanan, dia pergi melayang ke atas

6) Ukhuwah
lastly
kena faham
bahawa ukhwah burung-burung yang marah itu sangat kuat
itulah teras dan tunjang utama kekuatan diorang
mereka sedih, marah, apabila saudara-saudara mereka dicuri telurnya
mereka merasai penderitaan saudara-saudara mereka
kerana sesungguhnya burung-burung yang berwarna itu bersaudara
seperti mana kita umat Islam bersaudara
jika salah satu daripada saudara kita sakit/derita, kita turut merasakan penderitaannya
dan kita akan berusaha untuk menyelamatkan saudara kita
daripada musuh yang nampak di dunia
dan juga musuh yang tidak nampak
yang menarik kita ke api neraka
kenapa?
sebab kita menyayangi saudara kita
sesungguhnya dakwah ikhwanul muslimin itu adalah berteraskan dakwah kasih sayang
kerana cinta kita kepada Islam dan Umat Islam
tidak akan wujud game Angry Birds
jika tidak ada ukhwah di kalangan mereka
begitu juga tidak akan wujud gerakan Islam
malahan mustahil akan menang gerakan Islam
jika tidak wujud ukhwah dan muhibbah antara semua umat Islam

"Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan. Dan engkau melihat manusia berbondong-bondong memasuki agama Allah. Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampunan kepadaNya. Sungguh, Dia Maha Penerima Taubat"
(An-Nasr 110:1-3)
sedarlah....
pertolongan Allah tidak akan datang jika tidak wujud ukhwah dan kesatuan di kalangan umat Islam
dan prinsip kepada kesatuan itu terletak pada Usul 20 oleh Imam Hassan Al-Banna
semua yang korang baca tadi
adalah pengajaran daripada Angry Birds
tapi ada satu lagi pengajaran yang tersirat
iaitu jika kita melihat dunia ini dengan perspektif Islam yang jernih
kita akan memasuki sebuah dunia yang berbeza
dan kita akan mampu melihat apakah masalah umat Islam sebenarnya, sehingga mereka tidak mampu menang-menang lagi sampai sekarang...



"Ukhuwah Teras Kegemilangan"
~copy paste dri shbt kpd shbt..~ same2 jdkan iktibar~ ^_^

Thursday, November 3, 2011

Kembalilah Bersamaku..

Sahabat...yang kurindu...
Amat-amat ku rindukan untaian kemesraan kita,
Kurindukan jalinan rabithah kita,
teramat kurindukan kasih dan sayang kita..
pernah kita kecapi dulu..
kita begitu dekat..
Rahsia hati sering dikongsi bersama,
Resah dijiwa kita sering berpadu,
Kebahagiaan dan kegembiraan mengukuhkan ikatan nurani kita..

Sahabat yang kusayangi di atas jalanNya...
Pernah suatu ketika dulu,
ku menangis di pangkuanmu kerana kisah dukaku,
pernah juga suatu ketika dulu,
kita mengorbankan saat lena kita,
berkongsi memori suka dan duka,
dan pernah suatu ketika dulu,
dikaulah yang duduk disisiku di saat insan lain berpaling..

Aku merinduimu..
amat mrindukanmu..
sahabat yang kusayangi..
Tapi kini...??mengapa jadi begini..?
dikau diam seribu bahasa,
dikau berpaling tatkala bertentang mata,
dikau berlalu tatkala mendekati..
Apakah khilafku?insan yang lemah..
apakah salahku dimatamu?
apakah dosaku,ku buntu duhai sahabat?

Makanya,..
ku memilh jalan..mengikut rentakmu,
bukam membisu tatkala bersua,
melangkah pergi tatkalamu kembali,
berlakon dipentas sunyi,bersama bermonolog di tinta hati..

Namun,
tatkala lokonan itu mampu ku tamatkan,
aimata terlerai menimpa wajah,
mengalir hangat bersama hati yang pasrah,
Ya Allah...
ku tak merelakan semua ini,
tapi ku tak sanggup tetap dengan melodi drama,
penuh dengah kepura-puraan..
kerna ku tahu,dirimu sahabat merasakan yang serupa..

Sahabat,benar dulunya tingkah ku tersasar,
banyak membuatmu tersalah sangka,
sikapku memancing murka ilahi,
seringkali mencipta kesangsianmu,
tapi ingin ku kongsikan padamu,
aku mencari cahaya,menyucikan hati yang dikotori,
dan aku memerlukanmu bersama,untukku bermuajahadah,
ku pinta sahabat,hentikan prasangka itu,aku sudah merdeka,
merdeka dari taklukan dunia itu..

Sahabat..sahabat..sahabat..
setiap detik iringan munajatku dimalam yg sepi,
tidak pernah lekang dari mengungkap namamu,
Ya Allah..
kembalikan rabithah kasih kami,
kembalikan memoir indah oersahabatan kami,
kembalikan insan yang tegar jiwanya dimedanMu bersamaku,
tetapkan hati kami di atas jalanMu menegakkan ad-deenMu
oh sahabat...

Amat2 kurindui,
dikau yang pernah berbaiah bersamaku di jalanNya..
tatkala pena melakarkan isi hati ini,
sekilas kuterpandang wajah ketenaganmu,
lena diulit tiupan angin petang,
tanpa kusedari,titisan jernih lagi!menyentuh pipi,
hati sebak kelu bersendirian,

aku teramat merinduimu,terlalu merinduimu,
ingin sekali memelukmu dissat ini memadu sayang nan pudar,
mengucup pipi menyemai kasih yang kian menghilang.



Ya Allah,bisakan kemesraan kami kembali???
atau apkah kan ku terus keseorangan berharap,
akan adanya mukjizat yang mendamaikan
kegersangan hubungan ini..

Ya Allah..
Aku merindui sahabat sehidup sematiku dijalanMu!!
kembalikandia bersamaku..
ku tunggu sahabat.......

Untuk insan yang kugelarkan sahabat fillah,bilamana mataku skali lagi ingin tertutup,sungguh betapa ingin aku lafazkan betapa aku telah berdosa padamu...ingin aku zahirkan padamu betapa sebenarnya aku tenang disisimu,ingin sekali kuluahkan betapa aku beruntungnya memiliki teman sebaikmu,
betapa bersyukurnya punya sahabat seikhlasmu,betapa aku beruntung kerana dipilihNya untuk bertemu denganmu,ditakdirkan sebumbung denganmu dalam perjalanan hidup di kota metropolitan ini...
Hakikatnya, hamba yang lemah seringkali mengeluarkan nista yang menyakitkan hatimu,sering juga ku tersasar membuatmu tersalah sangka..Adakalanya aku tak sedar  bahawa ada airmatamu menitis kerana keegooan diriku,
tapi...
aku minta duhai sahabat,ku mohan teman,jangan biarkan aku keseorangan di jalan berliku ini,kerana aku sangat memerlukan sahabat sepertimu...~maaf atas segalanya..


Friday, October 28, 2011

Hanyalah Hamba

 Termenung aku mengimbau masa lalu,
Mengamati rentetan kehidupan,
Mencari secangkir sinar keluhuran,
Buat bekalan di akhir penantian masa.
Menapak aku di bumi-Mu ini dengan penuh leka,
Lalai aku dalam menunaikan tanggungjawab,
Aku cuba bertahan di pasak kesabaran,
Tetapi rapuh dihempas taufan kehancuran.
Setiap detik yang mendatang menyentap benakku,
Mampukah aku meneruskan perjalanan,
Meredah belukar kebal duniawi,
Agar aku bertahan sehingga ke laluan kemanisan ukhrawi.
Ya Allah yang Maha Mendengar,
Berikanlah aku cahaya petunjuk-Mu,
Pandulah aku yang masih buta di dalam cahaya,
Masih teraba-raba di laluan yang rata.
Ampunkanlah segala dosaku Ya Rabbi,
Hanya Engkaulah yang Maha Pengampun,
Kurniakan aku kemanisan Cinta-Mu,
Agar aku diizinkan mencium haruman syurga-Mu.

*seusai subuh,2zulhijjah


Wednesday, October 26, 2011

Berhusnu Zhon dengan Allah

Assalamualaikum sahabat-sahabat blogger..
moga dalam Rahmat dan redho Ilahi,insyaAllah..

Secebis cerita ingin dikongsi yang diharapkan bisa menjadi peringatan bersama..
Semalam,sedang ana kenyenyakan tidur setelah beberapa jam menghadap buku-buku pelajaran persediaan menghadapi final exam yang sedang berlangsung,tiba-tiba mendapat panggilan telefon..daripada seorang sahabat,sekelas dibangku sekolah dahulu.

Ana : Assalamualaikum Nur(bkn nama sebenar)
Nur : Waalaikummussalam,syu! hmm,ada no.fon stesyen bas KB x?
Ana : Stesyen bas KB?hmm,xde lah Nur..stesyen machang adelah,knp?
Nur : Nur tertinggal ke terjatuh barang atas bas masa perjalanan balik kampung td..hmm,mcamane ni..sedih
Ana : macamni, Syu bagi no.fon stesyen bas Machang,nanti nur kol kt sana dan mintak no.fon stesyen bas KB,ok?
Nur : Ok,nanti Syu text ya...
Ana : InsyaAllah,sabar ye Nur..

Setelah memutuskan panggilan dengan segera ana menghantar sms no.telefon pejabat syarikat stesyen bas Machang (tempat kerja abah ana) 09-9751122 yang sememangnya lekat di kepala.

Beberapa ketika :
1 message receive from Nur : TQ syu

Keesokannya harinya,seusai subuh dan sekembalinya ana dari surau kolej, bunyi teriakan telefon menandakan ada mesej masuk..
1 message receive from Nur  : Syu,kaunter pejabat stesyen bas buka pukul brapa?
1 message reply to Nur : Syu pun xpasti,dlm pkul 8,9 kot
1 message receive from Nur : Ok,thanks Syu..
1 message reply to Nur : Nur,ape je yg tertinggal lm bas tu?
1 message receive from Nur : Broadband je,tp modem dy yg mahal pnya,sayang sgt2
1 message reply to Nur : Tu la,laen kali beli yg murah2 je,hehe

Selang beberapa jam kemudian sahabt ana kembali menghantar berita tentang nasib broadband kesayangannya..

1 message receive from Nur  : Syu,xde =(
1 message reply to Nur : Yeke?masyaAllah,sabar ye Nur,InsyaAllah,myb Allah nk gntikn dgn benda yg lebih baik,husnu zhon dgn Allah ya..
1 message receive from Nur  : Sdeh sgt2 Syu,Nur syg sgt2 broadband tu,hmmm
1 message reply to Nur : Hmm,da nk wt cne,sabar ye Nur syg,ada hikmah smua tu
1 message receive from Nur  : Hmm,Nur slalu bnasib malang..hari tu hilang i/c
1 message reply to Nur :  Ish Nur jgn ckp mcm tu,dah mmg xde rezki..hbs tu dpt blik ke i/c tu?
1 message receive from Nur  : Dapat,ad org pos ke rumah,tu pn lps dh dibuat i/c baru..rugi sgguh

(maka adegan sms kami pun berlanjutan hingga ke penghujungnya dgn salam pengikat ukhuwwah)


Sahabat-sahabat yg disayangi,
sedar tak sedar kita selalu berburuk sangka dgn Allah kan?selalu bersalah sangka dengan takdir qada' dan qadar Allah SWT yang tlh ditentukan..
Ditimpa sedikit bala dan musibah terus mengungkapkan kata-kata penyesalan,kata-kata nista dan sebagainya..
*Allah mmg xsayangkan aku
* Aku memang bernasib malang
*sial,cilaka dan seumpamanya
(nauzubillah mg kt terhindar dr perkataan2 yang tidak elok seperti itu)

Tetapi itulah hakikatnya,
sejauh mana keyakinan kita terhadap ketentuan Allah SWT,dengan qada' dan qadar yg telah ditentukan olehNya?
Setiap apa yang berlaku itu pastilah ada hikmahnya,hikmah penuh kerahsian yang pastinya allah sahaja yang tahu..
Mana tahu,dlm kegembiraan kt memperolaeh sesuatu keuntungan rupanya ada kesusahan yang telah direncanakan pada penghujunhnya..Dan boleh jadi juga kesusahan yg tertimpa sehingga kt merasakan ama-amat tidak mampu untuk membebaninya,kemalangan yg berlaku tanpa diduga,dan kehilangan yg sukar untuk kt redha akannya barangkali ada kebahagiaan dan kesenangan yang tidak terduga telah dijanjikan di pengakhirannya..
maka,berhusnu zhon,bersangka baiklah dgn Allah..


Wallahua'lam..
Maha Suci Allah atas stiap sesuatu



Friday, October 21, 2011

Tinta Pena


•Ù •●❤ Jika aku ditakdirkan MATI muda, aku harap agar segala bentuk PENULISANku mampu memancing RAHMAT Ilahi, dan bukannya DOSA yang diwariskan..

˙•Ù •●❤ Jika yang ditulis itu BERMANFAAT, maka baginya PAHALA yang bertimpa-timpa. Tapi jika yang ditulis itu punca DOSA, maka ia akan berakhir dengan punca SESAL tanpa hujungnya..

˙•Ù •●❤ Garapkanlah larian PENA dengan TAKZIM..Moga harga aksaramu ialah SYURGA..


5 Slogan Tokoh yang Menggoncang Dunia

As-Syahid Imam Hassan al-Banna ( Pengasas Ikhwanul Muslimun)
As-Syahid Syed Qutb ( Pengaruh Tafsir fi Zilal karangan menggerunkan musuh seluruh dunia)


Doktor Yusoff al-Qaradhawi ( Pengarang Fiqhul Aulawiyat)


Syeikh Mustafar Masyhur ( Jenazahnya diiringi oleh 500ribu manusia)


Doktor Fathi Yakan ( Kitab Maza Ya'ni karangannya menjadi panduan pejuang islam)


As-Syahid Syeikh Ahmad Yassin ( Pengasas Gerakan HAMAS di Palestin)


Syeikh Abdul Qadir Audah ( Aktivis Ikhwanul Muslimun)


Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ( Pengaruh dakwahnya memberi kesan kepada non-muslim di Malaysia)

Slogan mereka ringkas, tepat dan padat iaitu:

1. Allahu Ghayatuna ( Allah matlamat kami)

2. Ar-Rasul Qudwatuna (Rasulullah teladan kami)

3. Al-Quran Dusturuna (Al-Quran panduan kami)

4. Al-Jihadu Sabiiluna (Jihad jalan kami)

5. Almautu fi Sabiilillah asma amanina ( Mati di jalan Allah cita tertinggi kami)

Dengan 5 slogan ini sahaja mereka mampu menggoncang dunia tanpa kita sedari

Lebih dari itu musuh-musuh islam begitu takut dan gerun dengan perjuangan mereka

Benarlah firman Allah dalam surah Al-Ahzab ayat 23 yang bermaksud:

"Di antara orang-orang mukmin itu ada yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah. Dan ada di antara mereka yang gugur (syahid) dan ada pula yang menunggu-nunggu (janji Allah) dan mereka tidak sedikit pun mengubah janji mereka"
Semoga kita juga tergolong daripada kalangan mereka..

Takbir!!