Aku, dia dan mereka.

Friday, February 17, 2012

Da'ie itu Kami

Ilahi...

Alangkah beratnya amanah ini
Alangkah besarnya tugas ini
Kami berkewajipan m'hapuskan Sampah Sarap Jahiliyah yg bertimbun ini
Kami berkewajipan pula menegakkan asas yg kuat & teguh di atasnya
Utk membina bangunan yg besar
Iaitu bangunan Daulah Islamiah
Walaupun kami merasa betapa berat amanah ini
Tetapi kami juga merasa
Betapa mulia dan agungnya tugas ini



Wahai Tuhanku!
Kami berjalan di atas jalan dakwah
Dan kami terdedah kpd pelbagai cabaran
Ada di antara kami yg singkat cita-citanya
Lalu dia berundur dan duduk

Ya Rabb!
Sesungguhnya bebanan dakwah
Di atas gelanggang ini amat byk
Dan amalan itu amatlah berat
Memerlukan angkatan lelaki mukmin
As-Sidiqqin lagi berpendirian tetap
Maka ramaikanlah lelaki demikian di kalangan kami

Ya Rabb...
Demikian juga muslimat
Srikandi Tanahair Muslimin
Yang Tlh bangkit Hari ini
Dan tampil ke hadapan Utk mencabar segenap gelombang keruntuhan & kerosakkan.

Ya Allah...
Istiqamahkanlah kami, Teguhkan Aqidah Kami, Bantulah Kami
dlm meneruskan mata rantai perjuangan Islam ini...
Dan, moga kami m'dapat barakah, maghfirah, dan apa yg kami cari...
hanyalah Keredhaan dariMu... Ya Ilahi...

Wallahua'lam...
Segala puji hanya bagi Allah, RABB sekalian alam. :))

No comments:

Post a Comment