Aku, dia dan mereka.

Saturday, August 13, 2011

Antara 2 Cinta

Bismillah....
 semalam aku mengenalimu 
berbicara denganmu
 bergelak tawa denganmu 
tiada siapa cemburu kerana hanya kita berdua menikmati hari itu 


tetapi...
Tuhan masih sayangkanku 
ditunjukkan hidayah padaku 
supaya aku kembali ke pangkal hulu jalan 
yang kulalui berliku rupaya
 aku ditipu kerana mereka pernah bersumpah setia janji 
dengan hati batu akan menyesatkan anak cucu Adam 
sehingga akhirat-Mu 
maka itu yang berlaku padaku 
terbiasa dengan mereka yang bukan muhrimku 
bila Allah mmberiku jalan itu 
kuharung jua
 meski teman mengutukku
 kerana aku lebih cintakan Dia yang menciptaku 


Tuhan...
 semalam aku berdosa di hadapan-Mu
 malam ini aku bermunajat pada-Mu 
taubat nasuhaku moga diterima di sisi-Mu 
Cinta ini hanya untuk-Mu 

Tuhan...
 Aku tidak akan cintakan orang yang tidak kau redhai untukku 
Cintaku hanya untuk insan yang mencintai-Mu
 mahalkah cintaku ?
 Sesungguhnya hanya inilah sebenarnya yang dinamakan cinta...

izinkan cintaku berlabuh hanya buat-NYA . 


1 comment: