Aku, dia dan mereka.

Monday, October 3, 2011

Cukup Cintai dia Dalam Diam

Cukup cintai dia dalam diam...
Bukan kerana membenci hadirnya.. tetapi menjaga kesuciannya..
Bukan kerana menghindari dunia.. tetapi meraih syurgaNYA..
Bukan kerana lemah untuk menghadapinya.. tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup..

Cukup cintai dia dari kejauhan...
Kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkannya dari ujian..
Kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan..
Kerana mungkin sajakan membawa kelalaian hati-hati yang terjaga..


Cukup cintai dia dengan kesederhanaan...
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan..
Menumbuhkan harapan hanya akan menyemai kebahagiaan para syaitan..


Cukup cintai dia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan dan keikhlasan..
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan..
Mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan..
Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan..
Serahkan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya..
Biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya..


"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga ."
~Umar Bin Khattab r.a~

2 comments:

  1. cukup...cukup...dan ...cukup...manusia memang x kan pernah rse cukup dgn ape yg die ade...
    sbb 2 sandarkan semula kpd-Nya.insya-Allah yg x cukup akan jd secukupnya....hehe...

    ReplyDelete
  2. jangan biarkan cinta manusia menyakiti hati Mu.cukuplah cintainya dalam diam

    ReplyDelete