Aku, dia dan mereka.

Friday, October 14, 2011

Pesona Cinta


Kau siramkan wangian mawar putih
Kepada sebuah kenangan yang layu
Bisakah merubah detik-detik yang berlalu
Dari sekadar impian yang kaku

Jiwa terpaut menyaksi
Seribu pengorbanan dihulur
Cinta kasihan bersemi
Mengagung tak disedari
Diimpi tak pasti
Mengharap tak mendakap
Kesetiaan dijunjung
Rupanya tak ke hujung

Lilin yang menyala membakari dirinya
Buat menerangi insan yang memerlukan
Tanpa disedari diri sendiri sirna
Duka nestapa dibiarkan saja

Begini jadinya bila dihamba pesona cinta
Yang buta tak mengenal sebenar sifatnya

Cinta suci bukan untuk dinodai
Kasih jangan dikhianati
Lamarlah belas simpati

Kesucian cinta
Ikhlas tak diundang
Perliharalah...


Sunday, October 9, 2011

Maaf, Ini Adalah Yang Terbaik.




Hari ini, ana luangkan masa lapang dengan melayari internet, laman sosial yang digilai para remaja masa kini. Laman iluvislam cuba dijengah Semua artikel yang ada kat iluvislam.com sangat menarik. Dari laman web ini lah ana dapat banyak pengajaran. Banyak yang ana perlu tahu. Banyak yang ana perlu pelajari. Tapi entah lah... artikel yang satu ni sangat menarik, dan membuka mata hatiku.. tajuknya : Maaf, Ini Adalah Yang Terbaik.


"Apa yang aku dah buat ni....?
Astaghfirullah, selama ni aku ingin mencari keredhaan Allah.
 Aku ingin berdakwah.
 Aku kongsi artikel Islam untuk semua kawan aku. 
Kononnya ingin memuhasabahkan diri, dan juga kawan-kawan yang lain.
 Tapi apa yang telah ku lakukan? Aku masih melakukan dosa! Dosa yang 'izhar'. Terang dan nyata.
 Aku masih bercinta! Cinta yang belum lagi halal dan sah buatku. 
Ya Allah....apa yang telah aku lakukan ni...?" Aku berfikir sejenak. 
Sebelum ni kami memang pernah berbincang mengenai hal ini. Couple itu haram. 
Tapi disebabkan terlalu cinta, kami masih belum sedia untuk memutuskan hubungan ini.
 Kami terlalu sayangkan hubungan ini. Dan aku, terlalu sayangkan dirinya. 
Sebab dialah yang banyak mengajar aku apa erti cinta. Aku yakin, dia adalah untukku. 
Tapi perjalanan kami masih terlalu jauh. 
Aku sangat sayangkan dirinya, tapi aku lebih sayangkan Allah.
Mungkin inilah saatnya untuk mengatakan semuanya kepada si dia.
 Ya Allah, berikanlah aku kekuatan. Semoga Engkau permudahkan semua ini...
 Hatiku berkata. 
Aku sengaja kongsi artikel itu kat social network aku. 


Si dia: Saya baca link yang awak share tu.. 
Saya: Oh artikel tu.. yeap.
Si dia: Semua artikel mengenai couple dalam Islam yang saya baca, semua macam tu. Hmm..
Saya: Saya nak beritahu kat awak sesuatu yang sangat penting. Sebenarnya, perjalanan kita masih jauh lagi. Kita masih belajar, 3 tahun lagi baru nak grad. Kita sama-sama nak mencari keredhaan-Nya, tapi kita masih melakukan dosa. Walaupun tidak melakukan zina yang zahir, tapi kita masih berzina hati. Awak faham kan maksud saya? Kita masih merindui diri masing-masing. Sedangkan kita tahu, kita masih belum ada ikatan. Terlalu jauh nak fikirkan semua tu. Saya rasa bersalah kat Allah. Sebab saya cakap saya sayangkan Allah, tapi saya masih tak dapat tinggalkan apa yang saya cintai.. 
Si dia: Saya tahu. Kita cakap mengenai Islam, kita berdakwah, tapi kita sendiri belum betul-betul tinggalkan apa yang Islam suruh kita tinggalkan. Saya pun ada berfikir pasal ni jugak.. Terasa diri ni hipokrit, sebab saya suruh kawan buat benda yang baik, tapi saya sendiri masih melakukan dosa..
Saya: Saya dah lama berfikir pasal ni sebenarnya. InsyaAllah, inilah masanya. Hmm, awak.. Mungkin ini saatnya untuk kita berpisah... kerana Allah. Saya nak buktikan kepada Allah, yang saya lebih sayangkan Allah, lebih dari segalanya..
Si dia: Kerana Allah kita berjumpa, kerana Allah juga kita berpisah. Kita hanya ciptaan-Nya, memang patut kita sayangkan Allah lebih dari apapun. Saya setuju kalau semua ini kerana Allah. Awak, mungkin ini berat untuk awak, saya pun terasa berat juga. Tapi sebagai hamba, kita mesti berusaha untuk mencari keredhaan-Nya, kita mesti berkorban. Awak doalah banyak-banyak.. InsyaAllah, kalau kita ada jodoh, Allah akan pertemukan kita kembali. Simpanlah air mata tu. Assalamualaikum. Jaga diri baik-baik ye, awak... 


Ya Allah... 
Hubungan yang hampir 3 tahun terjalin tu telah pun berakhir. 
Berat, memang berat. Hati ini berat untuk melepaskan kata berpisah.
 Aku tahu, hatinya juga terasa berat untuk merelakan aku pergi. 
Kami sama-sama setuju untuk berpisah hanya kerana Allah.
 Air mata ini mengalir, dan terus mengalir. 
Aku terus saja inform sahabat karib aku, sebab dialah satu-satunya sahabat yang memahami aku. 
"Memang bukan senang untuk lupakan, tapi terimalah, sebab awak lakukan ini kerana Allah.
 Buktikan kalau awak memang sayang kat dia sebab Allah.
 Hati ini memang badan yang punya, tapi hakikatnya, Allah yang punya. 
Kalau Allah yang punya, mestilah Allah lebih berkuasa terhadapnya, kan?
 Redha lah.. sebab kalau kita lepaskan sesuatu tu kerana Allah, InsyaAllah, Allah akan permudahkan. 
Memang lepas ni awak akan rasa kosong, sebab hari-hari tu selalu ada diriya. Apatah lagi hubungan ini berakhir bukan dengan cara yang tidak baik. Lagi sukar untuk melupakannya.
 Awak bawa solat banyak-banyak, berdoalah supaya dia adalah jodoh awak. Baca Al-Quran supaya hati awak tenang..."


Aku redha dengan ketentuan Ilahi. Biarlah aku korbankan cintaku terhadap si dia semata-mata kerana Allah.
 Kerana aku yakin, Allah tidak akan mensia-siakan pengorbanan hamba-Nya. 
Aku ada pernah terbaca... ".. rindu yang disertai dengan menjaga diri padanya dan menyembunyikannya daripada orang-orang, maka padanya pahala,
 bahkan Ath-Thohawi menukil dalam kitab Haasyi'ah Marakil Falah dari Imam Suyuthi yang mengatakan bahawa termasuk dari golongan syuhada di akhirat ialah orang-orang yang mati dalam kerinduan dengan tetap menjaga kehormatan diri dan disembunyikan daripada orang ramai meskipun kerinduan itu timbul daripada perkara yang haram." 
Kali ini, biarlah aku mencintai dan merinduinya dalam diam.
 Biarlah aku memendam kerinduan dan cintaku terhadapnya sehingga sampai waktunya.
 Jodoh itu ditangan Allah.
 Aku tidak akan berputus asa.
 Aku akan berdoa semoga dia adalah untukku, InsyaAllah.


"Seandainya telah Engkau catatkan dia tercipta buatku, satukanlah hatinya dengan hatiku, Ya Allah. Tetapi ya Allah, seandainya telah Engkau takdirkan dia bukan milikku, bawalah ia jauh dari pandanganku, luputkanlah ia dari ingatanku, dan peliharalah aku dari kekecewaan.."


Hati ini memang lemah, memang sedih,
 tapi Allah telah berfirman..
Surah Al-Imran, ayat 139 yang bermaksud: "Janganlah kamu bersikap lemah dan jangan pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman."
Surah At-Tawbah, ayat 40 yang bermaksud: "Janganlah engkau bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.

Thursday, October 6, 2011

Sukarnya menjaga ikhhtilat..

"Salam ukhti,,,moga istiqamah di jalan dakwah,,ana doakan ukhti sentiasa thabat dalam jalan ini."   Sender:Akh Umar 0141234567

Perlahan-lahan bibirnya mengukir senyum,,ada rasa bahagia yng menjalar di dalam dada,,,hati semakin berbunga,,
"ehh,,kenapa dengan aku ni??" Namun segera disangkal "ahh,,mungkin seronok kerana ada rakan seperjuangan yang mendoakan"

Dia terus mengunci pintu bilik,,merebahkan tubuhnya di atas katil sambil membawa secebis rasa bahagia membaca sms tadi yang sebahagian besar bukan kerana isinya,,tapi kerana nama pengirimnya,,


"Ana sedang berhalaqah,,doakan semoga mad'u-mad'u yang sedang ana dekati ini bertambah keimanannya terhadap Allah,,dan jangan lupa doakan ana juga,,;)" Sender:Akh Umar 0141234567

Lantal akal memprotes "haiisshh,,kenapa tiba-tiba dia cerita dekat aku??"namun entah mengapa,,terasa ada puputan bayu yang bertiup halus,, tanpa disangaka dirinya merasa bangga kerana dia menjadi wanita terpilih yang menerima sms tersebut,,

Keesokan harinya,,,dia menerima satu mesej lagi,,,

Salam ukhti,,ana doakan semoga ukhti dapa t menjawab imtihan dengan tenang,,yakinlah,,innallaaha ma'ana,,ma'at taufiq wannajah!!

Hatinya melonjak-lonjak gembira,,mesti aku boleh jawab betul-betul exam kali ni,,
tapi,

Sender:Ukhti Elya 0129876543

senyumannya semakin memudar,,,ahh ,,bukan dari dia,,frustnya,,T_T
namun,,

selang beberapa minit handphonenya berbunyi lagi,,


"Yakinlah Allah sentiasa memmbantu hambaNya yang memperjuangkan agamaNya,,,ana mendoakan ukhti berjaya dalam imtihan!!Sender:Akh Umar 0141234567

yess!!mesej dari dia!!Sinaran mentari pagi itu kelihatan seperti warna spektrum yang indah memancar. Senyumannya mengambang lagi. Hatinya bagai bunga-bunga yang mengambang di musim semi. Mekar dan indah.


_________________________________________________________________________________


cerita di atas adalah gerak hati para da'ie yang mungkin sangat dekat dengan kita,,,dan tidak mustahil juga gerak hati itu pernah hadir dalam hati kebanyakan daripada kita,,
mungkin juga ada yang tersenyum kecil sambil berkata ,,"ehhh,,macam cerita aku je ni"


Mari cermati bahagian akhir daripada cerita tadi. Kalimat SMS keduanya hampir sama, yang isinya mengucapkan dan mendoakan agar berjaya dalam peperiksaan. SMS yang sama tetapi menghasilkan perasaan yang amat jauh berbeza. Kerana baginya yang lebih utama itu siapa yang mengirimnya, bukan apa yang dikatanya.

Namun sebenarnya, apakah Allah itu membezakan doa antara lelaki dan perempuan? Mengapa menjadi bahagia saat dia yang berlawanan jantina yang mendoakan?

Perkara inilah yang perlu kita cermati dan lihat dari kaca mata yang benar. Terkadang kita tidak perasan dan membiarkan diri kita hanyut dalam alam luar sedar. Dengan berbekalkan alasan bahawa, "Itu hanya sebuah SMS,” atau “Alah, email je.”

Namun,,sedarlah bahawa 
itulah perangkap syaitan. Ia menguji kita dengan menggunakan fitrah insani yang telah lama berada dalam jiwa. Fitrah ketertarikan terhadap lawan jenis.

Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga).[Q.S. Ali ‘Imran, 3:14]

Apalah gunanya kita jadi bersemangat dan semakin kuat, lantaran sumber semangat dan kekuatan itu adalah sesuatu yang tidak jelas? Malah kemungkinan ia hanyalah jelas-jelas sebuah dosa. Kerana hati berbunga-bunga, menikmati sorotan nafsu di dalam jiwa. Jadilah zina hati yang membuahkan dosa.

“Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti.”[Sahih Muslim, hadis ke 2282]

Wahai hati, apabila engkau menginginkan SMS-SMS seperti itu, maka tanyakanlah kepada hatimu. “Apa yang aku inginkan sebenarnya? Penghargaan daripada dia atau Dia?” Lalu beristighfarlah. Sungguh, kita semua mengetahui bahawa diri kita lemah. Maka kuatkanlah dengan zikrullah.


Wahai hati, apabila tanganmu gatal untuk menaip email-email yang berkemungkinan mengundang musim bunga dalam jiwa mereka, maka pertanyakan kepada dirimu, “Bukankah masih ramai ikhwah-ikhwahku yang memerlukan kata nasihat dan pemangkin semangat?”
Lalu hantarlah SMS tersebut kepada mereka. Layarkanlah email penguat semangat kepada teman-teman seperjuangan tercinta. Itu jauh lebih diredhai-Nya, insya-Allah.


Yakinlah,,saat itu pasti datang jua,,biiznillah,,
Ada saatnya. Akan ada saatnya nanti telefon bimbit kita akan berdering dengan masuknya SMS-SMS romantis. SMS-SMS yang walaupun hurufnya hitam semua, tetapi tetap ber’aura’kan merah jambu. Untuk seseorang dan dari seseorang yang telah dihalalkan untuk berbagi hidup dan segala kata cinta yang ada di dalam kamus-kamus cinta. Cinta yang bermuara kepada pencipta-Nya. Cinta dalam Cinta.


Bersabarlah untuk saat indah itu.

“Salam. Abang nak mengisi dauroh ni. Kat depan ni ada lautan bidadari bertudung labuh. Tapi tak ada secantik bidadariku di istana Baiti Jannati. Tunggu abang balik ye.”


“Salam. Jaga hati ye. Nanti saya masak sedap-sedap untuk abang."

 subhanallah,,so sweet!!

Monday, October 3, 2011

Cukup Cintai dia Dalam Diam

Cukup cintai dia dalam diam...
Bukan kerana membenci hadirnya.. tetapi menjaga kesuciannya..
Bukan kerana menghindari dunia.. tetapi meraih syurgaNYA..
Bukan kerana lemah untuk menghadapinya.. tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup..

Cukup cintai dia dari kejauhan...
Kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkannya dari ujian..
Kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan..
Kerana mungkin sajakan membawa kelalaian hati-hati yang terjaga..


Cukup cintai dia dengan kesederhanaan...
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan..
Menumbuhkan harapan hanya akan menyemai kebahagiaan para syaitan..


Cukup cintai dia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan dan keikhlasan..
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan..
Mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan..
Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan..
Serahkan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya..
Biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya..


"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga ."
~Umar Bin Khattab r.a~

Sunday, October 2, 2011

Langkah Tercipta




Semalam aku kelukaan,
Kecewa kehampaan,
Mencalar ketabahan,
Impian seringku harapkan menjadi kenyataan
Namun tak kesampaian,

Allah…
Inginku hentikan langkah ini
Bagaikan tak mampu untuk ku bertahan
Semangat tenggelam lemah daya,
Haruskah aku mengelamun jiwa
Ku berbisik inilah dugaan

Dan langkahku kini terbuka
Pada hikmah dugaan uji keimanan
Dan dilontarkannya ujian diluar kekuatan setiap diri insan

Allah…
Pimpini diriku,
Untuk bangkit semula meneruskan langkah perjuangan ini
Cekalkan hati dan semangatku
Kurniakan ketabahan........
Agar mimpi jadi nyata..
padaMu ku meminta

Dan ku mohon agung kudratMu
Wahai Tuhan Yang Satu
Segalanya dariMu


Thursday, September 29, 2011

Bingkisan Buat Hati

Menangislah duhai hati,
andai itu bisa menenangkanmu,
menangislah duhai hati,
andai beban bisa merasa ringan,
menangislah duhai hati,
andai rasa diri keseorangan.


Namun...
menangismu bukan tanda lemah,
menangis itu bukan tanda tidak mampu,,
menangis itu bukan tiada siapa disisi.

Hakikatnya...
Allah ada penghembus kekuatan untukmu,
Allah ada peniup semangat untukmu,
Allah ada sentiasa menemani,
dikau tidak keseorangan..
Dialah teman yang memahami,
Dialah Al-Khaliq yang memiliki sifat terpuji,
Dialah...Ilahi...Allah


Wednesday, September 28, 2011

Monolog Seorang Hamba..


Ya Allah...
terlerai sudah,terputus sudah,
berakhir sudah,
moga ini benar...

Disaat kata 'putus' itu menyentap,
jasad terpaku kaku,
bibir kelu tanpa bicara,
hati terus meratap hiba,
lantas mengalir butir mutiara,
terus membasahi daratan wajah..


Ya Rahman...
mantapkan hati ini,
kuatkan iman hamba yang lemah,
keputusan ini bukan mudah,
keputusan ini bukan senang,
payahnya...
dan deritaannya..
perit dirasa...

tapi ku tak mahu..
dengan ikatan itu,
hati terus alpa dan leka..
dengan hubungan itu,
diri terus jauh dariMu...


Ya Rahim...
pedihnya dan peritnya rasa,
saat kepastian itu menjadi penentu.
tapi apakan daya,
jalan ini adalah yang terbaik,
demi sebuah keredhoan.

Ku tak pasti,
bagaimana cereka hidup mendatang,
detik yang dilalui sunyi dari sapaannya,
masa yang berjalan kosong dari khabarnya,
waktu yang berlalu sepi dari nasihat,pesanan dan leterannya..
detik,masa dan waktu ni kan terus terasa
sunyi,kosong dan sepi...
tapi kuyakin!!
Allah itu ada mengisi kekosongan,
Allah itu ada menghilangkan kesepian,
Allah itu ada menutup kesunyian...


dalam ku bertafakur,
ku merenung...
berjanji pada diri,
berazam dalam hati,
Tuhan!!takkan ku duakan cintaMu lagi..

"sesuatu yang datang bukan pada masanya adalah ujian"
Datangnya ujian hati itu pada waktu yang bukan waktunya itulah yang dinamakan ujian,maka kuatkanlah hati,tingkatkan mujahadah,mengadulah padaNya,bertahanlah dengan ujian ini..Sampai waktunya,maka jemputlah ujian itu lagi,tapi pada ketika itu,pada saat itu,bukan dihadapi sebagai ujian,tetapi sebagai sebuah wasilah untuk mendapatkan keredhaan dari Ilahi..