Aku, dia dan mereka.

Saturday, July 30, 2011

Ramadhan yang Dirindui

Ramadan,
Ketibaanmu amat ku nantikan
Di saat kekosongan merajai jiwa
Kehadiranmu umpama membawa sinar cahaya
Yang memenuhi setiap ruang kegelapan
Di selit dengan warna cahaya kegembiraan
Yang penuh barakah.

Ramadan,
Ku selami erti penghayatan hakikatmu
Keranamu aku memahami kesabaran
Keranamu aku mengerti keinsafan
Keranamu aku mengakui hakikat sebenar kejadian manusia
Dan keranamu aku jua menular rasa mendalam terhadap Penciptaku
Semuanya adalah berkat dan rahmat limpahan kurniaan Allah S.W.T.

Ramadan,
Dikaulah bulan yang penuh keberkatan
Sepuluh hari awal kedatanganmu dinamakan pengrahmatan
Sepuluh hari pertengahanmu dinyatakan bulan pengampunan
Sepuluh hari pengakhiranmu dinamakan bulan Lailatul Qadar
Inilah tanda bukti pengakuan rasa cinta Allah kepada hambaNya
Beruntunglah barangsiapa yang menghargai nikmat yang diberikan
Marhaban ya marhaban.

Ramadan,
Dikau membawa satu penyatuan yang kukuh
Semua segenap pelusuk umat Islam
Berlumba-lumba meningkatkan rasa keimanan dan ketaqwaan
Untuk memperolehi ganjaran yang dijanjikan
Tetapi ingatlah sekalian manusia
Sempurnakanlah ibadahmu
Semata-mata hanya kerana Allah.


No comments:

Post a Comment